Malaysia Tanah Airku....

March 22, 2007

Rakyat Malaysia Yang Bertuah...


Dilaporkan Semakin ramai rakyat Malaysia di luar negara khususnya di Taiwan didapati cenderung untuk menyerahkan taraf kerakyatan masing-masing, atas alasan berkahwin dengan rakyat asing dan ingin menetap di luar Malaysia.Ketua Bahagian Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Michael Chong berkata dalam tempoh dua bulan tahun ini sahaja sebanyak 15 kes permohonan membatalkan kewarganegaraan diterima daripada rakyat Malaysia di Taiwan, membabitkan 10 wanita dan lima lelaki."Mengikut statistik daripada Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taiwan, terdapat 470 kes, di mana 143 orang lelaki dan 327 orang wanita memutuskan untuk menyerahkan kewarganegaraan mereka dari tahun 2000 hingga Februari 2007," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Bagaimanapun, katanya, rakyat Malaysia itu diminta untuk meneliti dan berfikir secara mendalam kerana selepas taraf kerakyatan dibatalkan mereka tidak boleh merayu untuk mendapatkan taraf kerakyatan semula.

Pengarah Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia Shahril Effendi Abdul Ghany berkata banyak pemohon bagi membatalkan kerakyatan masingmasing tidak memahami sepenuhnya kepentingan kerakyatan."Oleh itu, kami akan menemui pemohon berkenaan bagi memberi penjelasan selanjutnya kepada mereka, dan menasihatkan mereka supaya menarik balik permohonan itu," katanya.Beliau berkata terdapat banyak kes rayuan untuk mendapatkan semula kerakyatan mereka selepas permohonan diluluskan, bagaimanapun keputusan adalah muktamad."Mereka perlu sedar bahawa sekali hilang taraf warganegara, ia adalah untuk selama-lamanya," katanya.

Malaysia merupakan sebuah negara yang amat unik. Kadar risiko untuk warganegara nya menghadapi bencana alam, jenayah dan apa jua pun perkara-perkara yang negatif adalah di tahap yang minimum kalau hendak dibandingkan negara-negara lain. Negara kita yang aman dan damai untuk dihuni ini adalah pilihan terbaik untuk kita menjadi warganegara nya. Kita hendaklah berbangga dan bersyukur kerana selama ini kita telah terpilih untuk hidup di sini.

Sebagai rakyat Malaysia , sepatutnya kita mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta. Jesteru itu memiliki kewarganegaraan negara ini adalah amat membanggakan dan harus juga di kekalkan hingga ke akhir hayat.

Bagi mereka yang mahu melepaskan taraf kewarganegaraan Malaysia, jelas menunjukkan mereka sudah hilang kepercayaan, kesetiaan dan jati diri kepada negara Malaysia. Ini bermakna mereka bukanlah warga negara yang sejati. Langkah kerajaan untuk menafikan permohonan kermbali kerakyatan rakyat yang telah menyerahkan taraf kewarganegaraan nya ini adalah langkah yang bijak dan tepat. Golongan ini, adalah amat diragui kesetiaan nya dan boleh mendatangkan bahaya serta ancaman kepada keselamatan negara.

Oleh itu, kerajaan seharus nya memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia ini. Maka tindak tanduk pihak kerajaan yang tidak disenangi dan diragui oleh rakyat hendaklah berada di tahap yang paling minimum dan tidak menekan.

p/s: Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri Lebih Baik Berada Di Negeri Sendiri….

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin