Malaysia Tanah Airku....

October 21, 2008

Abdul Shukor Idrus terajui UMNO Bahagian Selayang

Maaf dipinta kepada pembaca, kerana sudah lama tidak menulis, kerana saya baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat UMNO Bahagian Selayang...... antara berita gembira yang saya alami ialah :

YB Abdul Shukor Idrus berjaya menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Selayang setelah berjaya menewaskan Penyandangnya, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman. YB Abdul Shukor Idrus yang merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang untuk penggal yang lepas berjaya dengan undi sebanyak 297 manakala Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman pula hanya mendapat 196 undi daripada para perwakilan.

Dalam ucapan beliau selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Selayang Kali ke-20 di Peransang Templer Golf Club antara lain dipetik :

"Selepas ini tiada kompromi lagi, kita akan bergerak meneruskan agenda dalam satu landasan iaitu untuk mengambil kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat selain meneruskan usaha menjaga kesucian islam dan membela anak bangsa.........."

p/s: Hidup YB Syukor.....!!!

1 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Blog Widget by LinkWithin