Malaysia Tanah Airku....

March 22, 2007

Pameran Hantu-Siri 3

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pandangan semua pihak terhadap pameran kontroversi Alam Misteri: Hantu atau Jin di Muzium Negeri di sini harus didengar sebelum Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Ada orang suka, ada orang tak suka... kita kena dengarlah. (Adakah) disebabkan kamu tak suka, saya perlu ikut cakap kamu?” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri mengikut prosedur dan menyerahkan kepada LMNS untuk bersidang dengan Ahli Lembaga Pengarahnya bagi membuat keputusan sama ada menghentikan atau meneruskan pameran tersebut.


“Tak bolehlah macam ‘koboi’, terus tembak. Saya ikut prosedur, biarlah mereka bersidang dahulu. Saya suruh bersidang... bersidanglah. Saya dengar khabar esok atau lusa mereka bersidang. Biar mereka (LMNS) buat keputusan,” katanya.

Kenapalah kekalutan sering terjadi antara pimpinan BN sekarang ini. Masing-masing cuba menunjuk taring, siapa yang lebih kuat suara nya. Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jangan jadi ’koboi’ dan ikut prosedur, tetapi Datuk Seri Mohamad Hasan sendiri pada awalnya lansung tidak dimaklumkan tentang kewujudan pameran ini. Jadi apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh KSU dan pegawai-pegawai kerajaan negeri terhadap Datuk Menteri Besar?

Kalau perkara itu benar-benar melanggar prinsip, tatasusila dan peradapan manusia normal, sepatutnya ikut sahajalah, tidak timbul isu suka atau tidak suka. Bukankah lebih elok kita pertahankan perkara-perkara positif yang lebih menyumbang kepada rakyat dari kita memanjangkan perkara yang belum tentu ada faedah nya.

Janganlah kita, memupuk benda-benda yang karut dan khurafat kerana ia boleh mengundang rasa taksub hingga hilangnya kepercayaan diri serta pemikiran yang normal. sehingga terjadi kejadian seperti dibawah :

1) Bomoh itu membuat dakwaan itu kepada bapa mangsa, Mazlan Sapari, 40, ketika membantu mengesan mangsa yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Boboy’. “Dia bermimpi berjumpa Boboy yang berbaju putih dan berseluar hijau serta dijaga seseorang di sebuah istana bunian. “Walaupun terdetik perasaan gembira, namun naluri saya enggan mempercayainya seratus peratus kerana apabila mengimbau kembali keadaannya ketika kejadian, mustahil dia dapat menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

2) Dengan hanya menggunakan silap mata murahan, beberapa penipu licik melarikan wang tunai dan barang kemas bernilai RM100,000 milik dua wanita selepas ditukarkan menjadi batu kerikil dan Beberapa biji limau. Penjenayah yang terdiri dari tiga wanita berusia 40-an itu akan menakutkan mangsa dengan mendakwa keluarga mangsa bakal mati akibat diganggu roh atau hantu jahat dalam tempoh beberapa hari.

3) Intan Ladyana filem Jangan Pandang Belakang berkata “Boleh dikatakan setiap pelakon dan krew ada pengalaman ‘misteri’. Ketika penggambaran itu, saya ada terdengar krew ‘diusik’ dan ada pula terkena gangguan. Pun begitu ia tidak melemahkan semangat saya untuk memberikan komitmen penuh walaupun saya juga turut terasa semacam ada ‘sesuatu’ yang menegur.


Jadi eloklah kita ikut nasihat Datuk Sri Najib Tun Razak supaya setiap perbalahan hendaklah dihentikan, ini adalah kerana dasar BN, ialah kita sokong antara satu sama lain dan setiap pemimpin haruslah menyelesaikan masalah mereka dengan menyandarkan semangat pemuafakatan BN.


p/s: Bosan dengan gimik politik…Nampak sangat pimpinan sekarang ini tidak muafakat, dan pentingkan diri sendiri, yang menerima impak nya pastilah rakyat jelata.

4 comments:

Anonymous said...

Siapa hantu yang sebenarnya?

hahahaha

Hasrul Halid said...

Heran ekkk!

Zaman TDM dulu takdak pun benda-benda ni. Tapi zaman Hadhari ni... MACAM-MACAM ADAAAAAA!

nampak sangat 'out of control'!

Anonymous said...

Zaman Tun , walaupun banyak kemelut tetapi masih "under control"

Harap Pak Lah dapat tenggok anak buah dia bekerja...

de_kerinchi said...

Bukan hairan, tetapi pelik...heheheh

Blog Widget by LinkWithin