Nadiah Amirah Jamil, yang diuar-uarkan mencipta rekod baru dengan mencapai 19 A1 dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hanya memperolehi 14 A1, empat A2 dan satu B3.Pelajar cemerlang dari SMK Tun Sardon yang digembar-gemburkan itu seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini. Papan pemidang yang mengucapkan tahniah atas "kejayaan 19 A1" Nadiah digantung di tiang-tiang lampu di sekitar pekan Rengit. Tetapi apabila keputusan rasmi diumumkan di sekolahnya hari ini, Nadiah gagal memecah rekod sebelumnya 17 A1 yang dicipta oleh Nur Amalina Che Bakri dalam SPM 2004. Nadiah gagal mendapat A dalam subjek Bahasa Inggeris dalam Sains dan Teknologi (EST), manakala empat subjek lagi sekadar A2: Biologi, Matematik Tambahan, Ekonomi dan Sastera.
Apa lagi yang boleh saya ulas, saya tidak pasti kenapa akhbar-akhbar memainkan berita yang belum tentu sahih nya. Ternyata imej akhbar semakin terhakis, untuk dipercayai. Dengan berita angin pun ia boleh menjadi berita rasmi. saya hanya menunggu apa komen akhbar berkenaan.
Yang lebih pelik, sehingga pemidang digantung di tiang-tiang lampu sekitar Pekan rengit. hanya untuk mengucapkan tahniah atas perkara yang tidak pasti. Siapakah dalang yang membuat provokasi yang ternyata seperti menyebar berita palsu ini? Atau pun ini adalah salah satu siri strategi untuk mempromosi buku-buku tulisan Nadiah yang bakal diterbitkan nanti.
Manakala Pegawai Kementerian Pelajaran yang dikatakan, memberi maklumat kejayaan Nadirah itu, harus bertanggungjawab atas apa yang dilakukannya. Nampaknya beliau telah membocorkan maklumat kerajaan yang belum rasmi lagi dikeluarkan.
Apapun, kita harus sedar, perkara ini pasti akan menjatuhkan maruah dan menjejaskan emosi Adik Nadirah atau mungkin ada satu agenda yang tersembunyi.
p/s: Spin cara terhormat.
0 comments:
Post a Comment