Saya tertarik dengan pengumuman yang dibuat di dalam Harian Metro oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang secara rasmi , telah membatalkan peraduan lama (Jom Tukar dan Menang ) tersebut yang dilancarkan oleh kementerian itu pada Ogos 2005.
Saya hanya tertarik pada dua kenyataan yang telah dibuat oleh beliau, iaitu :
1 -"Tiada siapa menipu sesiapa "
Soalan Saya : Benarkah tiada siapa yang menipu sesiapa...? Bukan kah wakil kerajaan yang mengumumkan cabutan bertuah tersebut? Jadi siapa yang diperdayakan di sini?
2 - "Menyifatkan cabutan bertuah Jom Tukar dan Menang "suatu tindakan bodoh"
Soalan saya : Siapa yang bodoh...? Bukankah wakil kerajaan juga yang mengumumkannya..?
Selepas itu pada Jam 5.00 petang tadi saya sempat mendengar Berita jam 5 di RTM...
"Kementerian pengangkutan tarik balik program untuk bagi komisyen bagi sesiapa yang dapat mengambil gambar pesalah lalu lintas"
Nampaknya sekali lagi rakyat tertipu....
Kesimpulannya :
1) Kebanyakan perkara yang hendak dibuat tidak diperhalusi terlebih dahulu. Malah dibuat secara tergesa-gesa.
2) Tiada perbincangan yang telus dalam merangka sesuatu dasar.
3) Tunduk pada tekanan dan tiada pendirian.
4) Bercakap tanpa bersandar fakta dan sokongan walaupun tentang hal yang berkaitan Negara.
Hal ini, sudah acap kali terjadi. Yang menjadi mangsa nya pastilah rakyat jelata. Perkara sebegini lah yang akan membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada kepimpinan BN sekarang ini, satu POST-MORTEM hendak lah dibuat, KALAU TIDAK BOLEH KUBURKAN SAHAJA... .
p/s: Sudah-sudahlah menipu rakyat...kami sudah lama dilukai....fikir sebelum buat.."terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya", "Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri Bercakap Bohong , Lama-lama jadi Menteri"....
2 comments:
Trial and error...yg jadi bahan experiment sapa??...kita la...rakyat jelata..
Just dropping by to say thanks for leaving a comment in my post Making links in link list open in new window and that I have responded to your comment.
Peter a.k.a. enviroman
Enviroman Says
Post a Comment