Malaysia Tanah Airku....

Boikot Restoran India



Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) akan menaikan 20 peratus harga makanan dan minuman di semua Restoran India milik ahlinya di seluruh negara, Presidennya, Datuk R Ramalingam Pillai berkata kenaikan itu yang pertama dalam tempoh lapan tahun, secara prinsipnya sudah dipersetujui oleh kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Tetapi mengikut kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal. Mohd Shafie berkata, kementerian tidak pernah menerima permohonan atau dimaklumkan pengusaha restoran India berhubung tindakan menaikkan harga makanan dan minuman di premis mereka. Beliau juga menganggap tindakan pengusaha restoran India menaikkan harga roti canai dan teh tarik sehingga 20 peratus sebagai tidak munasabah

Yang mana satukah kenyataan yang benar? Sekiranya kenyataan Prismas itu satu penipuan maka tindakan harus dikenakan kepada mereka kerana telah mengeluarkan kenyataan palsu dan memfitnah kerajaan.

Datuk Mohd Shafie Apdal berkata "Jika ia tetap dilakukan, saya percaya ia agak membebankan masyarakat lebih-lebih lagi dalam keadaan kerajaan menggalakkan masyarakat mengambil makanan panas berbanding makanan segera," .

Tetapi berlawanan dengan sikap Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu yang dilaporkan telah melancarkan harga baru makanan serta minuman yang dicadangkan oleh persatuan berkenaan. seolah-olah pelancaran ini mengambarkan sokongan pihak kerajaan terhadap kempen kenaikan harga ini.

Primas merupakan sebuah persatuan pengusaha Restoran India terbesar di negara ini dengan bilangan keahlian seramai 1,280 orang. Bilangan restoran milik ahli persatuan ini yang beroperasi di seluruh negara dianggarkan sebanyak 2,890, manakala purata nilai urus niaga setiap tahun membabitkan ahli persatuan ini sebanyak RM2.2 bilion manakala setiap hari dianggarkan lebih 200,000 orang mengunjungi restoran ahli Primas ini. Nampaknya dengan kuasa jualan yang besar, maka restoran India, ini nampaknya menunjukkan belang nya dengan cara seolah-olah mengugut kerajaan untuk menaik kan harga makanan. Oleh itu langkah yang sebaik nya ialah pengguna-pengguna boleh memboikot dari makan di restoran-restoran India ini. Paling murah kalau kita makan sahaja di gerai-gerai yang banyak bertaburan di Malaysia ini ataupun di restoran-restoran yang lebih mesra pelanggan.

p/s: Kempen Boikot Kedai India

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin