Sudah diberi, betis hendak paha....Minta yang bukan-bukan...Tiada lansung semangat Malaysia...Macam mana kita hendak dukung matlamat kearah 1Malaysia kalau sikap dan pendirian pun tidak mencerminkan sebagai seorang rakyat Malaysia, agaknya mungkin inilah akibatnya tidak belajar subjek Sejarah dan Sivik Kenegaraan......
Tindakan meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin komunis, Chin Peng, kembali ke Malaysia oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan adalah permintaan yang keterlaluan dan melampau batas.....Kenyataan yang merobek sensitiviti rakyat Malaysia tulin...
Walaupun dengan alasan kemanusiaan ia mungkin agak logik, tetapi adakah benar ancaman kominis masih tiada lagi di dunia...? Kehadiran kembali Chin Peng sebenarnya mampu menggugat keselamatan dalam negara...kerana gerakan kominis era "moden" lebih merbahaya...bergerak di dalam senyap, dan mampu memporak perandakan negara....
Walaupun anggapan Datuk Dr Teng Hock Nan bahawa keganasan komunis yang melampau seperti pada tahun-tahun 50an tidak lagi diamalkan dan telah ditukar kepada perjuangan berasaskan ekonomi, ia ternyata hanya tinggal sebagai angggapan beliau sahaja....Kominis tetap kominis...Walauapapun alasannya, idealogi kominis tetap tidak akan diterima pakai di dalam kerajaan Demokrasi Raja Berpelembagaan di Malaysia....malah membenarkan Chin Peng menjejakkan kaki ke Malaysia, seolah-olah memberi kredit kepada perjuangan beliau selama ini....
Datuk Dr Teng Hock Nan, ternyata bukanlah seorang negarawan tulin....mungkin disebabkan peluh dan darah beliau tidak pernah menitik sedikitpun atas nama perjuangan membela maruah negara dari dijajah kominis...Kehidupan yang tidak susah, semasa wujudnya kominis di Malaysia, telah mendidik jiwa Dr. Teng agar tidak menaruh anggapan buruk kepada perjuangan kominis hingga tiadada sedikitpun rasa sensitiviti wujud di hati beliau....
Lupakah Dr. Teng pada perit payah nenek moyang rakyat Malaysia, bergelut untuk hidup di zaman kominis dahulu..? Alpakah Dr. Teng, pada jasa perajurit-perajurit negara yang bermati-matian mempertahankan negara...? Malah lupakah Dr. Teng pada mereka-mereka yang terkorban semata-mata kerana cintakan negara Malaysia ini....?
Tidakkah Dr. Teng Hock Nan, pernah menonton Filem Bukit Kepong...? Kalau tidak pernah menonton...malulah saya hendak mengaku beliau sebagai seorang rakyat Malaysia.....Kalau sudah menonton, jelaslah hati Dr. Teng sudah menjadi keras menyebabkan beliau menjadi buta dan tuli tentang sejarah dan kisah kominis di Malaysia.....lalu sanggup menjemput bapa kominis Malaysia untuk pulang ke bumi bertuah ini......
Tahukah Dr Teng..bertapa jerihnya Kanang anak Langkau semasa beliau dan rakan-rakan berada diambang maut semasa mempertahankan Malaysia...? Saya rasa beliau memang tidak faham dan tidak mahu faham, apa itu erti perjuangan membela negara...jesteru itu jiwa beliau lebih berat untuk memperjuangkan hak Chin Peng sipembunuh rakyat Malaysia itu...
Saya tidak faham, dengan begitu banyaknya isu utama yang wujud di dalam negara ini, masih ada ruang di kepala otak, Dr Teng ini untuk membela Chin Peng....Ternyata keinginan untuk membawa kembali Musuh Negara atas nama kemanusiaan ini, menjadi lebih utama dari memikirkan apakah implikasi yang akan timbul dari cadangan membabi-buta ini...bijak betul pemikiran Doktor terpelajar ini......
Jika hasrat Dr Teng untuk membawa Chin Peng pulang, tertunai...maka ia dengan jelas telah memberikan kemenangan moral kepada Parti Kominis...Dan yang pasti ia akan menginjak-injak maruah para pejuang-pejuang negara yang masih hidup dan yang gugur dalam mempertahankan negara...termasuk seluruh rakyat Malaysia yang bencikan Kominis dan idealoginya.....Malah kejayaan Tentera Diraja Malaysia, meneutralkan pergerakan kominis pada 2 Disember 1989 hanya akan dijadikan sebagai pelengkap dan penyedap cerita sahaja, kerna akhirnya sang musuh tetap menang mendabik dada, kerna bisa mati dengan tenang dibumi bertuah ini.......maka sia-sialah sahaja perjuangan para patriot kita selama 41 tahun, untuk membebaskan Malaysia dari pengaruh kominis...
Jadi sudah nyata dan jelas malah tidak payahlah hendak disuluh-suluh... permintaan ini adalah satu permintaan yang amat gila...dari orang yang juga boleh dikategorikan juga sebagai seorang yang singkat akal dan kurang cerdik serta tidak berperikemanusiaan....!!!! Malah seharusnya tidak keluar dari seorang pemimpin bergelar Datuk...
Maka keraguan akan bertanya, kenapakah Dr Teng masih bangga untuk memegang taraf kerakyatan sebagai rakyat Malaysia...? Adalah jelas Dr. Teng hanya ingin berpayung dibawah kemakmuran Malaysia tanpa mahu memahami apa itu erti sebenarnya yang dipanggil Malaysia ku yang tercinta........, tidak mahu tahu tentang sejarahnya kominis.... Yang pasti, Dr. Teng tiada mempunyai setitikpun sejarah hitam berkaitan kominis, di dalam diari kehidupannya, menyebabkan beliau agak selesa dengan nama Chin Peng itu, malah tidak segan silu memperjuangkan hak nya...pthuiii......
Biarlah Chin Peng , menghabiskan hayatnya di Bangkok, kerana bumi Malaysia sudah tidak mampu memaafkannya....darah dan air mata sudah banyak jatuh di bumi bertuah ini....janganlah lagi dibangkitkan permintaan bodoh ini....Bukan sahaja jasad malah namanya pun tidak elok untuk dikenang...Biarlah Chin Peng kekal sebagai musuh dan penghianat negara, yang menghabiskan hayatnya sebagai orang terbuang...
Lagi mengenai Ching Peng Musuh Negara disini
p/s: Luka lama tetap akan berparut......perjuangan para perajurit negara tetap dikenang.....
4 comments:
whoa. tak bestlah macm tu, tak dek sensitiviti langsung
Salam, setuju tuan, Gerakan ni pun rasa cawangan PKM tak?
jgn lupa anjing kalu biasa makan najis kalau tak makan dihidunye jugaks...
bak kata PM Najib "apakah ini imej parti yg ingin memerintah ngara kita? kalaulah ini imejnya.... "
http://www.youtube.com/watch?v=d1pIMK2fhy4
Post a Comment