Malaysia Tanah Airku....

January 13, 2007

Tentera yang dipercayai...?

Pada 10 Januari akhbar tempatan melaporkan bahawa empat askar kita cedera terkena letupan bom. Dipercayai anggota kita diserang ( Atau bahasa lembutnya disebut "insiden") dengan lontaran bom tangan dari arah sempadan.Anggota tentera yang cedera telah dibawa ke Hospital Kanto,Yala ( Sebenarnya dibawa terus ke Hospital Tentera Sg. Petani). Di laporkan juga terdapat kelibat 7-8 orang yang berpakaian hitam dn bertutup muka dipercayai bertanggung jawab dalam "insiden" tersebut. Setelah siasatan lanjut dijalankan , didapati bahawa serpihan bom yang meletup adalah milik Pasukan Tentera Malaysia. Kita tidak tahu apakah motif sebenarnya "insiden" ini boleh berlaku. Kenapa bom tangan yang dikategorikan bahaya ini boleh meletup? Kenapa pula ketua pos membuat laporan yang bercanggah dan boleh dikategorikan sebagai "palsu"?.

Isu letupan bom harus disiasat adakah letupan itu kerana kecuaian atau pun kerana keadaan mekanikal bom tersebut yang menyebabkan ia meletup sendiri. Tetapi adalah yang lebih serius ialah tentang laporan yang dibuat oleh ketua pos itu sendiri. Sebagai rakyat biasa, kita boleh menggangap laporan "palsu" itu boleh menyebabkan keadan huru-hara dan menjejaskan keselamatan dalam negara. Sekiranya terdapat bukti yang menyokong bahawa laporan itu adalah palsu maka tindakan yang amat berat harus dikenakan kepada mereka yang terbabit. Siasatan harus dijalankan dengan terperinci kenapa laporan sebegini dibuat dan apakah motif nya?.

"Satu Peluru Satu Musuh"

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin