Akhir-akhir ini berbagai-bagai badan yang berebut-rebut untuk mengeluarkan data–data indek hasil kajian mereka dan Negara Malaysia tidak terkecuali dari menjadi bahan kajian itu. Apa yang dapat digambarkan, Negara kita ini amat sensitif dengan indek-indek yang menunjukan kelemahan Negara. Kalau ada sahaja laporan yang tidak memihak kepada kita pasti kita akan melenting.
Adalah amat, membanggakan sekira nya Malaysia amat teruja dan segera melenting apabila Negara kita yang tercinta ini disogok dengan data-data yang tidak menyebelahi kita. Tapi adilkah kita sekiranya hanya mempercayai perkara-perkara yang enak-enak sahaja tanpa mahu mengambil kira perkara-perkara yang jelik? Tepuk Dada Tanya Selera.
Sebenarnya banyak kajian-kajian yang dijalankan , mempunyai ciri-ciri yang amat meragukan dan sumber kajian yang boleh dipertikaikan. Oleh itu kita akan hanya mengguna pakai kajian yang dijalankan oleh Badan-Badan Yang diiktiraf, dan berwibawa sahaja. Badan-badan kajian ini selalunya terlalu tergesa-gesa untuk mempamirkan hasil kajian mereka, agar tidak ketinggalan. Mereka selalunya ingin tampil sebagai jagoan, tanpa membuat kajian yang lebih teliti dan mengikuti prosedur atau standard yang ditetapkan. Kesilapan akan berlaku dan boleh berlaku pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan sekali pun jika kita melanggar prosedur atau standard yang biasa diamalkan.
Ini terbukti dalam kes hasil laporan akhir kajian profil psikologi dan tingkah laku remaja, yang membabitkan 887 pelajar sekolah sebagai responden, dikatakan telah berlaku kesilapan pengisian data dalam laporan akhir kajian itu. Dimana hasil kajian yang sebenar menunjukkan bahawa hanya tiga peratus mengaku mengadakan hubungan seks berbeza dari laporan asal yang melaporkan bahawa hanya seorang sahaja daripada 887 pelajar sekolah berkenaan tidak pernah melakukan hubungan seks.
Sepatutnya proses pengisian data menjadi satu prosedur asas yang penting maka sepatutnya ia dikawal selia dan dipantau dengan ketat bagi mengelakan sebarang kesilapan dari berlaku. Kerana sekirannya berlaku sedikit sahaja kesilapan maka sesuatu hasil kajian itu akan menjadi sampah tanpa boleh dipertahankan faktanya.
Berbalik kepada persoalan asal, adilkah kita dalam menilai sesuatu kajian ini? Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak terpengaruh dengan sebarang kaji selidik yang menggambarkan indeks rasuah di negara ini semakin tinggi. Menurut beliau, indeks rasuah tersebut menggunakan metodologi yang tidak diketahui. Bagaimana pula dengan kes Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengiktiraf data blog nya yang entah dari mana sumber kajian itu dicedok? Dan kita juga boleh lupakan sahaja perang rating yang dikeluarkan oleh stesyen Tv kita, kerana ternyata ia mempunyai sumber yang amat meragukan dan hanya menjadi alat memancing penonton sahaja.
p/s : Sesuatu hasil kajian bukan untuk dipandang sahaja, tetapi ia menuntut komitmen dan tindakan susulan yang sepatutnya.

0 comments:
Post a Comment