Malaysia Tanah Airku....

January 10, 2007

Tahun 2007 ada luka yang belum sembuh.




Rasa nya belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2007. Nampaknya tahun ini, kita menyambut tahun baru 2007 dalam suasana yang kucar-kacir ( diharapkan suasana ini akan menjadi lebih tenang dan baik). Tiada sambutan meriah yang diadakan di setiap negeri sempena memperingati dan menghormati mangsa -mangsa banjir.

Negara telah dilanda berbagai musibah, Banjir yang melanda Johor, Melaka & Pahang amat tidak di duga.Kenaikan kadar Tol pula dijadikan hadiah tahun baru kepada rakyat Malaysia (Nampaknya kenaikan ini amat membebankan rakyat). Walaupun kerajaan telah mengumumkan penurunan kadar Cukai Kenderaan tetapi perbandingan kenaikan harga adalah melebihi dari penurunan harga. Ternyata pengumuman ini hanya gimik dari kerajaan bagi melegakan hati rakyat. Sekali imbas penurunan ini akan melegakan kita semua, tetapi bila di congak dengan lebih mendalam penurunan ini tidak dapat memberi impak besar dalam kehidupan seharian.

Harga barang keperluan pula khususnya ikan dan sayur, dilaporkan meningkat sehingga 50 peratus di seluruh negara sejak bulan lalu berikutan kenaikan kadar tol, minyak ,elektrik, air ditambah dengan musim tengkujuh dan banjir yang menjejaskan bekalan.ini menambahkan beban kewangan rakyat.

Pada 28 januari kelak akan diadakan pilihan raya kecil DUN Batu Talam. Nampaknya kerajaan harus lebih bekerja keras mengambil hati rakyat (setelah dilukakan dengan berbagai kenaikan) bagi memastikan BN dapat mempertahankan Batu Talam. Keputusan di Batu Talam akan dapat menggambarkan sokongan rakyat terhadap kerajaan Malaysia.(Saya meramalkan BN akan menang tipis di Batu Talam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga membayangkan calon BN mungkin akan tewas jika pengundi amat tidak gembira dengan kerajaan BN sekarang.).

Antara langkah yang sudah dijangka ialah kebanjiran jentera kerajaan yang menunjukkan "keperihatinan" semasa pilihanraya (agaknya semasa sebelum pilihanraya mana pergi nya para pemimipin kita). Kerajaan telah mengumumkan penganugerahan tanah berkelompok seluas 200 hektar kepada 150 penduduk berpendapatan rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam untuk dimajukan dengan projek tanaman herba.


Tahun 2007 juga diistiharkan "Tahun Melawat Malaysia". Malaysia telah menyajikan kepada pelawat satu mercu tanda baru di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur iaitu Roda Feriss 'Eye on Malaysia', yang mirip dengan'London Eye'. persoalannya haruskah mercu tanda sebegitu di jamukan kepada pelancong-pelancong asing yang datang ke Malaysia. Kebanyakan pelancong asing ini sudah muak dengan benda-benda yang dianggap moden oleh kita seperti roda feriss ini. Apa yang diperhatikan sambutan terhadap 'Eye on Malaysia' ini hanya untuk tatapan rakyat Malaysia, kebanyakan pelancong asing hanya berminat dengan budaya unik Malaysia dan bukannya benda yang kebanyakan nya sudah ada di negara mereka. Adalah lebih elok kerajaan malaysia membelanjakan wang peruntukan tersebut untuk mengadakan acara kebudayaan dan kesenian Malaysia untuk dipertontonkan kepada pelancong asing ini. Kita juga boleh mengadakan karnival budaya dan kesenian, yang dapat memberikan peluang rakyat Malaysia untuk menambahkan sumber pendapatan mereka dengan menawarkan barangan dan perkhidmatan yang berkaitan budaya Malaysia. Kerajaan juga boleh memperuntukkan perbelanjaan bagi membetulkan jalan-jalan yang amat menyakitkan mata, membetulkan pondok telefon yang berkarat dan tumbang, membersihkan tandas awam yang menjijikan, dan banyak lagi perkara yang lebih berfaedah bagi menampilkan imej Malaysia. Nampaknya Kerajaan Malaysia kini sudah kehilangan identiti dan jati diri.

Semoga tahun baru ini akan memberi sinar bahagia di hati setiap Rakyat Malaysia dan dirahmati Allah s.w.t. bagi pihak pemerintah diharapkan sudah-sudahlah buat perkara yang melukai hati rakyat.


P/S : Buat masa ini saya sedang bertugas di luar daerah di utara semenanjung Malaysia. Disebabkan saya berada jauh dari jangkauan internet ( ditambah dengan masaalah internet di seluruh dunia), maka saya tidak berpeluang untuk menulis. Sebenar nya sepanjang perjalanan ke utara banyak perkara yang ingin saya tulis dan kupas untuk tatapan umum. Oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan maka saya sekarang ini hanya mampu mengumpulkan bahan untuk tulisan yang akan datang.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin