February 16, 2007 20:11 PM BERNAMA-Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah berkata, "Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional mengambil berat tentang kesusahan rakyat terutamanya penduduk di Seberang Jaya dan masyarakat setempat," katanya.-.
Disebabkan Kutipan tol ini hanya akan ditangguhkan dan bukannya dibatalkan maka sekurang-kurang nya kerajaan diharap dapat memberi insentif bagi penduduk setempat yang terpaksa membayar tol. Ini bagi mengurangan beban yang mereka tanggung.
Ekoran dari rasa tidak puas hati rakyat maka satu gerakan bantahan telah diadakan pada 11 Februari 2007 Jam 2 petang bertempat di Tapak Bola Keranjang Seberang Jaya Zone A. Lihat fakta dibawah, inilah suara rakyat yang sebenar :
- Penduduk-penduduk di Prai dan selatan Kedah telah lama membantah kutipan tol.
- Toll tidak patut dikenakan atas suatu jalan yang asalnya tidak ada tol.
- Proses untuk memulakan kutipan tol didapati kurang transparen.
- Telah menyarankan satu resolusi supaya Kerajaan menunjuk keperhatinan terhadap pendapat penduduk setempat, menjelaskan proses kutipan tol, dan menangguhkan kutipan tol di Sungai Nyior dengan tujuan memansuhkan toll tersebut.
Jadi benarkah kerajaan BN mengambil berat masalah rakyat?. Kalau sekadar menangguhkan, ia belum
memberikan kesenangan secara total. Maka jalan yag paling baik untuk menunjukkan keperihatinan ialah dengan membatalkan sahaja niat kerajaan untuk mengutip tol di Sg Nyior.....p/s : Tidak hairan sekiranya satu hari nanti jalan di kawasan kita pun akan dikenakan TOl....
1 comments:
Hi,
Dropping by again to tell you that I have responded to your comment in my post Making New Blogger links in Link List open in new windows
Peter a.k.a. enviroman
Enviroman Says
Post a Comment