Malaysia Tanah Airku....

March 01, 2007

Makanan Segera vs Makanan Kita


Akhir-akhir ini heboh dengan isu makanan ringan. Usaha-usaha sedang giat dijalankan untuk menghalang iklan makanan segera ini keluar di media-media elektronik kita. Memanglah tidak dinafikan bahawa makanan segera ini mengandungi kadar kalori yang sangat tinggi, contoh nya di dalam sebiji burger bersaiz biasa nilai kalori nya mencecah 275. Tetapi adilkah kita hanya disogokkan dengan kempen yang mewar-warkan betapa buruknya makanan segera ini ? (kebanyakan nya adalah hasil produk dari barat).

Kita terlalu sibuk membahaskan isu makanan segera ini, sampai kita lupa akan satu isu yang sama penting nya iaitu kesan dan akibat yang perlu kita hadapi apabila kita memakan makanan tempatan. Kita di Malaysia ini sangat terkenal dengan ragam makanan nya seperti nasi dengan lauk pauknya, minuman-minuman yang manis, kuih-kuih tradisi, roti canai dengan kuah kari nya dan banyak lain-lain.

Cuba kita conggak, berapa agaknya jumlah kalori untuk masakan “Ayam Masak Lemak Cili Api” yang di makan bersama sepinggan nasi.

Secara kasar saya menyenaraikan kalori bahan-bahan utama untuk membuat “Ayam Masak Lemak Cili Api” dan nasi nya :

1 cawan Beras = 150
3.5 g Ayam = 120
4 oz Cili segar = 40
1 sudu Gula = 15
100 g Santan Kelapa = 359
Kentang 1 biji kentang saiz sederhana = 100

Cuba kita bayangkan, satu hari berapa banyak kalori telah memasuki tubuh badan kita, hanya disebabkan makanan ruji kita ini, belum lagi di kira kalori yang disumbangkan oleh kuih-kuih tradisional kita yang terkenal manis dan berlemak yang kita ambil waktu sarapan pagi (Kandungan kuih tradisional biasanya terdiri dari bahan-bahan seperti tepung, gula, dan santan) .

Sebenarnya kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein, dan lemak. Lemak merupakan penyumbang kalori terbanyak mengikut berat (9 kalori bagi setiap gram). Oleh yang demikian makanan mengandungi banyak lemak tinggi kalori nya. Sebaliknya, makanan tinggi kandungan air, seperti sayuran rendah pula kalori nya.

Kesimpulannya tiada makanan dikategorikan sebagai baik atau tidak baik. Makanan yang dianggap baik dan berkhasiat pun jika diambil secara berlebihan akan mendatangkan mudarat. Lebih memburukkan keadaan apabila rakyat kita terkenal denga sikap yang amat kurang bersenam, Perkara ini akan menyumbangkan lagi kesan bahaya yang akan kita hadapi. Dewasa ini kita lihat anak-anak kita mempunyai masalah obesiti yang serius, apa kah tidak nya lihat sahaja gaya hidup mereka kini, bermain Komputer dan menonton TV telah menjadi agenda utama harian mereka. Anak-anak kita kini amat kurang beriadah dan bermain dikawasan yang terbuka.

Oleh itu diharap agensi yang terlibat perlu berkempen dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat tentang bahaya nya makanan sekiranya diambil berlebihan.



p/s : Kemodenan adalah punca banyak penyakit. "Makan Banyak kenyang perut, Perut buncit mata lena, kuat ngorok cipta bencana......"

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin