Malaysia Tanah Airku....

February 07, 2007

Anak yang tidak berdosa.....

Semasa saya membaca laporan akhbar tentang pembuangan bayi di Seremban semalam., terdetik di hati saya “tiada lagi kah perasaan kasih sayang di hati sanubari masyarakat kita sekarang ini?

Melihat tubuh kecil dan comel yang tidak berdosa ini, dibuang bagaikan sampah, menunjukkan betapa sudah hilangnya rasa kasih sayang di sanubari masyarakat kita hari ini.

Sebenarnya, kita perlu mengambil tindakan segera dalam menangani perkara yang semakin berleluasa sekarang ini. Tindakan pihak berkuasa untuk mengheret sama, bapa yang bertanggungjawab kepada bayi tersebut kepengadilan juga amat dialu-alukan. Selalunya pihak lelaki ini akan mengabaikan tanggungjawab mereka, dan melepaskan semua beban ini kepada pihak perempuan. Dalam keadaan ini dengan beban yang dipikul oleh pihak perempuan ditambah tekanan dari masyarakat keliling menyebabkan mereka ini hilang pertimbangan san tidak boleh berfikiran waras, maka tidak hairanlah mereka mengambil jalan mudah dan nekad dengan mengambil keputusan membuang bayi ini di jalanan. Tiada nya tempat khas untuk mengadu dan berkongsi masaalah juga menyumbang kepada fonomena buang bayi ini.

Satu lagi perkara yang menyebabkan mereka terdesak untuk melakukan perkara terkutuk ini adalah kerana, momokan bahawa mereka akan dikenakan hukuman yang amat berat hasil dari perbuatan ini.(Lazimnya mangsa yang terlibat ialah pihak perempuan).

Sememangnya perkara ini harus dibenteras, sebelum ia menjadi barah di dalam masyarakat kita dewasa ini. Punca awal kejadian ini berlaku haruslah dicari dan diselesaikan dengan cara bijak. Dewasa ini kalau kita lihat pasangan remaja (termasuk juga pasangan veteran) mempunyai ruang yang luas untuk melakukan maksiat yang merupakan punca terjadinya perkara yang amat mengaibkan ini. Lihat sahaja ramai remaja kita tidak segan silu untuk berasmara dan berkucupan di khalayak ramai, tanpa dapat ditegur oleh orang ramai. Apatah lagi dikawasan yang tersembunyi seperti di hotel – hotel dan rumah-rumah tumpangan.

Oleh itu sesuatu harus dilakukan, sebagai langkah pertama, satu rumah amal harus ditubuhkan, dan talian hotline harus lah diwar-warkan untuk menerima bayi-bayi yang tidak berdosa ini. Biarlah mereka membuang bayi ini di rumah-rumah yang telah dikhaskan daripada mereka membuang bayi ini di longkang dan tempat-tempat yang tidak sepatut nya.

p/s: Sesuatu harus dilakukan, perkara ini amat menyedihkan….hilangnya perasaan di hati seorang insan itu bermakna hilang sudah sifat manusia dijiwa sanubari….maka ia layak digelar binatang atau bahasa lembutnya haiwan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin