RM 10.5 juta dan hati rakyat
Saya teringat kepada seorang sahabat yang saya temui pada Hari raya yang lepas, yang cukup kagum dengan gaya Zaid sebagai seorang pemimpin contoh yang kononnya tegas dan memperjuangkan keadilan dan ketelusan…. Tetapi apabila diajukan kewajarannya si Zaid menyembunyikan jumlah pampasan yang diberikan para hakim, beliau hanya mengatakan itu semua hanya untuk menjaga hati keluarga para hakim…!!! Tanya saya , bagaimana pula hati para rakyat yang membayar cukai pula….? Adilkah ….!
Sepatutnya penggunaan wang rakyat yang sebegini besar jumlahnya tidak harus disembunyikan oleh Zaid. Atas dasar apakah, pegumuman jumlah pampasan ini hendak dirahsiakan? Malah kewajaran kerahsiaan ini tidaklah mempunyai sebab yang munasabah untuk diterima . Sekiranya pemberian itu adalah sesuatu bentuk bayaran yang wajar dan menurut lunas undang-undang, perkara ini tidaklah harus didiamkan dari telinga dan mata rakyat. Lainlah perkara ini ada unsur-unsur “udang disebalik batu”…!!!
Setelah didesak bertubi-tubi barulah kerajaan melalui Datuk Nazri (Itupun setelah Zaid tidak lagi wujud dalam kerajaan…) mengumumkan jumlah pampasan yang menjadi pertikaian itu. Tetapi ia bukanlah satu tiket untuk menyelesaikan segala persoalan yang timbul ekoran isu ini…….
Tanya rakyat lagi, kalau sekiranya pemberian pampasan itu adalah atas dasar untuk membayar segala kerugian yang ditanggung ekoran kesilapan yang dibuat oleh suruhanjaya terdahulu, kenapa pula tidak dilantik satu lagi suruhanjaya yang akan mengadili kesilapan tersebut ? Kenapa terburu-buru membuat bayaran tersebut? Sudahkah siasatan yang adil dibuat? Sekiranya sudah ada siasatan, kenapa ia tidak diuar-uarkan supaya tidak menjadi fitnah dibelakang hari?
Tidakkah ini menggambarkan sikap “double standard”? Apa yang dilakukan ini seolah-olah membela seseorang yang lain tetapi dengan sengaja membiarkan orang yang lain pula tanpa pembelaan….maka perkara ini, nampak sangat ketidak adilannya……
Menambah kekusutan apabila Tun Dr. Mahathir Mohammad pula membuat kenyataan yang amat berbeza denga Datuk Nazri…. Mana yang betul ? , dipecat atau pencen kerajaan ? ( sebab para hakim masih menerima pencen kerajaan)….
Ada sesuatu yang tidak kena dan kurang jelas dalam perkara ini……Oleh itu saranan Ketua Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub meminta kerajaan membuat kenyataan resmi amatlah disokong. Selepas itu, sekiranya terdapat sebarang kepincangan dan salah laku berlaku dalam perkara ini, maka ia haruslah disiasat demi keadilan untuk semua…..
PKNS Dan Madam LOW
Saya pernah berhikmat di PKNS, diera 80an dahulu…. Dan saya amat bersetuju bahawa disinilah antara institusi yang diwujudkan demi untuk memastikan bumiputra dapat meneruskan kesinambungan kejayaan bangsa….!!! Kewujudan PKNS bukan sahaja dinikmati oleh para pelabur , malah pekerjanya sekali….. tidak kira apakah pegangan politik semuanya ada di PKNS, semuanya dilayan sama-rata…. malah tiada siapa yang menghalang suara-suara pembangkang (pada era 80an) disebarkan di PKNS… Janji semua melayu…semua ditolong…. Jadi tiada isu politik yang boleh diadu dombakan disini. (Malah Harakah boleh dijual oleh pekerja dengan sewenang-wenangnya)
Bukan sahaja aktiviti sukan yang menyumbangkan atlet-atlet melayu yang menjadi aset negeri dan Negara malah kegiatan berbentuk keagamaan memang dijadikan agenda utama…. Setiap jumaat ada sahaja ceramah agama diadakan, termasuklah aktiviti membaca yasin , solat berjemaah, berzanji … Malah semasa di era-era Datuk Harun Salim menjadi pengurus besar saya acap kali mengikuti aktiviti keagamaan di rumah beliau, malah aktiviti keagaaman dirumah pengurus besar, merupakan salah satu aktiviti wajib dalam kalendar tahunan PKNS.
Mungkin perlantikan Madam Low (dahulu bertugas di Selangor Indusrial Corp), tidak menjadi isu bagi orang diluar PKNS, tetapi sesiapa yang pernah akrab dengan PKNS akan dapat merasakan ada kejanggalan dalam usaha melantik Madam Low sebagai pemangku Pengurus Besar.
Walaupun dilihat usaha MB Selangor, adalah untuk merubah dasar pemikiran melayu, tetapi keputusan ini telah dibuat secara tidak terhormat, terburu-buru, mengikut perasaan dan tanpa pertimbangan sewajarnya. Bagi saya adalah tidak molek dikala isu perkauman sedang diadu domba sekarang ini, perlantikan Madam Low dicanangkan pula. Sekurang-kurangnya, MB Selangor perlu membuat mesyuarat pengurusan untuk membincangkan perkara ini, mendengar apa yang tersurat dan tersirat kemudian barulah beliau boleh membuat keputusan… lagipun bukankah saudara MB Selangor merupakan seorang pendokong dasar Keadilan….!!!!.
UMNO dan Politik Wang
Saya rasa hendak ketawa pun ada, apabila terbaca kenyataan menteri yang seolah-olah terperanjat dan seakan-akan tidak percaya bahawa politik wang sedang berlaku hingga ke akar umbi. Manakan tidak, sedari awal saya menyertai UMNO, politik wang telah wujud di persekitaran UMNO , jadi saya rasa hairan pula ada menteri yang dah tentunya lebih tua bangka dari saya dan lagi banyak garam yang dimakan, tidak peka dengan senario politik wang ini… Ataupun ini semua hanya sekadar gimik murahan..sudah-sudahlah memperbodohkan diri tu wahai pemimpin-pemimpin ku…..
Perkara yang ingin saya bincangkan adalah tentang saranan untuk melaporkan kejadian politik wang a.k.a rasuah ini….. Seingat saya adalah amat mudah untuk melaporkan kejadian politik wang ini tetapi adalah perkara yang tidak mudah untuk membuktikannya…..
Selalunya orang yang menyuap kita ini tidak dapat dibuktikan keterlibatannya kerana tiada wujudnya saksi. Kalau sekadar bukti wang atau kebendaan memanglah boleh diwujudkan, tetapi adakah saksi yang akan menyokong keterlibatan tersebut….?
Orang atau agen penyuap ini selalunya datang tanpa diundang dan tidak tahu masa dan ketika, sebab itulah kita tidak mampu untuk bersedia dengan saksi apatah lagi menyediakan perangkap BPR…..Oleh itu mengikut pengalaman saya , ada aduan yang dibuat dibakul sampahkan sahaja samada tiada bukti dan saksi ataupun selalunya kita akan dituduh untuk menjatuhkan lawan….
Untuk membasmikan politik a.k.a rasuah wang ini, samada kita mesti mengusahakan bukti dan saksi (rasanya tak berbaloi) atau berhenti menyuap dan dan menerima suap atau kalau tidak mampu juga, silalah keluar sahaja dari UMNO…, ingatlah Rasuah itu haram dimakan….tepuk dada tanya iman… ;-)…
Sharizat Dan Rafidah
Perebutan jawatan utama wanita UMNO nampaknya sengit….. Mengikut logiknya, memang benar bahawa di dalam perlembagaan UMNO tidak wujudpun klausa “peralihan kuasa” ini bermakna perjanjian mulut ini boleh sahaja dilanggar dan diinjak-injak. Apatah lagi proses peralihan kuasa ini Nampak tidak logik dan meninggalkan banyak ruang kosong dan banyak kelemahannya….
Memang benar adalah tidak logik apabila sampai tempoh peralihan nanti ia akan menyebabkan jawatan ketua dipangku dan jawatan naib ketua pula terbiar kosong. Ikut logik akal, rasanya Tan Sri Rafidah semestinya peka dalam hal ini, oleh itu beliau harus menarik diri dari bertanding, melainkan beliau ingin mempertahankan jawatan itu untuk tempoh 3 tahun lagi.
Oleh kerana “peralihan kuasa” ini tidak ada di dalam perlembagaan UMNO maka keinginan Tan Sri Rafidah untuk terus menerajui UMNO juga adalah tidak menjadi satu kesalahan lagipun beliau telah mendapat pencalonan yang cukup. Jadi jalan yang sebaik-baiknya adalah berilah hak kepada akar umbi untuk menentukan siapa yang bakal menjadi ketua mereka… Kalau Datuk Seri Sharizat menang maka tiadalah proses “peralihan kuasa” dan kesinambungan kepimpinan wanita UMNO dapat diteruskan seperti biasa, tetapi jika Tan Sri Rafidah menang terpulanglah kepada beliau samada untuk meneruskan penguasaan atau menyerahkan jawatan setelah tiba waktu yang dijanjikan (Nampak macam keputusan yang kurang bijak dari seorang menteri kanan)… “ lawan tetap lawan”…..
Sajak Kematian Dan Hishamuddin
Saya kurang faham apakah yang sangat ditakutkan dengan sajak kematian….
Kononnya demi menjaga hati-hati anak zaman sekarang yang kononnya lebih bertamadun, maka perkara ini harus dihentikan. Nampak sangatlah anak-anak zaman moden ini lemah hatinya…Patutlah banyak kebejatan berlaku dewasa ini dikalangan anak-anak kita.
Apakah memaparkan benda yang benar dan dijanji Allah s.w.t. adalah sesuatu perkara yang menakutkan? Kalau bersangkutan perkara agama yang baik dan benar semuanya hendak ditapis dan dijadikan sesuatu benda yang negatif dikalangan anak-anak… Adakah selama ini menonton Dracula, pontianak harum sundal malam, Vampire atau banyak lagi produk hantu tak pula menjadi kesan kepada anak-anak?… Malah banyak juga filem-filem dan bacaan-bacaan sundal menjadi santapan anak-anak tanpa kita ketahui, tidakpula diganggu gugat ….
Seperti biasa saya tidak berharap apapun dengan kenyataan Datuk Seri Hishamuddin, kerana sudah tahu apakah jawapan yang bakal beliau lontarkan…. Ternyata imej lembik itu masih wujud dalam perwatakan beliau. Dengan wujudnya dasar lembik dalam dasar pendidikan Negara maka tidak hairanlah Negara kita sekarang ini banyak mengwujudkan pelajar-pelajar yang lembik dari segi ketahanan mental dan kekuatan agama tetapi tidak lembik dari segi benda-benda buruk, kecelaruan moral dan identiti…..
Pengkid dan NGO
Kerana lembiknya pendidikan ibu-bapa kemodenan dan disokong pula oleh kelembikan dasar pendidikan negara juga , maka wujudlah anak-anak yang celaru emosi dan identitinya. Hingga mereka tidak mampu membezakan antara hak asasi dan hukum agama. Mereka masih mampu mempertahankan kehendak mereka tanpa takut akan hukum Allah s.w.t….. nampaknya hati-hati mereka sudah keras dan tidak gentar akan hukum Allah s.w.t .
Yang lebih menjengkelkan apabila budaya ini disokong pula oleh NGO bukan islam yang berani berdemontarasi membantah fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa…..!!!!
Cilaka (maaf inilah bahasa kesat pertama saya gunakan di blog) betul mereka ini…siapa mereka ini… hukum datang dari agama Islam dari agama Allah s.w.t. bukannya dari agama mereka…. siapa mereka yang boleh sewenang-wenang mengatakan agama Allah s.w.t salah….!!!! Hello hormat sikitlah agama orang lain….. Diharap pihak berkuasa dapat mengenakan tindakan kepada mereka ini kerana menghina agama islam dan menimbulkan ketidakstabilan negara…. Pasal inilah ISA masih terus diwujudkan…kerana dasar keterbukaan banyak buruknya.
Wahai pemimpin-pemimpin ku, sedarlah kamu… agama mu sedang diinjak-injak janganlah menjadi pemimpin –pemimpin yang lembik…….
p/s: Macam-macam kegilaan Malaysiaku...

3 comments:
Sdr, sy pun x faham apalah yg dirisaukan sgt dgn sajak kematian tu. Klu org yg taat buat solat apa yg nak dtakut ?
salam..takut lak tgk jari yg bertangan..erkkk
Salam,
Bro, kalau free 29Nov, join kami bloggers lain di The Terrace, The Curve, di Damansara ye. Maklumat di blog saya.
Post a Comment