Malaysia Tanah Airku....

December 08, 2009

Intai Kami antara nampak...!!!



Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca-pembaca anjunglarik, maaf kerana tidak dapat mengupdated blog ini buat sementara waktu...kerana saya sekarang bertugas nun jauh di sempadan Malaysia Thailand negeri Cik Siti Wan Kembang...jadi untuk mendapatkan talian internet memanglah amat sukar bagi saya...lagipun keadaan banjir menyukarkan saya bergerak... Apapun insyaalah saya akan kembali ke udara pada minggu depan...;-)...

Terima kasihlah kepada email-email yang dihantar ke kotak email saya.....yang taksempat saya buka......insyaallah akan dibalas juga.....

TQlah kepada intan rh komen anda yang ringkas tetapi berkesan... telah membuat saya menggagahkan diri mencari line internet di Pos sempadan ni....hahahahah

p/s: Tuai Padi antara nampak, esok jangan layu-layuan....intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan....cewahh...!!!! nanti selingan jap... Zaid Hamidi dah hilang akal ke nak jadikan KJ menteri jangan mimpilah....Nazeri..dah tak heran, tapi kau memang tak tahu malu...adakah pimpinan dari Perak, kebanyakannya meroyan...!!!....

6 comments:

Mak Su said...

iya ker? hhmmm, w1max belum ada ker kat sana?

arsaili said...

salam bro..selamat bertugas ya....

Anonymous said...

bertugas katne ni?
pengkalan kubo ke rantau pjg?
sy duk kb 10 thn lbh ... :)

Puteri said...

ke udara?
boleh dgr ya?
B-)

noorlara said...

tak heranle tu, kite yg dok di Ipoh kunun bandaraya maya ni pun selalu masalah line internet, nyampaah. Zahid Hamidi hahahaha hahahahha

Cili Padi said...

Surat Terbuka Untuk TGNA

Firman Allah bermaksud “ Dijadikan kepada manusia perhiasan,,cintakan nafsu syahwat daripada perempuan2 dan anak-anak….hingga akhir ayat “

Bersyukur ke Hadrat Allah swt kerana Rakyat Kelantan dikurniakan seorang Pemimpin yang beriman sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar untuk memimpin kami ke jalan yang diredhai dunia dan akhirat.

Alhamdulillah berkat usaha dakwah TGNA selama ini kami yakin bahawa Islam itu selayaknya memerintah Dunia agar kita semua tidak alpa dalam kesesatan.

Sebagai manusia sudah tentunya kita tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan.Justeru TGNA mengajar kami agar sentiasa bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan setiap hari supaya rahmat Allah sentiasa melingkungi kehidupan kita seharian.

TGNA yang dirahmati Allah,

TGNA mengajar kita tentang beberapa kisah zaman Nabi terdahulu untuk renungan bersama agar kita dapat mengambil pengajaran yang baik sebagai bekal ke akhirat.Jauhilah apa yang telah diuji terhadap Syeikh Barshisha dan Syeikh Bal Am yang tewas dengan pujuk rayu syaitan laknatullah.

Kerana kasih sayang berlebihan terhadap anak isteri menyebabkan syaitan punyai ruang untuk menyesatkan hamba Allah yang tidak tertanding amalannya seperti kedua-dua Syeikh di atas.

Saya mohon maaf dunia akhirat andainya tutur kata ini mengguris hati TGNA.Biar apapun anggapan TGNA terhadap saya,sebagai rakyat kecil saya rasa terpanggil untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati rakyat Kelantan.Biarpun begitu saya prinsip wala’ kepada pemimpin tetap menjadi pegangan saya.

Andai Sayyidina Ali menerima teguran seorang kanak-kanak,apa salahnya saya sebagai rakyat Kelantan menegur untuk kebaikan.”BERILAH PERINGATAN,SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU MEMBERI MENAFAAT KEPADA ORANG YANG BERIMAN”

TGNA yang dikasihi Allah,

Merenung sejenak saat-saat manis PAS Berjaya memerintah Negeri Kelantan pada tahun 1990,sungguh manis kejayaan yang dicapai pejuang agama setelah berjuang penuh onak duri.Bersama kemenangan kita semua menerima ujian pertama pada tahun 1993 iaitu berkenaan pampasan Empangan Pergau.

Setelah beberapa kali rundingan,Kerajaan Pusat masih mendera PAS Kelantan,pelbagai alas n untuk melengah-lengahkan pembayaran,nilai yang semakin mengecil dll.

TGNA menyeru rakyat Kelantan untuk solat hajat beramai-ramai di Kem Kijang PCB.Kami membulatkan hati menyokong usaha itu dan ribuan rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah…

Alhamdulillah Kerajaan Pusat segera membayar lebih dari yang diminta oleh TGNA.Bila rakyat dizalimi,Percayalah “PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT DAN BERGEMBIRALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN “

bersambung di cilipadi007.blogspot

Blog Widget by LinkWithin