Saya telah mengunjungi beberapa laman web-web yang baru (Pro-Kerajaan), dengan hanya satu tujuan iaitu untuk mengetahui apakah komen balas pendukug-pendukung laman blog ini atas setiap isu yang timbul di Malaysia dewasa ini, tetapi malang nya setiap komen yang bertanya dan kelihatan bercanggah dengan pendirian mereka, akan hanya dipandang sebelah mata, malah dihilangkan terus tanpa jawapan yang sewajar nya. Hanya kelihatan komen menyokong sahaja, tanpa ada persoalan. Pelik bukan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa seseorang pemilik blog itu mempunyai hak untuk menapis apa jua bahan penulisan di dalam blog masing-masing. Tetapi dalam hal ini ternyata mereka kelihatan seperti takut dengan bayang-bayang sendiri dan bimbang akan menjadi tidak popular ataupun yang paling jelas blog ini hanya wujud sebagai alat "Back Fire" sahaja.
Kesimpulan saya, kewujudan blog-blog baru ini hanya seperti melepas batuk di tangga. Hanya sebagai alat propaganda (tidak berkesan). Malah tulisan-tulisan yang muncul hanya sekali sahaja seperti di dalam laman anaianai****. Tiada tindak balas atau respon lansung dari penulis nya, jelas penulis ini mewujudkan laman ini hanya sebagai satu batu loncatan.(bagi menggambarkan ramai juga penulis blog yang menyokong dasar kerajaan).
Laman sarung*****, pula bulat-bulat meniru gaya penulisan dan sindiran sinis Brother Sheih (kickdefella) melalui lukisan poster nya. Tetapi malangnya poster-poster ini amat tidak menarik,hasil kerja nya tidak berkesan lansung. Imej lukisan nya bagai dibuat tergesa-gesa dan tidak profesional. Malah jelas, gaya tiruan ini telah menjejaskan imej penulis laman ini kerana hasilnya tidak menjadi lebih baik malah menjelekkan. Laman ini ternyata tidak dapat menandingi , keberkesanan lukisan poster yang lebih "real" oleh Brother Sheih. Saya tidak mahu memaparkan lukisan tersebut, kerana lukisan itu amat tidak cantik malah lukisan dinding jalanan lebih cantik dan bermotif yang jelas.
Gambaran penulisan syok sendiri, dapat dirasakan apabila kita mengunjungi laman infinity***. Apakah tidaknya penulis rencana , memberi komen kepada tulisan nya sendiri. Malah sebanyak dua kali dalam masa yang berbeza. Komen beliau memuji bersungguh-sungguh akan isi kandungan tulisan beliau sendiri. Jelas kelihatan , bagai ada sesuatu yang tidak kena telah wujud di laman ini.
Kehadiran blogger-blogger baru amat dialu-alukan. Kerana dengan kewujudan para blogger ini kita akan dapat mendengar berbagai pandangan dari sudut yang berbeza. Tidak kiralah samada para blogger ini penyokong atau tidak dasar kerajaan, setiap penulisan yang wujud itu merupakan satu sumber idea yang boleh dibahaskan dengan matang. Mereka ini harus bertanggung jawab atas apa yang diperjuangkan dan bukan lah hanya sebagai penulis propaganda. Segala soalan atas pendirian mereka haruslah dijawab dengan rasional, dan bukannya dihilangkan begitu sahaja.
p/s : Perjuangan adalah kesetiaan, dan bukannya ikut-ikutan.
6 comments:
Ternyata team propaganda ini tidak berkesan lansung...banyak kelemahan yang wujud dan caca merba...
Saya terpanggil untuk memberi komen apabila saudara memberitahu kami mengatakan anaianai tidak melayan sebarang komen atau pertanyaan dari pihak tuan. sekiranya boleh apakah soalan2 yang ingin saudara tanyakan. kerana setiap komen yg saya kirim akan dijawap. kalau ada apa2 tentang bloq anaianai dan sebarang pertanyaan , bolehlah saudara email ke saya dan saya akan bantu untuk menjawap soalan saudara. Tq
Salam Saudara Koboi BM
Sebenarnya saya hampir melupakan penulis blog aka anaianai****, kerana saya dapati blog itu tidak berfungsi sebagai wadah suara dari pihak kerajaan. Memandangkan dari awal lagi blog itu wujud hingga sekarang ia masih tidak aktif dan hanya mempunyai satu posting, ia juga tidak mampu menjawab tanda tanya dan persoalan yang diutarakan pembaca.( bagaimana ia ingin menjadi senjata berbisa bagi pihak kerajaan?)
