Malaysia Tanah Airku....

February 12, 2007

SMS dan Kerajaan Hadhari



Sudah agak lama Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa peraduan kuiz melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah haram kerana mengandungi unsur perjudian.tetapi sehingga kini masih belum ada tanda-tanda yang tindakan akan diambil oleh pihak yang terlibat. Saya masih tidak faham kenapa rata-rata pemilik stesyen televisyen di Malaysia masih mengamalkan sikap tunggu dan lihat. Pihak stesyen tv ini , masih mewujudkan siaran-siaran yang berunsur SMS.

Saya amat kesal, kerana walaupun siaran peraduan ini disiarkan pada waktu lewat malam, ia masih mendapat sambutan dari umat islam. Yang lebih menjengkelkan , pengacara nya pun kebanyakan nya beragama islam. dengan memaparkan aksi yang merupakan lawak-lawak bodoh yang amat memualkan, mereka juga seakan-akan mengapi-apikan penonton supaya menyertai peraduan ini.

Saya percaya sebagai seorang islam, sepatutnya kita hendaklah mengelakkan benda-benda yang tidak dibenarkan oleh islam. Saya tidak faham kenapa menteri-menteri beragama islam didalam kerajaan Hadhari ini tidak memperjuangkan dan menyokong, fatwa yang dikeluarkan oleh para mufti kita. Adakah terdapat sebuah badan di dalam kerajaan hadhari ini yang akan menapis segala fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa? Saya juga amat hairan masih belum ada komen , yang bernas keluar dari mulut PM kita sendiri.

Cukuplah kita dirosakkan dengan adanya kedai-kedai nombor ekor yang boleh dikunjungi siapa sahaja. Kini anak-anak kita dididik untuk berjudi melalui SMS, tanpa mereka sedari...ingatlah makanan yang menjadi darah daging kita itu akan membentuk arah tuju acuan diri manusia itu kelak. Maka tidak hairanlah kenapa anak-anak kita, dewasa ini amat degil untuk menerima pandangan dan nasihat orang yang lebih tua malah lebih bangga melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama.


p/s: Masih ada kekeliruan dalam konsep islam hadhari itu sendiri.....sebenarnya islam yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis itulah yang menjadi dasar keislaman yang paling kukuh untuk dipegang. Tiada apa yang baru di dalam konsep islam hadhari yang diwar-warkan itu...cuma mungkin ianya hanya sebagai satu gimik politik....

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin