Antara projek landasan kereta api berkembar dari Rawang di Selangor ke Ipoh, Perak atau projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura, mana yang lebih penting?
Itu yang dipersoalkan anggota Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad yang mengambil contoh kedua projek itu ketika membahaskan mengenai keutamaan kerajaan dalam melaksanakan sesuatu projek pembangunan
Turut dipersoalkan Shahrir ialah mengenai kewajaran penglibatan Singapura dalam projek kereta api laju itu yang sepatutnya dipertimbangkan kerajaan.
“Kalau projek itu mahu diteruskan, maka perlu dibina jambatan, sebab takkanlah kereta api ini terlalu pantas hingga tak perlu jambatan untuk seberang Selat Johor.
Kerajaan setakat ini belum memutuskan sama ada projek yang diinisiatifkan YTL Group itu akan berakhir di Johor atau Singapura.
Perlaksanaan Projek Landasan Keretapi Berkembar Rawang-Ipoh bukanlah semata-mata bertujuan untuk mengaut keuntungan ataupun pulangan modal, tetapi ia merupakan salah satu pemangkin pembangunan ekonomi, sosial dan politik negara.
Dengan wujudnya projek ini, secara tidak lansung, akan membuka ruang untuk membangunkan kawasan – kawasan sekitar di dalam wilayah jalinan projek ini, kemungkinan untuk membangunkan pusat perindustrian adalah amat tinggi, di ikuti dengan pembinaan kawasan kediaman yang akan menyediakan sumber tenaga kerja dan akhir nya segala macam kemudahan prasarana, seperti kedai, bank dan lain-lain.
Sudah pasti untuk merealisasikan , projek ini maka satu kajian yang lebih dalam hendaklah dijalankan. Perkara-perkara seperti keselesaan, kecekapan, ketepatan masa, keselamatan, layanan, kemudahan awam, strategik dan faktor-faktor berkaitan perlu diambil kira bagi memastikan. kepuasan pengguna adalah di tahap yang membanggakan
Ternyata sekiranya ia, digantikan dengan pembinaan Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura maka ia harus dipersoalkan. Kerana nilai faedah yang lebih besar akan kita nikmati dengan terbinanya Projek Landasan Keretapi Berkembar Rawang-Ipoh jika hendak dibandingkan dengan perlaksanaan Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura. Lagipun ada perkara-perkara yang akan berbangkit, sekira nya kerajaan ingin meneruskan Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura antara nya :
1) Seperti yang Dato’ Sharil katakan, sekira nya Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura diteruskan maka kemungkinan besar jambatan menghubungi Malaysia-Singapura akan dibina. Ini bermakna kerajaan akan menanggung belanja yang besar untuk melaksanakan projek jambatan ini, Lagipun pihak Kerajaan harus menjawab kepada rakyat tentang kewajaran tindakan untuk membina jambatan ini semula setelah ia diberhentikan sedikit masa dahulu..
2) Keterlibatan Singapura di dalam hal ini adalah tidak dapat ditolak, kerana sudah pasti Singapura ingin terlibat sama di dalam menjayakan projek ini, yang ternyata memberi keuntungan juga kepada Singapura.Oleh itu peluang untuk kontraktor tempatan menyumbangkan tenaga dan perkhidmatan adalah amat terbatas jika hendak dibandingkan dengan Projek Landasan Keretapi Berkembar Rawang-Ipoh.
3) Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura juga akan memudahkan perjalanan antara KL-Singapura. Impak yang akan kita terima samada akan menyumbangkan kebanjiran kemasukan pelancong yang akan menceriakan Malaysia atau pun keadaan sebalik nya akan berlaku, dimana pengguna akan perpusu-pusu keluar ke Singapura, yang akan menyebabkan Malaysia menjadi lesu..
Sebelum apa-apa keputusan dibuat, diharap Pihak Kerajaan akan melakukan kajian yang mendalam dan lebih terperinci untuk memastikan setiap projek yang dijalankan akan lebih membawa faedah kepada rakyat dan tidak memudaratkan kerajaan. Apapun projek yang akan dibuat, sekiranya memberi faedah kepada rakyat dan tidak memudaratkan agama, bangsa dan negara pasti akan disokong.
p/s : Beringat, Sebelum Kena…..

1 comments:
Jelas projek Landasan berkembar lebih memberi keuntungan kepada rakyat Malaysia
Post a Comment