Malaysia Tanah Airku....

March 27, 2007

Sikap atau Wad?

Cuepacs meminta kerajaan menimbangkan untuk menempatkan semua kakitangan wanita yang melahirkan anak tanpa mengira pangkat dan tangga gaji, di wad kelas satu hospital kerajaan. Presidennya, Omar Osman, berkata pihaknya menerima banyak aduan layanan tidak memuaskan, keadaan tidak selesa selain merendahkan imej kakitangan awam apabila mereka yang ditempatkan di wad kelas kedua dan ketiga.Katanya, sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberi kemudahan wad kelas pertama kepada kakitangan wanita yang bersalin.

Sebenarnya tindakan CUEPACS berusaha untuk memberikan kemudahan kepada ahli nya adalah amat dialu-alukan dan bertepatan dengan fungsi badan tersebut sebagai pembela nasib pekerja.

Tetapi yang menjadi kemusykilan nya ialah alasan yang diberi untuk menuntut kemudahan kelas satu itu merupakan satu alasan yang tidak kukuh. Sebenarnya terdapat dua perkara yang bersangkutan dengan tuntutan ini, dimana kedua-dua perkara ini adalah berkait rapat dengan kakitangan kerajaan iaitu orang yang menerima rawatan dan orang yang membekalkan khidmat rawatan itu. Ternyata kedua-dua nya ialah anggota khidmat awam juga.

Perkara yang harus ditekankan atas tuntutan CEUPACS itu hendaklah selari dengan keadaaan semasa dan bersesuaian dengan tempat dan logik akal.

Apakah jalan penyelesaian yang lebih mudah dan boleh diterima? :

1) Memohon untuk kelayakan wad kelas satu. Berapa peratus kah kewujudan wad kelas satu jika dibandingkan dengan wad-wad lain di hospital - hospital kerajaaan? Kalau kita meninjau ke hospital-hospital kerajaan, khas nya wad-wad bersalin, kita akan melihat betapa tidak cukup nya wad-wad biasa untuk menempatkan jumlah pesakit-pesakit yang bertambah. Apatah lagi jika kita hendak menempatkan pesakit ini di kelas satu yang memang mempunyai jumlah yang boleh di bilang berbanding wad-wad biasa. Malah ada kes-kes tertentu, terdapat pegawai kelas A yang ditempatkan di kelas-kelas yang lebih bawah atas alasan wad-wad kelas satu telah penuh.

Sekiranya CEUPACS ingin melaksanakan juga tuntutan ini, maka secara logik nya wad-wad kelas satu akan ditambah untuk menampung bilangan pesakit yang berkelayakan menggunakan kemudahan tersebut. Ini bermakna pihak kerajaan perlu memikirkan kesan yang akan timbul ekoran cadangan untuk menambah atau membina wad-wad kelas satu antara nya ialah berapa kah:

a) Kos untuk membina wad kelas satu?
b) Kos operasi termasuk peralatan tambahan untuk wad kelas satu ini?
c) Keluasan tambahan atau ruang yang harus di korbankan untuk membina wad kelas satu? .
d) Masa yang diambil untuk menyiapkan wad kelas satu?
e) Berbaloikah perbelanjaan ini jika dibandingkan dengan altenatif yang lain.?

2) Mengubah mentaliti petugas wad. Sebenar nya perkara ini lah yang perlu kita ubah. Masyarakat sudah acap kali mendengar khabar tentang layanan buruk yang dihadapi pesakit apabila mendapatkan khidmat di hospital-hospital kerajaan. Adakah masalah ini dipandang serius oleh Kementerian Kesihatan? Sesungguh nya mentaliti negatif ini haruslah diubah. Sepatutnya kakitangan hospital, telah diterapkan nilai-nilai sopan santun, beradap, bersabar, amanah dan seribu satu macam lagi sikap-sikap yang baik dan terpuji. Sekira nya layanan yang diterima oleh pesakit indah-indah belaka, maka tidak timbul persoalan kelas berapa kah pesakit itu dirawat

Apapun sebenarnya, segala masalah ini berpunca dari rendahnya mentaliti dan jati diri kakitangan petugas di hospital, dan bukan nya disebabkan rendah nya kelas wad yang diperuntukkan. Satu soalan yang harus ditanya, kemanakah hala tuju, kakitangan kerajaan ini dalam membawa dasar kerajaan yang dikatakan lebih cenderung kepada pembangunan modal insan? Di masa inilah kakitangan kerajaan, seharus nya menunjukkan bahawa pembangunan modal insan yang di uar-uarkan itu memang membawa pulangan yang setimpal kepada agama,bangsa da negara.

Ada perkara yang lebih penting untuk dibuat seperti disini.

p/s: Kerana Nyamuk Kelambu Dibakar…..

4 comments:

Anonymous said...

sudah terang lagi bersuluh...hantar jer misi-misi tu pi kursus etika..lepas tu kalau tak ikut peraturan...kenakan tindakan tatatertib...

kalau tak buat macam tu, makin naik lemak dia orang ni...

Anonymous said...

Misi-misi tu belum bertemu buku dengan ruas...apa pun memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan misi-misi di hospital kerajaan amat tidak elok tingkah laku nya..kadang-kadang berlagak melebihi doktor..

memang patut misi-misi ni dipantau demi menjaga imej misi-misi yang baik..selalunya yang buat perangai ni misi-misi 'otai"

Kemanakah pergi nya Piagam pelangan mu wahai misi...

rapat_umum said...

Jangan tahu minta macam-macam jer...tapi service tak mahu up-grade

Anonymous said...

Sendiri mau ingatlah....

Kalau dah komited dengan kerja tu, segala masalah yang timbul hendaklah ditangani sendiri.rasa nya ada dalam sukatan pelajaran dulu..sabar kan separuh dari iman....

Blog Widget by LinkWithin