Malaysia Tanah Airku....

January 30, 2007

Jet = PNB = Khazanah = Kerajaan Malaysia

Saya berharap agar bermula nya tahun hijrah ini , tiada lagi kenyataan yang amat tidak “berilmiah” timbul dari mulut PM, Datuk Seri Hj. Abdullah Ahmad Badawi, tetapi ternyata sangkaan saya jauh meleset.

Isu pembelian jet kerajaan yang bernilai hampir US50 Juta, telah memperlihatkan bahawa kenyataan PM itu tidak mencerminkan beliau sebagai ketua Negara yang sepatutnya tahu akan polisi negara nya sendiri.

Sebenarnya kita tidak menjadikan isu "kegunaan" jet itu sebagai isu utama (isu kegunaan hanya menjadi isu sampingan) , tetapi PM telah melatah dengan mengeluarkan kenyataan berikut:

“Jet itu untuk kegunaan kerajaan, bukan Perdana Menteri. Kerajaan pun ada, juga Yang di-Pertuan Agong... semua ada,” (Macam –macam ada………).

Isu yang paling utama ialah kenapa kerajaan harus membelanjakan wang sebanyak itu untuk perkara yang sepatut nya menjadi pilihan yang terakhir. Banyak lagi perkara yang lebih memerlukan peruntukan wang sebanyak itu, antaranya :

- Wang untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang didakwa tidak mencukupi walau pun telah diambil dari hasil pengurangan subsidi minyak.
- Masalah banjir di Johor dan Pahang menyebabkan kerajaan rugi RM 1.5 bilion,
- Kenaikan kadar tol antara 30 sen hingga RM 1 dimana kerajaan telah meminta rakyat menanggung bersama beban kenaikan kos tersebut.
- Kenaikan minyak, elekrik, air, cukai tanah, cukai pintu ( tanah kampong pun dah kena cukai pintu, termasuklah pondok tunggu durian yang ada pintu) dan lain-lain perkara yang sudah mengguris hati rakyat.

Saya juga kurang faham bila PM mengeluarkan kenyataan bahawa:

“Kos RM200 juta seperti yang didakwa digunakan untuk membeli pesawat itu bukan wang kerajaan, tetapi wang PMB, kita hanya menyewa sahaja”

Saya tidak pasti sama ada PM kita, sudah tersilap memberi kenyataan atau penasihat beliau sekali lagi telah memberikan satu maklumat yang "kurang cerdik". Sepanjang pengetahuan saya, Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) merupakan sebuah syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad (KNB) , dan KNB pula merupakan syarikat pelaburan milik Kerajaan Malaysia yang diberi mandat untuk menjalankan segala aktiviti pelaburan untuk kerajaan. Jadi milik siapakah Jet ini…? Milik PMB, Khazanah atau Kerajaan?.

Agaknya berapa kadar sewa yang dikenakan kepada kerajaan kelak, yang membolehkan PNB untung , emmmm tunggu dan lihat....

p/s: Rasa nya jet yang sedia ada masih elok dan boleh digunakan, kenapa harus ditukar kepada yang baru? Pening dengan isu politik sekarang ini…..

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin