Dalam rakyat Malaysia dibelenggu dengan belbagai jenis kenaikan, restoran mamak pula berura-ura hendak mengenakan caj menggunakan tandas.
Adalah menjadi tanggungjawab sebuah restoran itu untuk menyediakan perkhidmatan tandas bagi keselesaan pengunjungnya. Adalah tidak adil, setelah mengenakan caj bayaran makanan dan minuman kepada pelanggannya , kemudian mereka mengenakan juga caj untuk menggunakan tandas.
Tidak cukupkah lagi, dengan keuntungan yang di dapati oleh restoran mamak ini, hingga mampu membuka berbelas –belas cawangan ?. Tidakkah mereka berfikir, wajarkah mereka mengalihkan kos mengendalikan tandas itu kepada pelanggan ?
Lebih memalukan lagi sekiranya mereka mengharapkan pihak PBT untuk mengendalikan tandas-tandas mereka. Tidak cukupkah lagi petak-petak meletak kenderaan digunakan untuk meletak kerusi dan meja?
p/s: “Diberi Betis, Hendakkan Peha” Jangan nanti, restoran separuh mamak atau Klon Mamak pula mengambil kesempatan sudah lah....
0 comments:
Post a Comment