Pada hari ini saya terlalu sibuk dengan tugasan harian, tetapi ingin saya meluangkan sedikit masa untuk berkongsi cerita mengenai sikap rakyat malaysia dewasa ini.
Nampak nya ada yang tidak kena dengan sikap rakyat Malaysia, maka tidak hairanlah ada satu ketika dahulu, Bandaraya Kuala Lumpur dikatakan berada di tangga ketiga sebagai bandaraya paling biadap di dunia, hasil dari kajiselidik yang dijalankan oleh majalah Reader's Digest dan disiarkan berulangkali oleh rangkaian berita CNN.
Hari ini saya mendapat panggilan dari seorang teman, yang meminta bantuan kerana dia telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Saya pun bergegas ke tempat kejadian, pada mulanya saya beranggapan hanya terjadi satu kemalangan kecil sahaja. Tetapi ternyata andaian saya jauh meleset. Kereta teman saya ini mengalami kerosakan yang besar dan teruk di bahagian belakang kereta nya.
Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah sekolah menengah di Kapar Klang. Mengikut cerita ramai saksi di tempat kejadian, bahawa kereta teman saya itu telah dilangar dari belakang oleh sebuah kereta jenis proton wira, semasa ia hendak membelok masuk ke sekolah tersebut. Yang lebih mengecewakan hati saya ialah tentang sikap pemandu kereta wira tersebut yang terus melarikan diri. Mujur ada abang-abang motor (Bukan dari spesis Mat Rempit) yang mengejar kereta wira itu tetapi malangnya ia dapat meloloskan diri. Tetapi kawan saya bernasib baik, kerana dengan pertolongan abang-abang motor ini maka dia mendapat mencatat Nombor Pendaftaran Kenderaan tersebut. Di sini saya merasakan ada yang tidak kena dengan jiwa dan perasaan pemandu tersebut, yang ternyata biadab dan tidak bertimbang rasa. Ternyata Dia telah melakukan beberapa tindakan yang biadap.
1) Memandu dengan melebihi had laju di kawasan berdekatan sekolah (Melihat keadaan jalan yang baik, lebar empat lane, mempunyai bonggol, dan garisan kuning saya simpulkan pemandu ini memang amat cuai dan biadap).
2) Di hadapan sekolah yang kebetulan, pada masa itu terdapat ramai pelajar yang berada di kiri-kanan jalan, pemandu wira tersebut masih tidak memandu dengan berhati-hati, cuai dan biadap.
3) Nampak lagi biadap, apabila, pemandu wira ini terus melarikan diri tanpa menghiraukan keadaan pada masa itu.
Walaubagaimanapun masih ramai, penduduk Malaysia yang tidak biadap dan berhati mulia, seperti :
1) Abang-abang motor yang membantu mengejar suspek langgar dan lari.

2) Abang-abang “towing truck” yang menolong dari urusan menarik kereta sehiggalah selesai urusan di Ibu Pejabat Polis Trafik (mengambil masa hanya 15 minit).
3) Anggota polis trafik kita yang bertungkus lumus untuk mengesan pemandu kereta yang cuai itu.
Apapun kejadian langgar lari ini, amat acap kali terjadi. Ini menunjukkan sikap para pemandu kita yang sering berubah sikap apabila memandu di jalanraya Malaysia. Mereka ini sebenarnya tidak mempunyai kekuatan mental untuk menahan, apa jua tekanan semasa memandu. Mereka selalunya berperangai baik apabila kelibat anggota keselamatan kita wujud di persekitaran mereka, tetapi terus berubah menjadi hero (Hero tahi kucing kata Pendekar Mustar) apabila kelibat anggota keselamatan kita hilang dari pandangan mata.
Apapun pesalah langgar lari untuk kes diatas telah pun dapat dikesan, dan akibat kebiadapan nya maka ia kini menanggung kesalahan dibawah klause “langgar dan lari”.
p/s : Terima kasih kepada yang membantu dan terima kasih juga kepada yang biadap, kerana kamu lah maka kita masih menjumpai dan mengenal orang-orang yang beradap.
0 comments:
Post a Comment