Malaysia Tanah Airku....

January 30, 2007

Bloggers dalam NTV9



Tertarik dengan rancangan Hujah di TV9 pada jam 9.30 30/01/2007, dimana ahli-ahli panel jemputan ialah :
  1. Dato' Rejal Arbee-Penganalis
  2. Norilah Mohd Daud-Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ)

Antara pendapat mereka:

- Tidak perlu untuk mengadakan undang-undang menyekat kebebasan bersuara di internet. Sekiranya undang-undang dikuatkuasakan maka kita akan mengambil langkah yang kebelakang.

- Kebebasan bersuara di internet adalah perlu kerana kebanyakan akhbar mainstream, selalunya tidak memberi ruang untuk rakyat mengutarakan pendapat yang bertentangan dengan orang berkepentingan.

- Para Blogers hendaklah bertangunggjawab atas penulisan mereka, dan wajib mempertahankan apa yang mereka percaya.

- Tindakan NSTP menyaman dua Blogers adalah bukan tindakan yang matang, kerana sepatutnya NSTP boleh membalas segala tuduhan dalam ruangan akhbar mereka.
- Tindakan NSTP menyaman dua blogers adalah merupakan satu tindakan untuk memberi isyarat ugutan kepada bloggers.

Semoga Saudara Ahirudin Attan (Rocky's Bru) dan Saudara Jeffri oii dapat mempertahankan apa yang mereka percayai. Nampak nya Brother Rocky's terpaksalah mendiamkan diri buat sementara waktu , tentang isu kes saman ini,berikutan keputusan yang telah dibuat di mahkamah seperti yang dipetik dari Berita harian :

KUALA LUMPUR: The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan bekas pengarang akhbar The Malay Mail, Ahirudin Attan, semalam bersetuju untuk tidak menyiarkan mana-mana artikel atau komen berhubung pertikaian saman fitnah membabitkan kedua-dua pihak.

p/s : Bloggers Uniterd ; No Fear

1 comments:

Anonymous said...

Dalam internet sapa yang boleh halang bersuara....so gunakan sebaiknya untuk memberi pengetahuan kepada org ramai

Blog Widget by LinkWithin