Orang kita memang taksub dengan, benda mistik dan pelik, maka tidak hairan lah sedikit masa dahulu orang kita bersusah payah memenuhi pameran hantu di Muzium Shah Alam. Ada juga suara-suara yang mempertikaikan, bahawa pemergian mereka hanya untuk suka-suka, bukannya taksub, baguslah kalau begitu.
Yang lebih “membanggakan” orang kita mampu memburu hantu ….moga-moga spesis hantu ini, takut hendak menggangu orang kita lagi….pasti gagah orang kita….
Masih ingat kah kita cerita tentang kejadian aneh yang menyebabkan berpuluh-puluh gerai makanan di Gerik, Perak terpaksa ditutup? Betapa hebat nya kepercayaan orang kita, hingga mampu melumpuhkan ekonomi setempat. Alangkah bangga nya kita, orang kita berkebolehan menggegar ekonomi dunia….
Kejadian pukau pula menjadi-jadi, akhir-akhir ini, hingga membabitkan ribuan ringgit malah tergadai seluruh tubuh, hebat juga orang kita. Kalau benar ilmu menjadi, boleh juga kita banggakan , tetapi kalau ia hanya menjadi sebab dan alasan untuk menutup malu kerana ditipu entahlah….
Kejadian yang terbaru lagi hebat, orang kita memuja kubur, sampai Jabatan berkaitan terpaksa mengalihkan kubur tersebut. Kesian kubur tu, Orang lain yang membuat “onar” tak pasal-pasal ahli kubur tu kena pindah. Selalunya kegiatan pemujaan ini untuk tujuan perjudian nombor ekor, emmm kaya lah orang kita?
Lagi satu kebolehan orang kita, boleh tarik duit......bertambah lah orang kita jadi jutawan...boleh lah terbitkan buku....bagaimana menjadi seorang "Donald Trump"
Kalau nak bayar nazar pun kerja orang kita, Sampai bagi bertih , pisang malah ayam untuk si kubur lama, perigi, sungai dan pokok. Sekali lagi saya bertanya banyak kah doa sudah dimakbulkan.. ..?…nampaknya berjaya juga orang kita.
Itulah kehebatan orang kita, kalau benar bagai dikata, marilah kita bersama menggegar dunia, biar seluruh alam tahu bertapa hebat nya orang kita…Jangan nanti dikata orang ,"hanya menjadi Jaguh Kampung”
Merempit tu anak kita, Bohsia tu juga anak kita, Punk, Skind Head, Black Metal, Ghotic pun anak kita…….sesekali tertanya adakah orang kita menuju kemodenan atau kembali ke zaman Sang Sapurba….
p/s : “Tepuk Dada, Tanya Selera” ….Kalau pendirian belum teguh jangan berani menduga iman……….
0 comments:
Post a Comment