1) Lebuhraya (Expressways): 80-90 km/h (50-55 mph)
2) Jalan Persekutuan & Negeri (Federal and state roads): 70-80 km/h (45-50 mph) biasanya
ditetapkan, 60 km/h (40 mph) didalam kawasan bandar.
Seringkali apabila , kemalangan yang melibatkan kenderaan berat pasti masalah brek adalah menjadi isu utama nya. Saya merasakan walaupun masalah brek menyumbang kepada kes-kes kemalangan ini, ia bukan secara total nya menjadi sebab atau punca sesuatu kemalangan itu berlaku. Faktor brek ini selalunya dijadikan “kambing hitam” bagi menutup kelemahan yang lain. Kalau ada pun kemalangan yang benar-benar berpunca dari masalah brek, ia adalah dalam kadar yang amat jarang berlaku dan selalunya masalah brek ini menjadi faktor yang terakhir dari siri kecuaian yang asal.
Antara siri kecuaian yang dikenal pasti adalah seperti cuai, mabuk, mengantuk, dan paling popular adalah memandu melebihi had yang dibenarkan. Ingin saya sentuh masalah memandu laju adalah satu ciri paling utama menyebabkan pemandu hilang kawalan apabila menghadapi stuasi yang tidak di sangka (terbabas adalah yang paling popular). Kalau kita lihat di sepanjang perjalanan di lebuhraya, berapa peratuskah pemandu kenderaan berat yang memandu mengikut etika? Saya pasti peratusan yang paling banyak adalah kenderaan berat yang memandu dengan laju (paling kerap ialah bas-bas ekpress).
Mengikut hukum fizik, semakin laju kenderaan itu dipandu maka semakin kurang lah pengaruh tarikan graviti, ini bermakna makin kuranglah cengkaman tayar dipermukaan bumi. Oleh sebab itu kenderaan yang dipandu laju adalah amat susah untuk dikawal. Kesan kawalan akan lebih teruk sekiranya ditambah dengan keadaan bentuk kenderaan berat ini dan berat muatan nya.
Ini boleh kita lihat, sekiranya sebuah kenderaan berat memecut dengan laju, kemudian terjadi sesuatu kecuaian, seperti mengantuk, lalai dan sebagainya, maka pemandu kenderaan ini akan membrek dengan serta-merta. Disebabkan keadaan bentuk kenderaan berat yang tidak erodinamik dan kukuh menyebabkan ia menjadi tidak terkawal, lebih memburukkan lagi keadaan, sekiranya terdapat bebanan yang berat pada kenderaan ini, bebanan ini akan mendorong sesebuah kenderaan berat itu untuk bergerak dan peranan brek dan tayar adalah yang menjadi faktor penentu, jarak kenderaan ini akan berhenti.
Oleh itu kesimpulan yang dapat diambil faktor manusia adalah pencetus kemalangan:
- Jangan memandu dengan laju,
- Jangan memandu apabila mengantuk,
- Pastikan mental dan fizikal kita dalam keadaan yang baik,

- Jangan terburu-buru dan mengikut nafsu.
Dan faktor mekanikal menjadi, faktor tambahan. Dewasa ini kalau kita lihat kebanyakan kenderaan perdagangan diwajibkan melakukan pemeriksaan berkala di PUSPAKOM, jadi seharusnya kerosakan mekanikal tidak menjadi isu utama didalam setiap kemalangan.
Saya amat bimbang berlaku manipulasi dan penipuan didalam pemeriksaan berkala ini , bukan untuk menunding jari kepada PUSPAKOM tetapi lebih kepada syarikat-syarikat yang megendalikan kenderaan ini. Saya pernah melihat bagaimana kenderaan yang hendak diperiksa di PUSPAKOM, dihantar ke sebuah bengkel, dan mereka telah menukar tayar dan peralatan yang “cacat” untuk di baiki, setelah berjaya di dalam pemeriksaan berkala ini, mereka akan kembali ke bengkel tersebut dan menukar peralatan tersebut kepada yang asal. Perkara yang tidak bertanggung jawab ini lah yang amat membimbangkan pengguna jalan raya. Demi untuk menjimatkan kos, mereka sanggup untuk hanya “menyewa” peralatan-peralatan yang sememangnya “wajib” berada dalam keadaan sempurna ini.
Saya berharap pihak berwajib dan para pengusaha serta pemandu bas berganding bahu, bagi memastikan semua kenderaan berat di jalan raya , dipandu dengan berhemah dan beretika demi menyelamatkan nyawa insan tersayang.
Marilah kita renungkan apa yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan
“Saya tidak berpuas hati kerana kebanyakan kes berlaku disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang kurang mementingkan keselamatan.“Mereka tidak menghargai diri sehingga sanggup menggadai nyawa semata-mata ingin sampai ke destinasi masing-masing,”
p/s: Setakat semalam Ops Sikap XII telah mencatatkan 25 kematian. Slogan yang telah dilaungkan sejak saya kecil lagi.”PANDU CERMAT JIWA SELAMAT” tetapi apakah hasil nya?.

1 comments:
Hi
Just dropping by to say terima kasih for commenting in my post Making links in New Blogger (formerly Blogger Beta) Link List open in new windows/tabs. I have responded to your comment.
Peter a.k.a. enviroman
Enviroman Says
Post a Comment