Malaysia Tanah Airku....

December 26, 2006

Wat Natawee untuk muslim?





Di Malaysia ini ada berbagai jenis surat layang dan salah satunya berbentuk seperti di atas. Sungguh menghairankan, di manakah letaknya maruah dan sensitiviti orang yang mengedar risalah ini. Mereka tidak segan silu menghantar risalah judi ini kepada orang muslim. Mula-mula dulu risalah ini diterima menggunakan setem biasa, tetapi kemudiannya dihantar melalui setem berbayar (Frangking). Pasti sudah ramai dari kita yang sudah menerima risalah ini. Di dalam risalah ini terdapat pengakuan orang bernama Abdul Aziz dari Selangor seorang peniaga yang telah mengucapkan terima kasih kepada TOK GURU kerana telah menolong beliau memulihkan perniagaan melalui empat nombor ekor ( JUDI) , di sini jelas sekiranya berpandukan kepada nama yang tertera maka boleh lah dibuat kesimpulan bahawa pengaku adalah seorang melayu dan beragama islam. tidak kah ini akan mengaibkan umat islam di Malaysia?.

Risalah ini bukan sahaja disebar melalui pos tetapi melalui sisipan di akhbar-akhbar, di cermin-cermin kenderaan dan di peti-peti pos kita. Saya percaya sekiranya ia tidak dikawal, lambat laun akan mempengaruhi jiwa anak-anak kita dan memalukan umat islam. Cukuplah keruntuhan moral yang sedang kita hadapi saat ini. Cegah sebelum parah.

Oleh itu diharapkan pihak berwajib dan pihak POS Malaysia sendiri dapat memantau perkara ini agar tidak berleluasa. Dan bagi orang Muslim jangan lah begitu bodoh mempercayai risalah ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin