Malaysia Tanah Airku....

March 27, 2007

He's a Blogger


3540 Jalan Sudin: He's a Blogger

rockybru: shahrir-born-again-blogger

jeffooi.com:bloggers meet kee beng over breakfast interview

Sebenar nya saya sudah merasa kejanggalan nya dengan kewujudan blog baru Dato Shahrir Samad ini. dengan susun atur blog ini, dan laman-laman link rujukan nya malah penggunaan logo bloggers united bagai menggambarkan bahawa Dato Sharir Samad adalah antara penulis blog yang berada dikelompok yang dikatakan memberontak dan menipu. Kalau benar Dato Sharir merupakan kelompok bloggers ini maka terdapat kejanggalan dan persoalan tentang keharusan blog ini diwujudkan, kerana secara dasar nya Dato sepatutnya menyokong apa jua polisi kerajaan, dan bukan sebalik nya. Kemungkinan besar ada agenda yang tersembunyi.

Saya masih ingat lagi kontravesi yang melanda, sepanjang karier Dato dalam dunia politik negara, antaranya :

- Pada tahun 1987-Berganding bahu bersama Team B

- Pernah meletakan jawatan sebagai ahi parlimen dan bertanding atas tiket bebas menentang BN (Menang)

- Pada Tahun 1989 Dato' kembali kepangkuan UMNO baru dibawah naungan Perhimpunan Perpaduan Melayu Johor

- Digantong selama sepenggal kerana dituduh menyokong pembangkang pada pilihanraya 1995

- Pada Tahun 2000 Dato' berjaya memenangi kerusi MT, walaupun tiada jawatan politik selain sebagai Ketua Bahagian.

Semua peristiwa di atas boleh mengambarkan, bagaimana sikap Dato Sharir yang boleh memberontak secara tiba-tiba dan melakukan tindakan yang tidak boleh diduga.Pendirian Dato' tidak boleh diramalkan secara menyeluruh, oleh itu segala tindak tanduk Dato' ternyata mempunyai agenda yang kemungkinan besar akan mendatangkan impak yang tidak diduga.

Walaubagaimana pun tindak-tanduk Dato' akhir-akhir ini makin tidak tetap pendirian nya, mungkinkah ini juga merupakan salah satu strategi Dato' dalam mewarnai kancah politik negara? Apapun kalau benar Dato' ingin terlibat sama di dalam dunia bloggers, maka khidmat dan pandangan Dato' amat dialu-alukan.

p/s : Teringat saya semasa saya bertugas di Johor Bharu, semasa itu waktu pilihanraya yang ke 11 hampir tiba, penduduk Johor Bharu dikejutkan dengan risalah Dato' Sharil yang sampai ke pintu-pintu rumah penduduk, dengan bahasa melankolik menawarkan diri untuk berkhidmat kembali kepada rakyat.

3 comments:

Anonymous said...

Dato' memang ada agenda tersendiri, tapi kenapa agak nya blog itu dikendalikan oleh administrator...

Anonymous said...

apa yang hendak kita harapkan dari dato' sharir...

selama ini pun dia pernah menentang kerajaan dan meletakkan diri nya didalam kelompok asing..tetapi akhir nya ia kembali ke pangkuan UMNO jua...

rapat_umum said...

Dimana ada gula , ditu ada semut...

budaya lompat katak ni, yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada pendirian seseorang ahli politik...

Blog Widget by LinkWithin