Cukai taksiran atau cukai pintu adalah satu bentuk cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas semua pegangan dalam kawasan PBT. Cukai-cukai ini adalah untuk menampung kos untuk penyelengaraan pembuangan sampah, pembersihan longkang, taman permainan, pembaikan jalan-jalan kerajaan tempatan, kemudahan sukan rekreasi dan lain-lain.
Rakyat telah dikejutkan dengan berita kenaikan cukai pintu, manakala penduduk-penduduk yang masih di kategori kan dibawah mukim "kampong" dan memegang “title” tanah pertanian pun sudah dikenakan cukai pintu. Rata-rata sekarang ini pihak berkuasa berusaha untuk menaikkan apa sahaja perkara yang boleh menampung dan menambahkan sumber kewangan mereka.
Di pihak rakyat pula pastilah akan mempersoalkan kewajaran kenaikan sedangkan kualiti perkhidmatan tidak memuaskan hati. Manakala di pihak PBT pula akan menyalahkan kekurangan pendapatan dan dana untuk menjadi lebih efisyen.
Sedang kita bergelut dengan soal-soal kenaikan ini, kita diserang pula dengan usaha untuk mengusulkan sistem pungutan sampah menggunakan konsep "buang dan bayar". Dan hari ini mengikut laporan akhbar pula bayaran ini akan diserapkan dalam Caj cukai pintu sebagai caj tambahan untuk perkhidmatan pungutan sampah ini.
Sungguh pelik, kita sedia maklum bahawa cukai pintu yang sedia naik itu pun merangkumi caj perkhidmatan pungutan sampah. Jadi apa perlunya caj tambahan ini. Tidak kah PBT sudah pun menaik kan caj cukai pintu? Tidak cukup kah lagi kenaikan dana itu untuk menampung kos penyelenggaraan?
Saya pasti kerana pihak PBT takut akan membangkitkan kemarahan rakyat, maka mereka telah mencipta satu cara untuk mengenakan caj perkhidmatan ini secara licik. Oleh itu mereka tidak menaikkan lagi cukai pintu tetapi menambahkan caj perkhidmatan membuang sampah, dengan kata lain cukai pintu naik lagi. Pening bukan, walau pun ia berbelit-belit, tetapi kenyataan nya kos tambahan pasti akan ditanggung oleh rakyat lagi.
p/s: “Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga”,"Tepuk Dada Tanya Selera"

0 comments:
Post a Comment