Malaysia Tanah Airku....

UMNO la ni........



Minggu ini penuh dengan jadual tugasan kerja ….paling penat bila mesyuarat UMNO Cawangan sudah pun bermula…. Minggu lepas, sibuk dok pusing-pusing Cawangan-Cawangan di DUN Paya Jaras, minggu-minggu mendatang bakal semakin sibuk bila bermula pula jelajah Selayang, Gombak dan Bukit Bintang, maklumlah kan saya ni kaki menyibuk.... ;-)

Kawan-kawan yang dah pun bersidang, tahniah lah atas kemenangan anda…nampak gayanya ramai yang dok pakat ikut arus...maklumlah awal-awal lagi dah kena "sound", dari Bakal Ketua Bahagian (sebelum ni dok kena sound dengan presiden, timbalan nya termasuk MT sekali...sah lah memang ada rasuah politik peringkat tertinggi ni...), jaga periuk nasi beb ... hipokrit sungguh....

Lepas tu seronok jugalah nak ikut senario pemilihan AJK JKK, JKKP, Masjid, Ketua Kampung, macam-macam hal.... gaduh, umpat, keji.... macam-macam ada.... sampai idea nak menulispun jadi caca merba.... ;-)...

Sebab kawasan saya dok kat Selangor, maka muka-muka baru pimpinan dari PR telah pun diketengahkan bagi menerajui Kerusi Ketua Kampung, JKK dan Masjid . Yang tak sedap didengar bila lantikan AJK tersebut telah dipilih dari mereka yang diragui status baiknya.... ;-), maknanya samseng kampunglah tu... alal-ala samseng Kg Dusun.., ingatkan diperingkat tertinggi jer yang ada skandal...yang peringkat rendah ni pun kenalah tengok-tengok juga...Ramai pula yang dok tukar kulit, berubah sikap jadi prihatin kepada rakyat, maklumlah hendak jadi pemimpin........

Alahai PR (Yang tepatnya PKR) pun, patut-patutlah nak letak calon anda, ramai lagi ahli PR tu yang berwibawa.... ni yang dok usung orang ada rekod jenayah buat apa..nanti PR juga yang busuk nama.... Sampai ada orang yang hebat di dalam aktiviti jenayah pun telah dilantik jadi Wazir masjid.....harap-harap orang yang dilantik tu insaflah dan berubah sikaplah nanti...aminnnn....

Bagi parti pembangkang a.k.a. BN, pula sibuk dok lantik muka lama JKK untuk menerajui JKKP... dah lah majlis dibuat buat hari yang sama dengan perlantikan oleh PR..macam ada agenda jer...sudah-sudahlah tu, kan banyak hari lain lagi...

Dikatakan tujuan penubuhan JKKP, ni adalah untuk memudahkan kerajaan persekutuan menyalurkan bantuan kepada penyokong nya dan mengimbangi parti lawan.... tapi yang dok ada dulu pun, peruntukannya tak nampak ketelusannya....jadi kali ni biar kerja betul-betul sikit...ramai yang sensitif sekarang ni...nanti, silap hari bulan, adalah pula acara, minggu BPR masuk Kampong pula... ;-)

Harap-harap, janganlah dengan wujudnya JKKP ni akan menimbulkan perpecahan pula di peringkat Kampong... harap JKK dan JKKP dok pakat, susun jadual agar majlis anjuran tak bertembung, susah pula nanti kita nak pilih mana satu yang harus pergi......lagipun adat dok sekampung, mesti ada muafakat..tak kira apapun fahaman politik... bukan orang lain pun...ketua mu tu kan bekas bapak makwe ku....? ...... ;-)

Pemilihan UMNO juga tidak kurang hebatnya, walaupun UMNO dalam keadaan compang-camping, ramai juga berminat untuk menerajui pimpinan peringkat Cawangan. Yang pelik, yang dulunya, tidak aktif di dalam aktiviti kemasyarakatan, peringkat majlis kampung pun..., tiba-tiba tanpa segan-silu menawarkan diri (bukan orang lain juga, kawan mandi separit....alahai....)..... baguslah, kata orang ada anjakan pradigma..... jangan, teranjak sebab tersponsor dahlah, maklumlah sekarang ni kan musim meletakkan penyokong sendiri di Cawangan-Cawangan, agar ada yang boleh meluahkan slogan, "saya sokong" biar nampak popular sikit...(entah siapa nama orang tu...pelik sikit... ;-) )....