Saya tidak berminat lagi untuk tahu akan jawapan yang berkisar tentang keutuhan ekonomi Negara kerana ia telah terjawab dengan mengikuti sendiri perkembangan yang berlaku akhir-akhir in, termasuklah strategi yang dibuat oleh badan-badan penasihat kerajaan dalam memacu pembangunan ekonomi negara.
Persoalan yang baru timbul di hati saya, kenapakah blog yang tiada kredibiliti ini dibenarkan wujud di dalam Blog yang terkenal memperjuangkan suara kerajaan. Saya berpendapat ia akan mencacatkan perjuangan tersebut. Amat jelas blog tersebut hanya dibuat secara terburu-buru dan tanpa kajian……
Terima kasih atas tawaran saudara untuk cuba menjawab kemusykilan yang timbul, insyallah saya akan lakukan nanti…
Salam Hormat Buat Saudara !
Bagi meringkaskan soalan saudara yang mengatakan blog anaianai adalah sebahagian dari suara yang menyokong kerajaan berkemungkinan ianya benar tetapi ingin saya jelaskan juga kenapakah saudara inginkan pembentukan blog itu ke arah ekonomi. Apakah ekonomi itu hanya berkisar tentang keuntungan dalam bentuk mata wang? Dan apakah kerugian dalam bentuk mata wang tidak termasuk dalam ekonomi.Disini saya melihat saudara cuba corakan satu corak sahaja blog-blog yang perlu ada ataupun perlu wujud. Saudara lebih mengarah ke arah ti variasinya blog-blog yang ada. Maksud saya , saudara seolah-olah ingin mengawal perkembangan blog-blog ini mengikut acuan saudara. Saya rasa impian saudara yang sebegini sebenarnya telah lama berkecai dan akan terus hancurkan revolusi blog di Malaysia akhirnya.
Saudara harus ingat , setiap penulisan yang berlaku di blog tidak tercatat sebagai 'asli' atau kita katakan tiada ketulinan. Maka sebab itulah sebarang tulisan di blog tidak boleh di bawa ke mahkamah sebagai bahan bukti atau bahan tuduhan kepada mana-mana individu. Dengan demikian ingin saya fahamkan saudara , apa-apa yang terdapat di blog-blog kekadang masih boleh dipertikaikan ketulinan sesuatu penulisan sehinggakan akan menjadi akibat negatif kepada pembaca ruangan blog tersebut.
Tentang ekonomi yang saudara katakan bolehkah saudara bentangkan pada saya bagaimana yang di maksudkan menjana ekonomi yang sesuai dengan hati dan kefahaman saudara.
Saya ingin membawa saudara berfikir sebentar tentang cara-cara mengambil wuduk yang sentiasa berbeza antara satu sama lain TETAPI ianya tetap sah mengikut syarak. Begitu juga pembentukan dan penulisan pada setiap blog yang ada. Tulislah sebagimana yang kamu inginkan, tulislah secara merdekanya penulisan kamu sehingga blog-blog itu dapat memuaskan diri kamu dan keinginan kamu.
Sekiranya saudara mengatakan anaianai telah secara tergesa-gesa membuat blognya tanpa perancangan yang baik juga tidak dapat saya terima. Bagi saya apa yang saya lihat itulah ukuran kepada mereka. Sekiranya saudara pakar dalam ekonomi atau gilakan ekonomi disinilah sepatutnya saudara melihat sebagai satu peluang EKONOMI kepada anaianai. Sepatutnya saudara membimbing anaianai dan janganlah saudara BIMBANGKAN anaianai. Sepatutnya saudara boleh memulakan sedikit perniagaan berbentuk juru runding kepada anaianai sekiranya saudara mahukan aspek ekonomi. Sebagai mengulung hujah saya ini , inginlah saya ingatkan saudara tentang HAK ASASI yang seharusnya ada di hati saudara. Tidak semua orang itu sepintar saudara , tidak semua pemilik blog itu dari jurusan ekonomi , tidak semua yang memblog itu mencari ekonomi , tidak semua yang memblog itu tahu peraturan blog. Hanya ini dululah yang dapat saya terangkan. Dari penulisan saudara saya dapat simpulkan sebenarnya saudara ada sedikit tekanan dalam kerjaya yang saudara lakukan. Sebenarnya banyak pendapat saudara yang tidak diterima oleh kawan-kawan saudara sendiri. Saudara sebenarnya cuba memupuk satu gagasan baru kerana dalam jiwa saudara ada satu cita-cita besar kerana tekanan ekonomi yang saudara hadapi dari kecil itulah yang telah mengikat saudara untuk memandang wang itu penting dalam hidup ini.
Salam Hormat kembali buat Saudara koboi BM !
Sesungguh nya saudara membuat ulasan, tanpa mengetahui sejarah pembentukan blog-blog tersebut sebelum ini. Jadi tulisan saudara adalah tidak adil bagi saya…saya hanya memberi komen ke atas blog-blog tersebut mengikut susun galur sejarah awal penciptaan nya dan bukan nya blog-blog lain yang tiada kena mengena dengan penceritaan sejarah tersebut.
