Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak bersedia mengulas kecaman yang diterima beliau susulan kenyataannya yang dianggap merendah-rendahkan penulis blog wanita, lapor agensi berita AP hari ini. Sebuah akhbar berbahasa Cina minggu lepas melaporkan Tengku Adnan berkata "semua penulis blog adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan bermacam-macam cara. Apa yang saya faham, daripada 10,000 penulis blog yang tiada pekerjaan, 8,000 daripada mereka adalah wanita."
Entah dari mana Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendapat statistik mengatakan 10,000 penulis blog tiada pekerjaan, dan mendakwa 8,000 daripada mereka adalah terdiri daripada wanita. Agensi penilaian yang manakah membuat penilaian itu? Kalau benar apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sepatut nya ia disertakan dengan statistik dan fakta yang benar.
Adakah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor , hanya menjadikan ruangan profil blog sebagai sandaran? Kalau jawapan nya, ia ternyata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, terlalu tergopoh-gapah. Tidakkah beliau tahu kebanyakan profile itu ada yang dibuat secara “dummy”. Terdapat juga penulis lelaki yang mendaftar sebagai wanita. Ada juga yang meletakkan taraf pekerjaan nya kepada tahap yang terendah ataupun tiada pekerjaan. Oleh itu data melalui profile adalah amat meragukan.
Adalah amat pelik , bagaimana beliau boleh meluangkan masa mengkaji sehingga beribu-ribu blog, hanya untuk menyatakan penulis blog adalah pembohong. Apa kaitan nya dengan frasa “tiada pekerjaan”? Salahkah sekira nya benar orang yang tiada pekerjaan, menulis di Blog? Bagaimana beliau mengklafikasikan berita blog semuanya pembohong (mampukah beliau membaca beribu-ribu blog, tanpa agenda tersembunyi) ?. Adakah 10,000 blog itu adalah blog tempatan? Apakah isu yang dimainkan oleh 10,000 blog itu? Kalau tentang politik, maka ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku di dalam negara.
Sekiranya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak mempunyai bukti kukuh, ternyata beliau adalah pembohong. Rasa nya banyak lagi isu dan masalah yang berkaitan imej dan pelancongan yang perlu diambil berat oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Agaknya setelah lama Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak mengeluarkan kenyataan yang hangat maka Datuk cuba mempopularkan diri kembali setelah lama berdiam diri ataupun mungkin kerana bahang PRU yang bakal menjelma, maka kena buat kerja sikit…..
p/s : Hidup Blogger
0 comments:
Post a Comment