Malaysia Tanah Airku....

November 30, 2008

Refomis vs Islam


Pada mulanya saya malas untuk mengulas isu bodoh ini, tetapi apabila Gerakan Reformasi Rakyat (Reformis), masih bertegas hendak berbogel, walaupun sudah dinasihati, jelas bahawa Reformis telah mencemarkan kesucian agama islam. Sudah jelas Refomis sudah mencabar hukum Allah S.W.T....

Sememangnya semangat dan kesungguhan Reformis, yang bersunguh-sungguh, berjuang untuk membela nasib orang-orang tertindas, dilihat sebagai membanggakan tetapi malangnya ia dilakukan dengan pertimbangan akal yang cetek dan dangkal..... Sungguh malang sekali cadangan ini telah datang dari orang-orang beragama islam, dan bukannya dari orang-orang yang beragama selain islam......

Apakah sudah hilang akal, mereka ini semua......Sukar sangatkah azab yang ditimpa Allah S.W.T. kepada mereka ini hingga sanggup berbogel....?

Tidak perlulah tunggu mufti atau alim ulama hendak beritahu, sebagai seorang melayu yang dilahirkan islam sudah tentulah Presiden Reformis , Ramlan Abu Bakar (Sebab namanya berbau melayu, saya anggap Ramlan ini adalah seorang islam.....) sudah tahu bahawa mendedahkan aurat adalah haram hukum nya...

Tetapi yang menghairankan orang yang kononnya memperjuangkan reformasi ini. tetap hendak telanjang bulat bagai orang tidak bertamadun.....Elok sangatlah bila Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bertegas tidak akan melayan sebarang permohonan yang bercanggah dengan perlembagaan negara,hukum islam, apatah lagi permohonan ini datang dari orang yang "bodoh" .....

Begitu banyak cara dan jalan yang mengikut adap dan hukum islam kenapalah pula cadangan berbogel menjadi pilihan utama, memanglah orang islam dah banyak yang rosak akhlak nya..Bagi pengikut refomis eloklah anda timbangkan untuk memberi undi tidak percaya kepada kepimpinan anda yang jelas memimpin anda semua ke jalan yang jelas berlawanan dengan hukum islam....

Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat Malaysia, Elizabeth Wong pun tahu tindakan berbogel adalah perbuatan cemar... malulah sikit, wahai Ramlan Abu Bakar.....

Ketahuilah, menolak etika berpakaian menutup aurat yang telah ditentukan dalam syariat Islam samalah seperti mencabar hukum Allah S.W.T dan peraturan Islam yang menyelamatkan manusia, memelihara kehormatan dan pandangan mata melalui amalan menutup aurat yang wajib ditutup dan memakai pakaian yang bersopan.

”Wahai anak Adam (manusia)! Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk dijadikan) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan, dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada manusia), mudah-mudahan mereka sentiasa berzikir (mengingati Allah)”.

S. Al-’Araaf, ayat: 26).


p/s:Rasanya baiklah mereka yang terlibat ber-istigfar dan bertaubat kalau tidak mahu juga, eloklah Jabatan Agama Islam dok siasat refomis ini, sebab jelas pendirian mereka sesat lagi menyesatkan.

1 comments:

HABIHA69 said...

saya tak faham budaya apa reformis mahu ketengahkan...Budaya melayu tak mcm gitu..tak pernah atok nenek saya suruh bogel bila nak kan sesuatu...ish entahlah saya khwatir sangat melayu nih semakin alpa dan cepat terpengaruh dgn. budaya entah ape-ape tu...

Blog Widget by LinkWithin