Seperti saudara kata hak asasi mesti ditanam dijiwa saya…..maka itulah hak saya untuk bersuara…begitu juga orang lain tidakkah mereka memberi ruang kepada kita untuk bersuara…? Perkataan kawalan atas blog…siapakah yang mengawal siapa ?….maka ikutilah sejarah awal penubuhan blog tersebut.
Alasan saudara memberitahu bahawa hasil penulisan di blog tidakboleh dibawa ke mahkamah adalah salah sama sekali…penulisan di blog masih boleh diambil, walaupun bukan dibawah AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 , penulis blog boleh dikenakan tuduhan atas akta ISA atau OSA atau akta yang boleh digunapakai.
Adakah perjalanan ekonomi itu hendak dibentangkan mengikut acuan akauntan bertauliah? Sedangan penceritaan nya berkisar kepada masyarakat kebanyakan…perlukah kita sumbatkan otak kita dengan angka-angka yang boleh dimanipulasikan…sedangkan kebanyakan nya naïf akan ilmu perakuantanan? Sedangkan kenyataan yang nyata amat mengelirukan..ini kan pula hendak disumbat fakta angka..? Salahkah pertanyaan dilontarkan…hanya untuk memastikan kenapa tekanan ekonomi semasa amat menekan diri sedangkan angka ekonomi kelihatan nya bagus…? Ternyata sikap masyarakat kita, apabila ditanya sesuatu soalan yang akan menyebabkan terganggu gugat nya kredibiiti diri, maka jawapan nya pasti “sila utarakan , apa yang boleh anda buat…?” (seperti soalan saudara)…saya hanya hendak tahu jawapan nya bukan hendak memberi jalan…salahkah saya mengetahui pendapat orang lain…sedangkan saya masih teraba- raba akan jawapan yang sebenar? (Sekali lagi diingatkan tolong jangan kaitkan posting diatas untuk pertanyaan ini, kerana ditegaskan bahawa blog-blog itu dikomen mengikut sejarah pembentukan nya….melainkan saudara sendiri adalah penulis blog tersebut atas atau yang seangkatan dengan nya)….Sah atau tidak sah sesuatu benda itu hanya anggapan manusia…..sama juga kafir mengkafirkan orang, itu juga anggapan manusia…hatta khinzir pun tidak bersalah kerana di chop haram…semuanya atas keredhaan dan ketentuan Allah s.w.t.
Saya tidak faham kenapa saudara begitu terasa hati dengan posting saya, sedangkan saudara sendiri menguar-uarkan…kata-kata hak asasi…kemerdekaan…kebebasan… malah mengatakan saya seorang pakar ekonomi juga adalah satu anggapan yang tidak baik
Adakah tulisan ini menganggu gugat perasaan saudara?....sedangkan saudara juga sudah mengatakan jangan percaya pada blog….semuanya tidak tulin…!!!...
Sekali lagi saya sarankan HAK ASASI yang seharusnya ada di hati saya juga harus ada di hati saudara saudara. dan tidak semua orang juga sepintar saudara , Amat menakjubkan saya, saudara yang baru saya kenal di alam penulisan sehari dua ini sudah mampu menilik diri saya (menilik adalah pekerjaan haram) apatah lagi hanya melalui penulisan… Sebenarya kesimpulan saudara melalui tulisan itu telah lama saya dengar dalam siri-siri ceramah motivasi yang dibuat pihak kerajaan dalam era 80an dahulu…tetapi saya rasa kenyataan itu boleh dipersoalkan…kerana ia bergantung kepada fakta angka kajian..(umpama kajian kepopularan rangking TV ) yang tidak dapat dibuktikan benar nya…Hidup dan tugas saya dikelilingi masyarakat…kesibukan berpersatuan….dan percampuran sosial masyarakat menemukan saya dengan seribu macam pendapat yang berbeza dan bermacam bangkangan ..malah ada yang menyebabkan lemparan kerusi dan meja…ini semua adat hidup di dunia…umpama peribahasa pernah berkata “ Kalau takut dilambung ombak jangan berteduh di tepi pantai.”. Saya tidak menulis secara dengar-dengar.kosong..tetapi kerjaya saya …menuntut saya mengadap masyarakat setempat dan mendengar pendapat mereka ini….bukan saya ini ,orang yang bagus tetapi keadaan masyarakat saya yang begitu akrab, menyebabkan saya dapat belajar bermacam-macam perkara….saya pernah duduk diatas dan pernah duduk dibawah…malah pernah disingkir dan kembali berjuang…ini semua asam garam kehidupan yang perlu dilalui dengan redho….
