Islam adalah merupakan salah satu agama murni yang mempercayai keesaan tuhan (monotheism). Oleh kerana ia dibawa dan disebarkan oleh Muhammad s.a.w. maka agama ini adalah sebuah agama yang suci dan tinggi. Malangnya di Malaysia konsep agama yang murni dan suci ini telah dikotorkan oleh segelintir organisasi yang tidak bertanggungjawab. Saya tindak ingin mengulas tentang tanggungjawab kerajaan secara total, tetapi ingin mengulas tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh para pendakwah dan agensi-agensi agama islam yang berkaitan.
Semalam, saya ada terbaca beberapa luahan artikel yang merupakan luahan atau suara hati dari mereka yang digelar muallaf atau saudara baru. Jelas luahan hati mereka ini telah menelanjangi bertapa pincangnya institusi agama islam di Negara kita dalam menangani isu muallaf .
Saya ingin berkongsi pengalaman dan contoh yang menunjukkkan bertapa pincang nya institusi islam ini.
Perjalanan saya ke Sabah sekitar hujung tahun lalu, saya berpeluang mendekati orang-orang berketurunan khadazan di sekitar Tamparuli. Hampir dua minggu saya dapat bergaul dengan komuniti di sana. Apa yang saya dapat simpulkan betapa kuatnya pegangan mereka pada agama kristian yang mereka anuti dan betapa teguhnya jemaah kristian mereka. Apa yang memeranjatkan saya (sebelum ini hanya mendengar cerita orang), adalah benar bahawa kebanyakan mereka ini ada yang pernah memeluk agama islam, tetapi telah murtad dan kembali ke agama kristian. Saya menyelidiki kenapakah perkara itu boleh berlaku. Mengikut dakwaan mereka , dahulu memang ada pendakwah dari Jabatan agama islam yang telah mengislamkan mereka secara beramai-ramai, tetapi kerana tiada tindakan susulan dan tempat mengadu maka ramai yang telah bertukar ke agama kristian. (saya simpulkan yang dimaksudkan dengan“tiada tempat” mengadu ini adalah merujuk kepada kesukaran mereka untuk menghubungi agensi agama islam, disebabkan oleh faktor lokasi dan pengangkutan), Perpindahan mereka ke agama kristian juga disebabkan oleh ramainya pendakwah-pendakwah kristian yang “prihatin” dan sanggup “bersusah” bersama mereka. Ini menyebabkan mereka tertarik dengan ajaran agama kristian tersebut dan seterusnya menganut agama itu.
Disini kita mendapat gambaran, betapa perlunya agensi agama islam, kita mengorak langkah yang lebih proaktif dan berkesan demi menjaga agama islam yang suci ini. Agensi ini sepatutnya mengurangkan karenah birokrasi (ciptaan manusia) yang menyebab islam itu dipandang “susah”. Jabatan agama yang terlibat hendaklah mendekati mereka ini, bukannya mereka yang mendekati Jabatan Agama, ingatlah sedang kan seorang yang sejak lahir lagi sudah islam pun boleh tergelincir akidah, ini kan pula mereka yang hauskan bimbingan dan bantuan.
p/s : “Islam itu mudah, jangan di perpayahkan” Jangan lah kita mewujudkan jurang diantara saudara baru ini dengan islam,berilah mereka panduan dan bimbinglah mereka. Kaedah “Birokrasi” boleh dipinda untuk kes-kes yang sepatutnya
February 16, 2007
Muallaf Dan Birokrasi-Siri 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment