Malaysia Tanah Airku....

March 26, 2007

Krisis Pemikiran di Sektor Kerajaan...

Kelewatan menjalankan tugas rasmi atau lewat mengambil tindakan merupakan aduan paling popular yang diterima Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri, yang membabitkan jabatan persekutan dan agensi kerajaan negeri. Kategori kedua popular ialah mengenai kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan termasuk perkhidmatan kaunter dan tidak menjawab panggilan telefon. Sebenarnya banyak perkara yang boleh menyebabkan masalah ini, selain dari karenah birokrasi (yang kadang-kadang sengaja diwujudkan) kita juga akan dihidangkan dengan karenah-karenah yang tidak enak untuk kita terima dengan disogokkan belbagai alasan yang menyakitkan hati. Antara alasan yang paling popular ialah pegawai bercuti, pegawai mesyuarat, pegawai pergi minum dan seribu satu alasan yang amat mengecewakan.

Untuk mengatasi masalah ini maka satu perubahan hendaklah dilakukan dengan segera antara nya :

1) Cuti : alasan bercuti , bukan lah satu alasan yang baik untuk diberi kepada pelanggan. Apatah lagi kalau alasan bercuti ini diguna-pakai hingga berminggu-minggu lamanya. Keadaan seperti ini boleh diatasi dengan mewujudkan pegawai-pegawai ganti yang akan memikul tanggungjawab pegawai yang bercuti. Tindakan membenarkan seorang sahaja pegawai mengendalikan sesuatu kerja akan menyebabkan sesuatu urusan akan tergendala sekira nya terjadi suatu keadaan yang tidak di ingini kepada pegawai yang bertanggung jawab itu seperti bercuti, , berhenti, kematian dan lain-lain.

2) Minum : Sekira nya kita pernah berurusan dengan sektor kerajaan, pasti kita juga pernah mendengar, alasan pegawai tiada kerana keluar minum. Apa yang lebih menjengkelkan jawapan itu akan kita terima acap kali dalam masa sehari. Antara jadual makan standard sektor kerajaan ini ialah :

a. Pukul 9.00 pagi - 10.00 pagi waktu sarapan pagi,
b. Pukul 12.00 tengahari -1.45 petang waktu makan tengahari
c. Pukul 3.00 petang - 4.00 petang waktu minum petang.

(agak nya berapa jam kah waktu bertugas pegawai-pegawai ini sekiranya ditolak waktu minum ini?)

Sebenarnya kita tidak melarang pegawai-pegawai ini untuk melakukan aktiviti jalan-jalan cari makan, tetapi mestilah ada peraturan dan had nya. Misalnya seperti mewujudkan satu jadual penggiliran yang ketat untuk memastikan pejabat tidak kelihatan seperti tak berpenghuni semasa waktu bekerja.

3) Tiada di Pejabat: Kadang-kadang kita dihidangkan dengan alasan pegawai tiada di pejabat, kerana keluar untuk melakukan tugas rasmi ataupun tugas tidak rasmi. Pernah satu ketika dahulu, satu stesyen tv popular telah menyiarkan siaran lintas lansung, yang memaparkan keadaan pejabat yang kosong tanpa petugas walau pun pada waktu itu adalah waktu puncak untuk bertugas, perkara ini sebenar nya adalah satu realiti yang sukar untuk ditelan. Kalau kita pernah berurusan dengan pejabat-pejabat penguatkuasa di luar Bandar pasti pernah kita dengar pegawai-pegawai bertugas sering tiada di dalam pejabat. Dan adalah senario biasa pada waktu yang berikut nya kita akan menemui pegawai-pegawai ini berada di sekolah dengan alasan menghantar anak , di pasar sedang membeli sayur dan ikan atau di bank sedang membayar pinjaman.

Tidak semua pegawai-pegawai kerajaan yang bersikap begitu, tetapi disebabkan kes-kes seumpama ini merupakan kes yang senonim dan acap kali dihadapi oleh masyarakat maka, ia akan berterusan dianggap sebagai “mewakili” perbuatan semua pegawai-pegawai yang bertugas.

Oleh itu satu langkah drastik harus dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mendidik pegawai-pegawai nya agar lebih komited, sepatut nya pegawai-pegawai kerajaan yang di katakan berdisplin tinggi ini, harus sedar dan melakukan tugas mengikut peraturan dan piagam pelanggan yang disediakan oleh setiap jabatan. Sikap dan anggapan “kita hanya makan gaji” hendaklah dilontarkan jauh-jauh dan ditukar kepada slogan yang lebih baik, iaitu tugas itu adalah satu “amanah”.

p/s: Gaji kakitangan awam bakal dinaikkan harap-harap perkhidmatan dan gaya pemikiran juga akan turut bertukar.

5 comments:

Hasrul Halid said...

betul bro..! artikel yang SANGAT-SANGAT tepat.

Kadang-kala kita terpaksa 'berkampung' di Pejabat KERAjaan, untuk sesuatu urusan yang sebenarnya, boleh diselesaikan dalam masa setengah jam sahaja.

Gaji naik tapi kalau kualiti takdak, tak guna jugak!

de_kerinchi said...

Hasrul macam ada pengalaman ngeri jer...hahhaa

bukan apa kadang-kadang pening bila dengar alasan tak masuk akal pegawai kerajaan ni..bila kita melenting kata kurang ajar pula...

Anonymous said...

Agensi kerajaan sudah lama di labelkan sebagai lembab........!!!!

Kalau tengok fail tu bertingkat-tingkat atas meja macam banyak kerja..tetapi kenyataan nya datang opis buka satu fail jer untuk disemak yang lain nya ikut masa lain lak...mana kes tetunggak tak banyak...LOL

Anonymous said...

Apapun kita tidak tahu lagi impak bila kerajaan memperkenalkan sistem menggunakan internet dalam apajua hal berkaitan urusan kerajaaan. contoh macam LHDN memperkenalkan e-failing ....mungkinkah ia memudahkan atau mempercepatkan urusan atau respon?

Anonymous said...

apa hendak dihairankan, apabila mereka merasakan jawatan mereka adalah terjamin, maka kerja dan tugas jatuh nombor dua...janji dapat gaji...

Blog Widget by LinkWithin