Malaysia Tanah Airku....

March 20, 2007

Pameran Hantu-Siri 2


Muzium Negeri Sembilan meneruskan pameran alam misteri bertemakan 'Hantu & Jin...?' walaupun Menteri kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta pameran itu dihentikan kerana dikatakan tidak berfaedah. Kurator Muzium Negeri Sembilan, Drs Shamsuddin Ahmad, berkata ia diputuskan selepas perbincangan dengan Pengerusi Lembaga Muzium negeri, Datuk Kamaruddin Siaraf yang juga Setiausaha Kerajaan negeri.Beliau turut menegaskan pameran yang dirancang sejak tahun lalu itu bukan 'kosong' dan bertujuan mengkhayalkan orang ramai, sebaliknya diimbangi program keilmuan serta mendidik orang ramai termasuk sesi ceramah dan dialog bersama pakar mengenai alam ghaib. "Pameran ini memberi banyak manfaat kepada pengunjung. Antara keunikannya ialah membawa masyarakat meneroka ke alam menyeramkan tetapi mengandungi nilai pengajaran dan keinsafan. "Ia juga membuktikan tiada siapa yang berkuasa di atas dunia selain Allah SWT dan mengetepikan sama sekali perkara yang bersifat kurafat dan tahyul," katanya.


Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Kerajaan Negeri Sembilan tidak terbabit dalam penganjuran pameran dan tidak dimaklumkan mengenainya. “Ia diputuskan pentadbiran muzium berkenaan. Terpulang kepada pihak muzium sama ada mahu meneruskan atau memberhentikan pameran. Dia (muzium) ada ahli lembaga, ada pentadbiran sendiri. Mohamad berkata, beliau dimaklumkan pameran itu bukan dianjurkan sepenuhnya oleh Muzium Negeri tetapi diuruskan sebuah syarikat yang berminat menjadikan muzium berkenaan sebagai tempat pameran. "Saya dimaklumkan bukan pihak muzium yang buat tetapi promoter yang menjadikan muzium sebagai lokasi pameran. Ia bukan agenda muzium, sebaliknya cuma menumpang di muzium itu," katanya.

Apa sudah jadi ?, nampakya teguran . Datuk Seri Dr Rais Yatim lansung tidak diendahkan. Tindakan pihak muzium meneruskan pameran ini boleh dipersoalkan malah apa yang dikatakan kewujudan pameran ini di luar pengetahuan dan tanggungjawab Menteri Besar adalah satu perkara yang pelik.

Mengikut kata Kurator Muzium Negeri Sembilan, Drs Shamsuddin Ahmad, ia juga turut dibincangkan dengan Datuk Kamaruddin Siaraf yang juga Setiausaha Kerajaan negeri, jadi kenapa Datuk Kamaruddin Siaraf tidak memberikan maklumat lanjut kepada Menteri Besar yang dikatakan tidak dimaklumkan mengenai kewujudan Pameran ini?

Kenapalah Drs Shamsuddin Ahmad berfikiran kolot, negara lain berlumba-lumba hendak maju, dia pula mengajak pengunjung ke alam yang menyeramkan. Cukuplah bangsa kita dibelenggu oleh benda-bendak tahyul dan khurafat ini. Bebaskanlah bangsa kita dari membincangkan benda yang bukannya menjadi agenda bangsa agama dan negara.

Apakah dia program keilmuan yang dikatakan itu? Adakah program ini mengatakan tentang bentuk tubuh dan kejadian hantu dan jin? Manakala sessi dialog ini dikatakan dilakukan oleh pakar mengenai alam ghaib, Siapa mereka ini? Adakah mereka diiktirafkan? Adakah mereka ini terdiri dari penangkap dan pemburu hantu, atau dulunya disebut dukun, atau bomoh atau pemburu generasi baru yang dikenali sebagai "seekers"? Kalau sessi dialog ini dilakukan oleh tokoh agama, maka ia adalah lebih baik, sekurang-kurangnya mereka akan mengatakan cerita yang sebenarnya tentang kewujudan jin dan syaitan dan bukannya hantu atau jin replika.

Dimanakah letaknya nilai manfaat yang dikatakan oleh Drs Shamsuddin Ahmad?

Apakah yang dikatakan mendapat nilai berbentuk pengajaran? Adakah melihat hantu dan jin ini (di muzium), masyarakat akan mengenal jenis-jenis hantu dan jin ini? Benarkah hantu dan jin ini berupa begitu? Rasanya Drs Shamsuddin Ahmad sendiri akan meragui nya.

Apa pula kaitan nya dengan membentuk nilai keinsafan? Adakah melihat hantu dan jin ini akan menyebabkan masyarakat kita insaf? Agaknya maksud Drs Shamsuddin Ahmad adalah untuk mengajar masarakat kita, supaya jangan jadi hantu dan jin. Atau pun kalau nampak hantu dan jin sila jauhi mereka? Kalau benar tujuan ini berkesan maka syabas diucapkan kepada Drs Shamsuddin Ahmad atas keberkesanan teori beliau itu untuk mendidik anak bangsa.

Banyak lagi pameran yang lebih berfaedah yang boleh ditonjolkan seperti pameran tamadun pengkebumian manusia atau paling tidak pun tukar lah tema pameran ini kepada “dunia khurafat” kan lebih elok. Jelas sekali tujuan pameran ini hanya untuk menarik lebih ramai pengunjung ke muzium ini. Yang peliknya kalau pameran ini tidak menjadi agenda pihak muzium seperti yang didakwa, maka apakah masalah nya untuk pihak muzium menamatkan sahaja pameran ini?

Kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan juga amat mengecewakan sudahlah tidak ambil maklum hal-hal kejadian di dalam negeri, malah menyerahkan keputusan kepada pentadbiran muzium berkenaan. Sedangkan Datuk Seri Mohamad Hasan baru sahaja menyampaikan anugerah cemerlang kepada pelajar, inikah sikap yang ingin ditonjolkan kepada pelapis kita? Mahukah kita lihat anak bangsa kita hanyut dengan benda pelik yang tidak masuk akal ini menjadi dasar kearah membentuk modal insan yang berpegang kepada cogan kata “Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang?

p/s: Momokan yang membelenggu bangsa melayu dari dahulu hingga sekarang. Ada juga orang ternama pergi jumpa bomoh untuk ambil batu hikmat...”Maaf Tok Anak Cucu Tumpang Lalu”

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin