Assalamualaikum w.b.t. .....Sg. Buloh lagi...itu yang terlintas di hati saya apabila terdengar berita bahawa selsema babi (H1N1) sudah berada di Malaysia,....apabila seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun, yang pulang dari Amerika Syarikat dua hari lepas, disahkan terkena virus bahaya tersebut.
Seingat saya pada bulan Jun 2007, Selsema Burung atau H5N1 pernah menghuru-harakan daerah ini sikit masa dahulu, kini sekali lagi wabak selsema itu wujud di Sungai Buloh... tetapi dengan nama Selsema Babi dengan kod yang lebih hebat...H1N1....(nombor serba satu tu...)
...Hadkan sahajalah pengeluaran babi kat Malaysia ni....ternak untuk rakyat Malaysia yang makan sahaja (kalau kata haramkan sahaja, karang ada yang marah-marah., kata tak islamik..Ptuiii),takpayah nak memandai eksport keluar....Jadi tak payahlah buat projek babi mega tu lagi,....penyakit betul pemikiran manusia ni.....
Negara sekarang ini juga, berhadapan dengan belbagai wabak penyakit berbahaya seperti :
- Dengue atau Denggi (19,275 kes dengan 48 kematian sepanjang 2009)
- Chikungunya(sehingga 9 Mei 2009 adalah 1,609 kes dan tiada kematian)
- Diplococci yang mengakibatkan Meningitis di Melaka.
- Leptospirosis perpunca dari air yang tercemar dengan air kencing binatang seperti tikus ketika cuaca panas di Pulau Pinang ( setakat ini 24 kes dengan satu kematian).
(Wah hebat betul ....bahasa Sains PPSMI saya, terima kasih Cikgu....!!!!! Selamat Hari Guru... ;-) )
Jadi saya tak faham kenapa Pengarah Jabatan Pelajaran negeri Melaka, Isa Abu mengarahkan Warga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Tiang Dua, supaya tidak memakai topeng muka untuk mengelakkan jangkitan meningtis....Apa kes...perkara baik dan tindakan berjaga-jaga hendak dihalang...adakah benda itu salah.......?.
Boleh pulak bagi gerenti penyakit tu tak berjangkit. berpandukan laporan Kementerian Kesihatan yang telah memberi jaminan, jangkitan itu tidak akan menular kepada orang ramai....Habis tu kes terbaru tu apa...
Kalau dah kena...ibu bapa juga yang susah, bukan kau atau Kementerian kau....sebab aku yakin anak dan keluarga kau mesti tak sekolah berdekatan area Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, tulah pasal kau tak kesah sangat......
Lagi acara sambutan Babi...disini
p/S: Geng Ipol yang dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian samun di Perak dan Selangor di hutan simpan Kampung Bahagia Bukit Lagong, Sungai Buloh...Penyakit juga ni...ih...ih..ih....
5 comments:
tu lah psl. mcm yg sy ckp sblm ni. ngara lain dh brhati2 ximport. tp mlysia boleh plak sbuk2 nk buka bsar2an..
mmglah.
mlaysia boleh.
salam..semakin terancam kita ni yer..kalau semakin mengancam takpa gak..LOL
itule paseinye Allah Taala mengharamkan memgang apalagi memakan babi dan kuncu-kuncunye sebab banyak risiko. Bukan tak tahu cacing dlm daging babi takkan mati walau dimasak malah akan kekal hidup dalam usus pemakan tapi degille plak....sekarang sape susah...tak pepasal org yg takde kena mengena ngan babi terlibat sama...
dah tau dari dulu babi tuh membahayakan kesihatan tetap dyeorg nk mkn....
mmg carik mautt...
salam puteri
Itu yang pelik tu....
Salam arsaili,
Inilah realiti yang harus kita telan...
Salam Noorlara,
Kalau bukan islam saya tak pelik, ni yang islam pun dok ikut bersekutu...hai dunia nak kiamat..!!!
Salam syarq,
Yang berkaitan nafsu, sedap pulak tu memang sukar ditinggalkan...heheheheh
Post a Comment