Kerajaan negeri Perlis memutuskan untuk menjadikan Jumaat sebagai hari untuk rakyatnya “bercakap baik”.
Datuk Seri Shahidan Kassim mengatakan tabiat bercakap baik pada setiap Jumaat diharap dapat dijadikan amalan pada hari-hari lain sehingga semua rakyat Perlis sentiasa menjaga percakapan mereka supaya tidak menyakiti hati orang lain.
Nampak nya episod mulut ini berlanjutan lagi, kali ini jumaat pula menjadi mangsa. Bercakap baik dan bertutur dengan baik adalah dua perkara yang berbeza:
1) Kita boleh bertutur dengan baik tentang perkara-perkara yang baik.
2) Kita juga boleh bertutur dengan baik tentang perkara-perkara yang tidak baik.
Saya yakin, apa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Shahidan itu ialah berkaitan perkara yang pertama, yakni “Bertutur dengan baik untuk perkara-perkara yang baik” atau pendek cerita “bercakap baik”(pening bukan).
Bercakap baik dalam konteks yang baik-baik ini mempunyai penerangan yang amat banyak dan luas, antara nya:
- Tidak boleh berbohong
- Tidak boleh memutar belit (Spin)
- Tidak boleh mencarut dan memaki hamun
- Tidak boleh menyinggung perasaan orang lain
- Dan semua perkara yang baik-baik belaka.
Cuba kita bayangkan kalaulah saranan ini diikuti tanpa ada “ketirisannya” (sekadar meminjam istilah Pak Menteri), pasti Negara kita ini aman makmur.
Rakyat pula akan senang hati naik teksi, kerana pemandu teksi kita tidak boleh cakap bohong dan berkasar. Oleh itu mereka kena pakai meter dan bersopan santun.
Akhbar , TV dan Radio pula akan berusaha “membenarkan” kebaikan dalam terbitan dan laporan nya. Maka rakyat pun suka, melihat, membaca, mendengar perkara yang benar dan tanpa putar belit.
Menteri-Menteri pula bertutur jujur dan baik, dan semua janji ditunaikan (termasuk janji MyVi ku). Semua agenda buruk yang berlaku didalam negara, tidaklah disembunyikan malah mesti diterangkan kepada rakyat dengan telus dan benar juga mesti berlandaskan fakta dan logik.
Dan banyak lagi benda baik yang akan timbul kalau manusia boleh bercakap baik. Tetapi kerana saya yakin perkara ini tidak akan berjaya dilaksanakan dengan jaya nya maka saya malas lagi hendak melanjutkan bicara. Walau apapun sekalung tahniah untuk Kerajaan Perlis kerana sekurang-kurang nya sudi untuk bercakap baik dengan mengutarakan idea yang baik di hari yang baik juga.
Sekali lagi saya ingatkan jangan ada pula nanti menteri yang akan melatah mengatakan idea ini adalah satu idea bodoh dengan alasan semua orang wajib bercakap baik.

p/s: Semua hari adalah baik, dan manusia wajib bertanggungjawab atas kebaikan itu.
0 comments:
Post a Comment