Sebenarnya saya tidak ingin lagi mengulas mengenai karenah pemandu teksi ini lagi, tetapi semalam satu kenyataan yang dibuat oleh Presiden Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi, Limousin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) membuatkan saya ingin mengulas kembali kenyataan tersebut.
Antara kenyataan Presiden PETEKMA Saudara Yusoff Lahir yang dipetik dari KOSMO! 09/02/2007:
"Apa yang berlaku adalah manifesti penigkatan pelbagai kos sehingga ada yang terdorong mengambil jalan pintas megenakan cas yang tidak munasabah"
Degan kenyataan tersebut, bermakna pihak PETEKMA telah mengakui kewujudan pemandu -pemandi Teksi yang beretika. Saya tidak dapat menafikan bahawa kenaikan pelbagai kos telah mendorong pemandu Teksi mengenakan caj yang tidak masuk akal. Tetapi yang saya persoalkan kenapa masaalah ini berlaku sejak bertahun-tahun lamanya, tiadakah jalan penyelaesaian?. Adakah masaalah kenaikan kos ini menyebabkan rakyat dikenakan caj yang tinggi untuk sepanjang masa ? Atau pendek kata caj yang berlebihan ini telah dan akan dikenakan dari dulu, kini dan selamanya (Sekadar meminjam slogan UMNO).
Ulasan Presiden PETEKMA lagi :
"Pemandu Teksi mengalami tekanan akbat sewa yang tinggi. Pemandu Teksi yang tidak ada permit sendiri perlu bekerja sehingga 16 jam hanya untuk mendapat pendapatan bersih RM50.00. Bayar Sewa Teksi RM 40 sehari, itu tidak termasuk gas dan petrol, biasanya RM 40.00. Ini tidak termasuk kos insuran, peyelegaraan, dan bayaran pemeriksaan berkala PUSPAKOM."
Seronok betul saya membaca luahan ikhlas presiden PERTEKMA ini. Disini sebenarnya memberi isyarat tidak elok kepada kita, Isyarat itu menunjukkan bahawa betapa tidak selamat nya apabila menggunakan Teksi Malaysia. Apakah tidaknya , pemandu teksi Malaysia adalah terdiri dari gologan yang tertekan dan terdesak, ini menunjukkan emosi mereka di dalam keadaan yang amat celaru. Perkara ini jika dibiarkan akan menyebabkan pemandu teksi melakukaan sesuatu perkara yang melanggar etika sebagai pemandu teksi cemerlang seperti menaikkan tambang, bertindak samseng, ganas dan tidak hairan lah satu hari nanti ia akan mencetuskan perkara yang lebih membimbangkan lagi.
Saya tidak ingin mengulas mengenai tanggungan kos yang disebut oleh Tuan Presiden PETEKMA, kerana itu adalah urusan Pihak Persatuan teksi sendiri yang seharusnya memperjuangkan, hak ahli-ahli nya. Sekiranya ada masaalah besar dalam penetapan kadar tambang, sepatutnya ia dibawa berbincang denga pihak berwajib, dan kemukakan dengan bukti-bukti yang kukuh bagi menyokong usul tersebut. Sekira nya pemandu teksi masih lagi mengamalkan budaya suka memindahkan kos yang tidak masuk akal ini kepada pengguna, maka selama-lama nya lah imej pemandu teksi akan dipandang serong oleh masyarakat kita. Saya percaya masih ada ruang yang boleh kita usulkan untuk memperbaiki keadaan ini.
Lihat lagi ulasan Presiden PETEKMA ini :
"Mereka tertekan, hidup di KL tidak cukup dengan RM50.00 sehari, mereka juga perlukan keperluan asas, kalau yang bukan islam mereka akan berhutang dengan ahlong, minum arak dan berjudi."
Saya tidak nampak sebarang rasional pun kenapa, beliau memberi kenyataan yang sebegini.
Kenyataan ini memburukkan lagi gambaran pemandu teksi kita. Apakah tidak nya , Pemandu Teksi kita digambarkan seorang yang suka berjudi, minum arak dan berhutang dengan Ahlong, semua perkara diatas adalah perkara yang amat ditegah dan tidak sepatutnya diamalkan. Perkara ini bukannya masaalah pengguna , tetapi masaalah yang dicari oleh pemandu teksi sendiri, cubalah renung dan fikirkan, makin lama makin kusut kita dengan masaalah pemandu teksi ini.
Diharap pihak LPKP atau pihak berwajib dapat memantau dan menggariskan satu jalan keluar dalam kemelut Teksi Samseng ini demi kesejahteraan pengguna dan imej Malaysia itu sendiri.
Dan ucapan terima kasih kepada Tuan Presiden PETEKMA kerana telah memberi kenyataan yag nampaknya ikhlas, jujur dan berterus terang.
Walau bagaimanapun saya masih mempercayai masih ada "segelintir" warga pemandu teksi kita yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugas mereka seperti saudara Dalbir Singh, yang telah merempuh motosikal seorang lelaki berparang yang hampir meragut seorang gadis tempoh hari. terima kasih Dalbir Singh!!!!.
p/s: Sepanjang aku mengunakan teksi di kotaraya ini, aku masih belum ketemu dengan pemandu yang bersimpati dengan ku.....hanya aku yang terpaksa bersimpati dengan mereka ...biarkanlah ...biarkanlah...
0 comments:
Post a Comment