Sejak awal minggu lagi saya telah menerima panggilan dari Ketua Cawangan, memaklumkan tentang mesyuarat Cawangan yang akan diadakan pada 17/08/2008. Saya dahpun cuba-cuba jolok Ketua Cawangan dengan soalan cepumas, inilah hasil sessi ramah mesra tersebut...:


Tok :A'kum, wah susah betul nak dapatkan kau...tinggal mesej pun tak balas balik...

Saya: w'slam...sibuk Tok, (saya panggil Tok sebab pangkat keluarga memang dipanggil Tok).... maklumlah hidup di zaman UMNO sedang merudum ni, macam-macam boleh jadi..

Tok: Wah... lain macam cakap kau ni.....

Saya: Tok, nama saya masih ada ke dalam list Cawangan ke…?

Ketua cawangan : Nama kau, memang dok ada lagi dalam senarai dari Bahagian …. Awat dah tukar Cawangan kah….?

Saya: Tak aih….rasanya saya dah hantar surat berhenti UMNO, depa tak terimakah permintaan saya nak berhenti tu…? Lama betul nak proses… tak pun UMNO masih sayang kat saya kot… (saja nak jolok....perasan…heheheheeh)

Ketua Cawangan: Wah… nak masuk PKR kah….?

Saya: Awatlah kesitu pulak….kalau berhenti UMNO jer , kena masuk pembangkang kah? Tapi kalau pembangkang boleh perintah dengan molek dan tak membebankan rakyat apasalahnya.. kan….?

Ketua Cawangan : Aihh jangan macam tu….bunyi macam merajuk ja…

Saya : Takdelah saya dah bosan dah dengan politik UMNO… Paling bosan dengan kepimpinan Paklah dan juak-juaknya…letih dah saya nak ulas….saya ingat nak bersara sampai masa nanti, mungkin saya aktif balik….

Ketua Cawangan : Tolonglah datang, tolong Tok, nanti tak cukup korum... mesyuarat tangguh pula….

Saya : Baiklah Tok, tapi tahun ni saya nak lepas semua jawatan, takmahu nak bertanding, biar lantak pi lah semuanya….. Saya hanya hendak datang bermesyuarat sahaja....cadang, sokong dan angkat tangan, tentang persiapan mesyuarat saya taknak terlibat lansung…maka segala penyata, surat menyurat, jemputan, kemah dan makan minum tu harap, serah kat orang lain sahajalah….termasuk tugas MC ke apa kah kalau tang baca doa mungkin boleh kot….saya dah penat……..Saya juga tak mahu bertanding apa-apa pun jawatan malah wakil ke Bahagian pun saya tak ingin…. Biar saya jadi permerhati, cukuplah...….

Ketua cawangan : Wah banyak betul kau punya syarat….. ialah…..datang dululah…bincang kemudian….

Saya: Tok ada satu lagi saya lupa nak cakap, boleh tak saya usulkan Najib dok lawan Paklah…?

Ketua Cawangan :
Aih jangan buat hal, Tok ni dok ikut Ketua Bahagian…nanti kena boikot…..susah pula Cawangan nak hidup….

Saya: Tok, inilah yang saya malas ni….habis tu macamana UMNO nak telus….. ada pula sekat-sekat…. Dahlah Datuk Najib siang-siang cakap usul Cawangan tak boleh pakai hanya usul bahagian jer boleh pakai…. Jadi saya ni kira pencacai UMNO lah….tak berguna lansung…. Nak pi Bahagian juga…baru boleh bersuara….. tak adil sungguh…Kecik hati saya tau....

Ketua Cawangan : Janganlah macamtu… janji datang... okey…. bincang kemudian…

Saya: Ialah Tok, kalau saya diizinkan Allah s.w.t. saya mailah nanti…lagipun, saya ada kah.. saya takda kah, usul tetap ikut telunjuk juga….tapi takpa agar nak cukupkan korum saya mai jugaklah….tapi jangan dok amalkan selalu benda ni..nanti lansung orang tak minat nak masuk UMNO….

p/s: Budaya baru UMNO yang memualkan.....

1 comments:

Mak Su said...

huarrgggghhhhh arrrhhhhhh aaarrhhh! ha! ngantuk jugak lah....

Blog Widget by LinkWithin