Tidak timbul persoalan tekanan ekonomi dan sebagai nya seperti tuduhan saudara….Hidup saya alhamdullillah …ada isteri berkerjaya ,anak-anak yang comel , kebebasan kerja yang mengembirakan, rezeki anugerah tuhan yang tidak putus.. Saya cukup bahagia dengan kehidupan saya..dan berasa bersyukur akan nikmat Allah ini, walau tak sekaya mana…tetapi masih boleh makan dan bisa beribadat kepada Allah s.w.t. Kalau bohong maka saya telah membuat dosa dibulan mulia ini...dan saudara boleh menuntutnya diakhirat kelak..(semoga dijauhkan Allah...)
Terlalu awal saudara membuat kesimpulan mengenai tulisan saya…dengan hanya membaca satu posting dan mengeluarkan kesimpulan adalah satu kerja yang akan memudaratkan diri sendiri…Ingatlah “don’t judge the book by its cover”, kerana kalau tuduhan saudara adalah salah maka berdosa lah jawab nya….jangan timbulkan syak wasangka yang melulu tanpa membuat kajian dasar….Sila semak posting saya yang lama-lama, mungkin saudara akan temui serba sedikit biodata kehidupan saya. ( Maaf postig ini hanya setakat tahun 2006…kerana yang lain telah musnah akibat virus…)
Apapun saya memaafkan kekhilafan saudara, sesungguh nya saya menerima pendapat saudara bahawa saya ini harus menjadi pemilik hak asasi seorang pegundi yang merdeka.. dan saudara akan faham kenapa saya tidak expose berlebih-lebihan…jika saudara kenal saya dengan lebih dekat..….Lagipun saya cukup yakin dan pasti saudara tidak mengikuti blog ini secara menyeluruh..jika tidak saudara tidak akan mengeluarkan kenyataan terburu-buru...
Maaf dipinta jika ada ketelanjuran bahasa yang mengguriskan perasaan….semoga bisa beribadat dengan tenang dibulan mulia ini…cukup buat masa ini…umpa lagi..Wasalam
Terima kasih kerana penjelasan saudara memberi sedikit kefahman kepada saya. Saya bukan menilik seperti apa yang saudara sangkakan tetapi hanya memberi taksiran seperti bila mendung kekadang akan membuah hujan tetapi kekadang mendung juga tidak akan beerti hujan. Begitulah apa yang saya tulis dalam komen saya yang lepas. Saya juga sebenarnya bukan baru dialam penulisan maya ini. Cuma boleh dikatakan berehat sebentar kerana menumpukan kepada projek yang saya iaitu menjalankan beberapa kajian dan projek pembangunan. Saya mula menulis pada awal 1998 di beberapa web dan blog tetapi sebelum itu saya pernah memulakan penulisan saya ketika berumur 12 tahun sebagai sidang redaksi majalah 6. Kemudian saya berhenti sebentar kerana keluarga saya tidak menyutujui kerjaya saya sebagai penulis walaupun keinginan saya adalah ke arah itu. Pada Julai 1998 saya terpaksa memberhentikan penulisan saya disebabkan atas nasihat pihak berkuasa ketika itu. 2 tahun menjadi senarai hitam adalah sesuatu yang amat meyiksakan. Kemudian barulah saya beralih kepada kajian herba dan formulasi produk.Sebenarnya saya kagum dengan saudara setelah mengetahui sedikit latar belakang saudara tentang perjuangan saudara sebagai seorang insan. Modal insan seperti saudaralah berkemungkinan akan menyemarakan lagi penulisan di blog-blog ini.
Tentang soalan saudara apakah saya mempunyai hubungan dengan blog anaianai jawapnya ialah ya ! Saya ada hubungan dengan blog itu. Saya juga memohon maaf kalau taksiran saya telah diertikan sebagai menilik kepada saudara sebelum ini kerana bagi saya taksiran adalah halal kerana kita diperbolehkan menaksir tetapi haram jika menilik. Kalau taksiran saya haram maka 'taksiran cukai' juga adalah haram jawapnya. Saya hanya menaksir dan tak lebih dari itu. Tentang kebahagian yang saudara kecapi alhamdulillah rasanya tak seperti saya yang tak punya apa-apa yang boleh dibanggakan kerana tidak satu pun milik saya disebabkan apa yang ada pada saya adalah punya Allah jua. Saya hanya hidup seorang diri dengan mengharapkan rahmatNya. Tidak lebih dari itu hidup saya sekarang ini. Sekali lagi saya memohon maaf dari saudara tentang apa yang saya komenkan sebelum ini menyinggung hak asasi saudara. Sekian terima kasih semoga ada rahmat dalam apa yang berlaku ini. Wasalam !
Post a Comment