Malaysia Tanah Airku....

February 07, 2007

TEKSI OH TEKSI

Kisah pemandu teksi, ini sudah lama menjadi duri dalam daging masyarakat di Malaysia, lebih-lebih lagi penghuni di kota-kota yang besar.

Kisah pemandu teksi yang biadap, tidak bersopan, tidak menggunakan meter, mengenakan tambang ikut suka hati, menggunakan meter yang diubah suai, dan banyak lagi kisah-kisah yang amat mengaibkan telah menjadi rencah di dalam kehidupan, dewasa ini.

Ekoran tersiarnya berita pemandu teksi samseng, di dada akhbar semalam, maka dua persatuan pemandu teksi telah melenting. Sememangnya tugas persatuan ini adalah untuk mempertahankan ahli-ahli nya, tetapi seharusnya pihak persatuan memperhalusi apa juga masaalah yang didakwa ditimbulkan "segelintir" pemandu teksi ini dan bukan nya melenting tanpa usul periksa. Sepanjang saya menggunakan perkhidmatan teksi di sekitar bandaraya dan lembah klang, 90% dari teksi yang saya naiki didapati tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang mengikut selera masing-masing. (Cuba bayangkan saya telah dikenakan tambang sebanyak RM 15.00 untuk perjalanan dari Pudu Raya ke KL Sentral, ini amat tidak masuk akal)

Antara kenyataan pihak persatuan adalah seperti dibawah :

“Adalah pelik jika keadaan itu berlaku kerana di dalam teksi terdapat nombor pendaftaran dan nombor lesen pemandu, kenapa tidak diadukan kepada polis dan LPKP (Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan) jika diugut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jawapannya :

“Tiada yang pelik nya ….Tidakkah amat menyulitkan untuk menghafal apatah lagi menulis nombor dan nama pemandu teksi yang terlibat.. Baru hendak menulis nama dah kena sergah dan dihalau keluar dari teksi (samseng betul), apapun hanya sempat salin no pendaftaran teksi sahaja. Hendak mengadu, kepada pihak LPKP pula, dah naik malas nak mendail nombor mereka.kalau nak mengadu pada syarikat atau persatuan teksi, lagilah haru , macam kita ini hina sangat…”

Sebenarnya, pendapat persatuan pemandu teksi ini, juga disokong oleh Pengarah LPKP sendiri,(Rancangan Hujah di TV9 pada 06/02/2007). Beliau mempertahankan bahawa tidak semua pemandu teksi berperangai begitu. Memang tidak dinafikan, tidak semua pemandu teksi itu melakukan kesalahan tersebut, ada juga yang berhati mulia, tetapi mereka inilah yang layak dikategorikan sebagai “segelintir” dan bukannya pemandu teksi yang melanggar peraturan yang memangnya mencakupi jumlah yang lebih besar dari ungkapan “segelintir” itu sendiri.

Baru-baru ini Pengarah Penguat Kuasa JPJ Malaysia, Salim Parlan. yang baru dinaikkan pangkat telah bertindak turun padang dan menyamar sebagai penumpang teksi dan hasilnya, dia sendiri telah ‘disembelih’ oleh pemandu teksi dengan kadar tambang yang tinggi. Tindakan ini harus dipuji, dengan adanya pegawai penguatkuasa yang ditugaskan menyamar ini, diharap dapat menakut-nakutkan pemandu-pemandu teksi ini dari melakukan belbagai kesalahn yang tidak sepatut nya.


p/s : Sudah bosan dengan karenah “birokrasi” pengangkutan awam. Hendak guna kenderaan sendiri pun , minyak dan tol dah naik… nasib-nasib.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin