Perlis Indera Kayangan atau gelaran baru nya Perlis Darul Sunnah, sekali lagi mengusulkan satu cadangan yang luarbiasa. Kali ini menurut kata, Menteri Besar Perlis, Dato’ Shahidan Kasim, Perlis akan mengadakan satu seminar yang diberi nama “seminar mulut”. Idea untuk mengadakan seminar ini memang kena pada tempat dan masa nya, dewasa ini, kecenderungan untuk mengeluarkan kata-kata yang celupar sering kedengaran, samada di gelanggang ceramah, forum-forum, blog-blog, laman-laman web dan paling membimbangkan “keceluparan” ini telah dibenarkan kewujudan nya di dada-dada akhbar dan Televisyen tanpa ada sebarang bentuk pemantauan dan penapisan. Kata-kata seperti bodoh, penyangak, dajal, syaitan, monyet, setahun jagung dan banyak lagi perkataan yang tidak enak didengar ini , sering “dilatahkan” dan sudah menjadi suatu “kebiasaan”, dan apa yang lebih dibimbangkan ialah perkataan ini telah , menjadi mainan di mulut para pemimpin kita. Adalah amat janggal dan sukar untuk diterima bahawa perkataan ini, telah keluar dari mulut pemimpin-pemimpin kita . Keadaan ini mengambarkan bahawa bertapa tidak beretika dan berdisplin nya para pemimpin kita , dewasa ini jika hendak dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin dahulu.
Tidak boleh dinafikan, bahawa kesan dari mulut celupar ini lebih besar impak nya dikalangan golongan pemimpin jika hendak dibandingkan dari golongan rakyat kebanyakan. Jadi seelok nya seminar ini, disasarkan dahulu kepada golongan pemimpin ini, seiring dengan slogan “Kepimpinan Melalui Teladan”.
Kerajaan Terengganu juga kini sibuk menganjurkan kempen “senyum sokmo”. Tujuan kempen ini adalah untuk mengalakkan anggota perkhidmatan awam membudayakan senyuman dalam tugas seharian. Sebenarnya tujuan kempen ini adalah amat murni, tetapi kalau kita perhalusi nampak nya ada kecacatan dalam pelaksanaan nya. Bukan perlaksanaan kempen tersebut yang ingin dipersoalkan tetapi pelaksanaan senyum oleh mereka yang senyum itu yang menjadi agak pelek dan jelik. Sebenarnya terdapat perbezaan yang ketara antara senyum ikhlas dan senyum “ada makna”. Kita tidak mahu sekiranya senyum ini adalah senyum yang tidak ikhlas, senyum yang semata-mata untuk menagih ganjaran. Sepatutnya anggota perkhidmatan awam ini telah dilatih dan berpegang dengan etika kerja yang murni, antara nya mesti senyum Di sini seharus nya tidak timbul soal ganjaran, kerana senyum itu adalah satu ibadah kepada kita, dan bertepatan dengan kempen “Budi Bahasa Budaya Kita”. Satu lagi perkara yang paling penting untuk dinilai, ialah adakah senyum ini akan dibudayakan walau pun selepas tamat nya tarih luput kempen ini.
Harap-harap selepas ini tiada pula kenyataan yang mengatakan bahawa kempen senyum ini adalah satu kempen yang “sangat bodoh”, kerana senyum itu adalah termasuk didalam etika kerja dan tidak perlu diberi ganjaran….jadi bersama-sama lah kita tunggu dan lihat hasil nya nanti.
p/s : Orang tua-tua ada perkata, “kerana mulut badan binasa” ,“terlajak kata buruk padah nya” ………. maka senyum-senyumlah selalu…walaupun kenyataan senyum itu adalah kelat…

0 comments:
Post a Comment