Dalam perjalanan ke tempat seminar tersebut, saya sempat singgah ke rumah lama orang tua saya, dan sempat juga menatap koleksi saki baki buku lama tinggalan aruah ayah saya (sayang nya sebahagian besar koleksi buku ini musnah dimakan anai-anai dan bubuk). Di kesempatan itu saya sempat membawa sebuah buku lama berjudul Revolusi Mental terbitan Utusan Melayu keluaran tahun 1971.
Buku ini merupakan hasil usaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam menyediakan sebuah buku untuk dijadikan panduan untuk orang-orang Melayu bagaimana untuk menggunakan akal fikiran dan tindakan yang rasional dalam menghadapi kerajaan baru dan alaf baru (buku ini menggunakan perkataan zaman baru).
Saya tertarik dengan perutusan yang dibuat oleh Perdana Menteri
“Zaman moden ialah zaman perlumbaan, kumpulan yang cergas fikiran nya dan tangkas tindakan nya pasti akan berjaya, sebalik nya golongan yang statis kerana dikonkong oleh corak hidup yang lama akan tewas dalam perlumbaan ini”
“Oleh itu nilai-nilai lama yang didapati tidak sesuai dengan kehendak zaman, hendaklah digugurkan untuk memberi jalan kepada nilai-nilai baru."
Buku setebal 473 muka
Walau bagaimanapun, orang melayu di dapati masih belum bersedia untuk merempuh dunia yang lebih luas dan mencabar ini bagi mencabar bangsa-bangsa lain merebut peluang yang lebih besar, kerana mental mereka masih belum kukuh.
Kenapa ini boleh berlaku ?
Jawapan nya ada pada orang melayu itu sendiri, ternyata mereka masih lagi terkongkong dan mengamalkan idealogi lama yang tidak mendatangkan faedah. Orang melayu masih taksub dengan bomoh, masih pergi puja kubur dan bayar niat, masih ikut ajaran songsang, masih lagi fobia dengan dunia hantu dan jin dan disokong pula dengan segala macam perasaan hasad dengki, pentingkan diri, bodoh sombong yang jelas membantutkan pertumbuhan bangsa melayu yang berjiwa merdeka.
Sesuatu harus dilakukan, Revolusi Mental perlu diwujudkan kembali di hati setiap orang melayu dan harus dimulai oleh pemimpin-pemimpin kita yang kelihatannya mula layu dan kurang berjuang semenjak berakhir nya era Tun Dr. Mahathir Mohammad.
p/s: Teringat kata-kata arwah ayah ku, sambil menatap lencana besi keahlian UMNO nya “Revolusi Mental sarat dengan tulisan ejaan lama, yang mengembalikan nostalgia perjuangan masa lalu”, semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat kepada ayahanda ku yang telah mendidik ku menjadi insan berguna, Al-Fatihah.
3 comments:
Adalah amat sukar mencari pemimpin sejati macam dulu-dulu..sekarang kebanyakan pemimpin memperjuangkan poket sendiri.
Mentaliti melayu mudah lupa juga harus dibuang jauh-jauh...
Para pemimpin melayu, seharusnya mencontohi pejuangan pemimpin silam.
Pekh! buku antik tu bro. Kalu boleh sebarkan.. sebarkanlah!
Yup, kita memang perlukan revolusi mental. Sungguh-sungguh perlu!
Post a Comment