Malaysia Tanah Airku....

February 22, 2007

Muallaf & Birokrasi-siri 2

Ini adalah sambungan dari artikel yang sebelum nya:

Satu lagi kes “birokrasi” yang boleh dikongsi bersama ialah tentang kes perkahwinan seorang saudara baru (SB) yang berasal dari Sabah tetapi bekerja di Semenanjung Malaysia.

Menurut kisah nya SB adalah merupa kan seorang wanita yang dilahirkan di dalam satu keluarga yang terdiri dari orang gereja (Kalau di dalam komuniti islam, mereka ini dipanggil keluarga warak). Diceritakan bahawa satu hari, SB telah mendapat hidayah melalui mimpi yang mana Allah S.W.T. telah memperdengarkan kepadanya alunan merdu bacaan surah Al-Fatihah , lalu setelah ia cukup umur untuk memeluk agama islam maka ia pun diislamkan dengan kerjasama PERKIM. Apabila tiba waktu untuk berkahwin (Kerana beliau telah bertemu jodoh dan perlukan bimbingan dan perlindungan dari lelaki bergelar suami), maka SB telah ke Jabatan Agama Islam Gombak, untuk menanyakan tentang prosedur perkahwinan, apa yang memeranjatkan ialah, beliau telah diarahkan untuk ke Jabatan Agama Islam Sabah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin di luar daerah. Beliau merasa tidak puas hati lalu, pergi ke Pejabat Agama Islam Selangor, jawapan yang sama telah diterima dari pegawai yang bertugas.

Kerana amat kecewa SB telah menangguhkan perkahwinan itu, beliau mempersoalkan :

1- Apakah prosedur yang merumitkan itu diguna pakai di dalam islam?


2- Tidak adakah kelonggaran bagi beliau sebagai saudara baru untuk berkahwin?


3- Beliau bertanya lagi, tidak kah terfikir oleh pegawai agama islam betapa sulit nya beliau untuk berurusan bersendirian tanpa ada bantuan dari sesiapa pun untuk berkahwin?

4- Arifkah beliau tentang prosedur perkahwinan dan hukumnya sekali?


5- Tidak terfikirkah mereka berapa kos perjalanan tambang dan penginapan (Beliau tidak boleh duduk dirumah ibubapa untuk sementara waktu demi keselamatan dan pegangan agamanya) apabila ke sana?

Selepas itu beliau telah mendapat tawaran untuk mengajar di Sabah. Akibat tidak mahu diganggu, beliau telah memohon surat sokongan dari PERKIM (Jalan Ipoh K.Lumpur.) untuk memohon pihak kementerian pelajaran memindahkan beliau untuk mengajar di mana sahaja lokasi di Semenanjung, atas alasan hubungan keluarga yang belum pulih dan pegangan agama yang belum kukuh. Alhamdulillah, permohonan beliau berjaya dan ditukarkan ke Johor Bahru. Disini beliau amat memuji pihak Kementerian Pelajaran dan PERKIM yang perihatin dan mengambil tindakan sertamerta dalam masaalah beliau.

Disebabkan jodoh pertemuan di tangan tuhan, bakal suami beliau juga telah ditukarkan di Johor Bahru. Perkara ini menyebabkan beliau terpaksa merancangkan perkahwinan dengan segera. Di takdirkan Allah S.W.T., secara kebetulan ketua tempat bakal suami beliau bekerja adalah seorang yang berpengaruh di Johor Bahru, telah menawarkan diri untuk menolong mereka. Dengan serta-merta Pejabat Agama Islam Johor di hubungi, dan amat memeranjatkan Pejabat Agama Islam Johor telah memberikan reaksi yang amat pantas. Keesokan harinya pihak Jabatan Agama Islam Johor telah menghantar wakil untuk menguruskan hal perkahwinan beliau. Dalam tempoh seminggu, beliau telah diarahkan mengikuti kursus perkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Johor. Pada minggu yang berikut nya, beliau telah di rujuk ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kebenaran bernikah menggunakan wali Hakim, dan keputusan dari mahkamah syariah telah didapati kurang seminggu dari tarikh permohonan di failkan (Kalau ikut prosedur biasa, keputusan makamah paling cepat akan diketahui selepas empat minggu kes difailkan) .

Seterusnya majlis akad nikah telah dirancang dan diadakan atas keperihatinan Majikan bakal suaminya. Majlis telah diadakan di sebuah hotel, lengkap dengan dewan, bilik dan makanan dan gubahan hantaran sekali, tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

Pada hari penikahan, lebih mengembirakan SB ialah, beliau akan dinikahkan oleh Kadi Besar Johor sendiri diiringi lima orang pegawai Jabatan Agama Johor. Dan dipendekkan cerita maka sempurnalah majlis ini, dengan jayanya. Lebih mengembirakan lagi pasangan suami isteri yang baru ini, ialah sikap keperihatinan Jabatan Agama Islam Johor, walaupun majlis ini telah selesai, tetapi Jabatan Agama Johor, masih menawarkan bimbingan dan bantuan, antaranya ;

1- Khidmat membuat Kad Akuan Nikah,
2- Bantuan Kewangan,
3- Kelas Agama dan Fardu Ain,
4- Kursus dan percutian untuk saudara baru yang berkahwin
5- Mengikuti acara keagamaan anjuran Kerajaan Negeri

Beliau, berkata amatlah jauhnya berbeza layanan yang diterima dari Jabatan Agama Negeri Johor kalau hendak dibandingkan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (bak kata orang dulu-dulu, “Bagai Langit dengan Bumi”). Beliau merasa hairan kenapa sebuah Jabatan yang memperjuangkan islam yang satu, mempunyai kaedah perlaksanaan tugas yang berbeza, mengikut negeri. Kalaulah semua Jabatan Agama Islam mencontohi apa yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Johor, maka ramai lah lagi orang akan tertarik dengan Islam.

Kesimpulanya, saya berpendapat, kaedah-kaedah yang diguna pakai di Jabatan Agama Islam ini haruslah diubah dan diselaraskan. Seharus nya Jabatan ini lebih mesra rakyat dan menunjukkan keperibadian sebagai badan islam yang unggul. Kalaulah Jabatan Agama Islam Johor dan Kerajaan Negeri Johor boleh memartabatkan Islam, maka tidak mustahil ia boleh menjadi “roll-model” kepada Jabatan yang lain.

Tidak lupa juga saya merakam kan tahniah dan terima kasih atas usaha yang telah dilakukan oleh Majikan, Keluarga Angkat, Kariah Surau, Jabatan Agama Islam Johor, Kerajaan Negeri Johor dan mereka yang terlibat, kerana telah menyelamatkan satu jiwa Islam yang telah diberi sinar oleh Allah S.W.T. dari patah semangat . Semoga usaha ini diberkati dan diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T.


p/s : Harap-harap Jabatan Agama Islam mengambil langkah yang sepatut nya, dan yang lebih penting pegawai bawahan tu jangan lah hendak nya memandai-mandai menambah hukum, yang tidak perlu, rujuklah kepada pegawai atasan. Ingat lah kita juga akan berdosa jika sesuatu punca dosa itu datang dari kita….

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin