Malaysia Tanah Airku....

March 19, 2007

Pameran Hantu?



Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mahukan pameran alam misteri yang bertemakan ‘Hantu & Jin’ yang dianjurkan Muzium Negeri Sembilan sejak seminggu lalu dihentikan.Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata kementerian berpendapat pameran itu tidak memberi sebarang faedah kepada masyarakat dan perkembangan tamadun manusia terutama bangsa Malaysia.Beliau berkata, kementerian sudah membuat ketetapan mengenai pameran alam misteri enam bulan lalu selepas Muzium Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, menganjurkan pameran yang sama di Shah Alam.Pentadbiran Muzium Negeri Sembilan langsung tidak berunding dengan kementerian mengenai pameran yang mahu diadakan itu.Sekiranya kita dimaklumkan, apatah lagi, sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM'07), sebenarnya kita lebih tertarik untuk mempromosi dan mempamerkan keunikan dan keistimewaan Adat Perpatih kepada orang ramai," katanya. Beliau berkata, seharusnya pihak berkuasa negeri dan pentadbiran muzium yang mahu menganjurkan sebarang pameran supaya melihat ia daripada kaca mata kemajuan dan perkembangan tamadun, perjuangan, seni serta budaya bangsa.

Selalunya pihak terbabit lambat untuk memberi reaksi atas sesuatu perkara yang menjadi isu. Kenapa setelah semua hantu dan jin ditempatkan di dalam Muzium Negeri Sembilan dan dibuka kepada orang ramai, baru pihak kementerian hendak melatah?. Sekiranya ketetapan melarang pameran 'hantu dan jin' ini telah dibuat selepas penganjuran pameran yang sama di Shah Alam, maka arahan menghalang pameran seumpama itu hendaklah dikeluarkan dengan serta-merta.

Alasan, bahawa pengurusan muzium negeri bukan terletak di bawah bidang kuasa kementerian, dan berada dalam bidang kuasa negeri masing-masing tidak dapat diterima. Sekirannya arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan pusat, dan kebetulan pula dibawah parti yang sama, adalah amat janggal sekiranya tindakan pengharaman ini tidak dapt dilakukan. Walaubagaimanapun tindakan yang dilakukan oleh kementerian adalah amat dialu-alukan, walau pun ia mendapat reaksi yang lambat. Apapun kepincangan dan karenah sebegini tidak harus wujud disemua agensi berwajib apatah lagi ia dibawah pimpinan yang sama.

Janganlah kita tertumpu dengan isu ‘hantu dan jin’ di Muzium ini sahaja, tetapi pihak yang berwajib hendaklah peka juga dengan teguran atas isu-isu yang jelas bertentangan dengan nilai norma kehidupan dan agama. Akhir-akhir ini kita lihat, pihak televisyen dan pengarah filem pun seakaan-akan mengalu-alukan bentuk hiburan yang seperti ini. Masih kita ingat lagi larangan mengenai tahyul dan benda kurafat dari muncul dikaca tv sedikit masa lalu. Sampai manakah pendekatan larangan ini dikuatkuasakan? Ternyata ia hanya separuh jalan dan hangat-hangat tahi ayam.

Sepatutnya tindakan yang diambil mestilah secara menyeluruh dan yang penting nya mestilah konsisten, bukannya separuh jalan. Jangan nanti hanya menjadi bahan ketawa orang sahaja.

p/s: Nampaknya rancangan berbentuk peraduan SMS masih lagi ke udara, dimanakah kepekaan pihak berwajib? Janganlah memikirkan untung sahaja.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin