Semalam siaran berita di TV3, dengan megah nya Dato Najib menghina dan memperlekehkan seorang ahli politik muda yang berumur 21 tahun. Kata-kata yang sebegini seharus nya tidak keluar dari mulut beliau. Dato Seri Najib yang merupakan pemimpin UMNO dan TPM telah merendahkan kerebiliti beliau dengan mengungkap kata-kata hinaan tersebut. Saya sebagai rakyat bawahan pun rasa terhina dan terasa hati dengan tutur kata Dato Seri Najib.
Saya yakin sekiranya pemimpin muda ini di pihak Parti Pemerintah, pasti tiada hinaan yang sebegini akan berlaku. Lupakah Dato Seri Najib kenapa sayap Pemuda, Puteri dan Putera UMNO ditubuhkan? Tidakkah Dato Sri Najib juga memulakan kerjaya politik di waktu usia yang muda? Lupakah Dato Sri Najib calon termuda BN dalam pilihan raya kerusi Maradong yang lepas, Wong Zee Yeng, berusia 26tahun dan kalah kepada calon wanita yang setahun lebih muda daripadanya, iaitu Ting Tze Fui dari DAP?
Peranan Media elektronik dan percetakan juga ternyata berpihak dan dikuasai oleh pihak kerajaan. Tidak boleh dinafikan lagi, semua propaganda mengenai parti pemerintah telah diwar-warkan di media -media ini. Bagaimana Pihak Kerajaan ingin menafikan kenyataan ini. Pihak kerajaan sepatutnya tidak menggunakan media -media ini sebagai alat "mempopularkan " diri sendiri. Keadilan seharusnya diberi kepada semua pihak dan berita yang benar hendaklah dipaparkan dengan seadil-adilnya dan telus. Kita bukan lagi hidup di zaman "wayang pacak", sekarang ini kita berada di era dimana banyak sumber maklumat boleh di dapati, ini menyebabkan rakyat lebih berfikiran rasional dan matang. Tindakan pihak kerajaan menyembunyikan fakta, akan menyebabkan seolah-olah pihak kerajaan nampak bodoh dan melucukan.
Sepatutnya Pemimpin tertinggi, khususnya UMNO perlu sedar dengan populariti dan sokongan akar umbi yang sudah mula pudar dan muak. Ini dapat dilihat dari kehadiran ahli-ahli UMNO ke mesyuarat-mesyuarat Cawangan , amat menyedihkan. Setiap tahun pula, siapakah yang bersusah payah membayar yuran keahlian UMNO? tidakkah yuran ahli ini keluar dari kocek Ketua Cawangan, Pemuda atau Wanita itu sendiri bagi memastikan UMNO itu terus bernyawa? Semua perkara ini harus diambil kira oleh barisan pimpinan tertinggi UMNO, janganlah enak dibuai dengan berita-berita mengembirakan dari mulut kaki bodek yang berkepentingan. Sedarlah kita, sebelum parti UMNO ini ternoda lagi dengan sejarah hitam.
p/s: Benar kata Tun Dr Mahathir Mohammad "Melayu Mudah Lupa"
0 comments:
Post a Comment