Malaysia Tanah Airku....

August 26, 2011

Bayar Zakat Fitrah sebelum raya...Zakat melalui SMS...



Assalamualaikum w.b.t., ini merupakan posting saya sebelum bercuti panjang.Tajuk nya Marilah bersama kita membayar Zakat Fitrah. Bayaran zakat fitrah adalah diwajibkan kepada semua individu yang beragama islam. Pembayaran selalunya dilakukan di kaunter pungutan zakat berdekatan ataupun menerusi individu yang dilantik oleh pusat pungutan zakat. Walaubagaimanapun, dengan kemajuan teknologi terkini, kita sudah boleh membuat pembayaran zakat fitrah hanya menerusi sistem pesanan ringkas (sms).

Saya tahu benda yang baru sering menimbulkan keraguan kepada pengguna, jadi kita harus mencari sumber rujukan dan bertanya kepada yang pakar dalam bidangnya.

Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Mazlan Hashim, khidmat zakat fitrah menerusi SMS itu tidak banyak beza dengan kaedah pembayaran melalui kaunter zakat atau amil yang dilantik.

"Umat Islam tidak perlu was-was untuk menggunakan kaedah ini.Sistem SMS yang digunakan tetap menyediakan akad sama seperti pembayaran zakat fitrah biasa dan ia diperkenalkan bagi memudahkan umat Islam membayar zakat,"

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang turut bersidang pada 5-6 Julai 2010 telah membincangkan hukum zakat fitrah melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan mesyuarat bersetuju memutuskan hukum zakat fitrah melalui sistem pesana ringkas (sms) ini boleh digunakan.

Menurut Lembaga Zakat Selangor,zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Ia bukanlah amalan harus, seperti pernikahan yang mewajibkan ijab dan Kabul (akad nikah). Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.

Zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah zakat tersebut.

Hukum mengenai zakat juga telah dibincangkan di dalam Utusan Malaysia bertarikh 19/08/11, di mana pembayaran zakat melalui SMS adalah dibolehkan.

Jadi setelah dipertimbangkan maka buat pertama kalinya saya mencuba kaedah membayar zakat melalui SMS.

Menerusi sistem bayaran zakat fitrah sms ini, terdapat dua syarikat telekomunikasi yang bekerjasama iaitu Celcom dan Maxis . Jadi hari ini saya hendak berkongsi sedikit cara-cara membuat pembayaran zakat fitrah melalui SMS.







Langkah 1 : Dimana Arahan kaedah bayaran menerusi sms adalah seperti keterangan dibawah.

CELCOM: Taip FITRAH dan hantar ke 21999 dan ikut arahan selanjutnya

atau

MAXIS : Taip FITRAH jarak *SELANGOR dan hantar ke 22032 dan ikut arahan selanjutnya

Langkah 2 : Kemudian anda akan terima sms balasan seperti dibawah




Langkah 3 : Selepas memilih negeri dimana zakat hendak dibayar anda akan menerima mesej ini:




Langkah 4 : Setelah membuat pilihan, sms berikut akan diterima :



Langkah 5 : Setelah mengisi maklumat anda dan terdapat kesalahan anda akan menerima mesej di bawah:




Langkah 6 : Jika maklumat anda betul anda akan menerima mesej berikut:




Langkah 7 : Jika anda membalas BETUL, Mesej diterima adalah :




Langkah 8 : Jika menjawab Ya , anda akan menerima resit SMS, mengikut bilangan tanggungan, sekiranya 3 orang maka anda akan menerima 3 mesej seperti berikut :



Langkah 8 : Alhamdullillah anda telahpun menunaikan rukun islam, yang ke empat yakni menunaikan zakat dan anda akan menerima doa seperti berikut..Aminnnnnn







p/s: “Sesungguhnya Allah S.W.T. menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu,” (Al-Baqarah: 185)

3 comments:

Anonymous said...

~

Anonymous said...

~

hazanis said...

cool..nice info... xtahu skrg bayar zakat melalui phone pon ada...jom follow blog saya plk http://kakiblogger.mygeng.org/#s01

Blog Widget by LinkWithin