Malaysia Tanah Airku....

February 17, 2007

Al Jazeera & Malaysian

Terbaca saya kenyataan akhbar yang dibuat oleh PM Abdullah Ahmad Badawi dalam berita BERNAMA antara petikan nya berbunyi :

KUALA LUMPUR, Feb 16 (Bernama) -- The time has come for the world to have alternative media which will become a channel for those whose voices have been ignored by other international media, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said today.

Lebih enak didengar kalau petikannya bergini :

Masanya sudah tiba, untuk rakyat Malaysia mempunyai media altenatif bagi meluahkan segala pandangan dan pendapat mereka, yang mana selama ini suara mereka tidak diendahkan oleh akhbar Pro-Kerajaan.


The prime minister said this would ensure that global issues were reported in a more accurate and objective way compared to the present situation.

Sebenarnya begini :

Kewujudan media altenatif ini akan memastikan segala isu yang membabitkan kepincangan dan ketidak telusan akan lebih menuju objektif yang sebenar berbanding keadaan sebelum nya.

Abdullah said international society wanted to know more about what was happening around the world from the alternative point of view.

Dan ini lagi :

Rakyat Malaysia mahu tahu apa yang terjadi di seluruh Malaysia mengikut pandangan dan pendapat yang berbeza.


Saya rasa ada yang tidak kena dan kedengaran lucu, dengan kenyataan PM kita. Selama ini kita
dimomok-momokkan dengan cerita-cerita yang enak dan indah belaka. Bagai tiada cacat dan cela nya pemerintahan kerajaan hari ini.

Sedangkan kita tahu dan sedia maklum (atau pura-pura tidak tahu), suara-suara yang berlawanan dengan polisi kerajaan selama ini telah diharamkan dari menjejaki ruang-ruang paparan akhbar-akhbar arus perdana (pro- pemerintah). Selaluya alasan yang diberi, pasti tulisan ini mengandungi unsur fitnah dan menghasut.

Selama ini pun kita masih tidak mendapat berita yang memuaskan hati, banyak berita yang sering tidak masuk akal, malah berbelit-belit serta tidak boleh dipercayai 100% menghuni kolum-kolum akhbar arus perdana hari ini.

Bukti nya , dewasa ini kita sering menerima berita-berita yang tidak benar. Kenyataan yang dibuat pada hari ini belum tentu benar, dan pasti akan dipesongkan dengan fakta yang berlawanan pada satu ketika lain nya.

Kenyataan pemimpin-pemimpin kerajaan juga sering bercanggah dan menimbukan pertikaian sesama sendiri, walau pun sebenar nya mereka di bawah satu kerajaan (Barisan Nasional) yang mengamalkan dasar dan kod yang sama.

Oleh kerana wujud nya ketidak percayaan kepada laporan akhbar-akhbar pro-pembangkang ini, maka rakyat telah cuba untuk mencari bahan-bahan altenatif yang lain seperti akhbar-akhbar pro-pembagkang, akhbar -akhbar pro kerajaan yang mengamalkan kebebasan bersuara dan blog-blog serta laman-laman web.

p/s Ataupun kata-kata PM ini hanya diguna pakai untuk media-media luar negara sahaja, Jangan nanti dikata orang “Kera di hutan disusui, anak dirumah mati kelaparan” …

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin