
Khabar nya ,Datuk Seri S. Samy Vellu telah memberi amaran awal dan surat pemberitahuan telah dikeluarkan sejak 13 Julai 2006 kepada Putrajaya Holdings untuk membaiki paip yang bocor, bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh dari berlaku. Dan adalah amat menghairankan apabila tindakan lambat diambil oleh Putrajaya Holdings, tempoh sembilan bulan adalah satu jangka masa yang panjang untuk Putrajaya Holdings untuk berfikir dan melakukan tindakan yang sepatut nya.
Putrajaya Holdings harus melakukan siasatan menyeluruh. Sekiranya benar laporan telah dibuat oleh JKR seperti kata Datuk Seri S. Samy Vellu, Siasatan hendaklah dilakukan dengan segera dan sekira nya benar ada pegawai-pegawai yang cuai, hingga menyebabkan bencana ini terjadi maka tindakan tata tertib harus dikenakan kepada mereka dan hasil siasatan hendaklah diumumkan kepada rakyat supaya menjadi contoh kepada pihak –pihak lain yang berkaitan, agar tiada lagi kes seumpama ini berlaku lagi.
Apapun sekira nya ada sedikit rasa tanggungjawab dan ingin membantu, diharapkan Putrajaya Holdings dapat mengeluarkan sedikit pampasan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa-mangsa yang terlibat.
p/s: Sudah menjadi resam dan amalan biasa agensi penguat kuasa , rata-rata apabila berlaku bencana baru masing-masing menunding jari mencari siapa yang bersalah. “Sudah terhantuk Baru Tergadah” “ Sediakan Payung Sebelum hujan…”
0 comments:
Post a Comment