Kerajaan Terenganu adalah negeri yang berjaya menggunakan wang hasil penjimatan subsidi, minyak untuk tujuan kemudahan pengangkutan, tetapi malangnya ia bukanlah untuk kegunaan awam tetapi untuk kegunaan bapak-bapak pemimpin kita. Dengan kemewahan yang menyeliputi kerajaan negeri Terengganu hasil dari pemulangan wang ehsan, menyebabkan kerajaan Terenganu menjadi Orang Kaya Baru, yang lupa daratan.
Apakah yang difikirkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan Terengganu? Dengan perbelanjaan sebanyak RM3.43 juta bagi membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor untuk menggantikan Proton Perdana V6 Executive bagi kegunaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan kerajaan negeri, dilihat sebagai langkah yang amat berlawanan dengan saranan Paklah supaya kerajan berjimat dan bersusah-susah bersama rakyat.
Dahulu kerajaan dengan bangganya menggunakan kereta Nasional sebagai kenderaan rasmi, kenapa pula harus ditukar dengan produk luar negara? Wah pasti segak Exco dan pegawai Terengganu bila bawa Mercedes, kalah Kereta Rasmi Paklah, nak lawan Tokey ker...?
Kerajaan Terenganu mendakwa Proton Perdana V6 Executive yang baru menjangkau usia 4 tahun kegunaannya itu sudah tidak selamat dan tidak jimat maka langkah pembelian kenderaan yang lebih mewah dengan menggunakan wang rakyat harus digunakan dengan sewenang-wenangnya dengan mengenepikan kempen berjimat pihak kerajaan. Yang peliknya, tidakkah boleh digantikan kereta Mercedes itu, dengan Proton Perdana yang baru? Sekurang-kurangnya ia bakal menyokong industri otomobil kebangsaan....takpun cubalah menyokong teknologi biofuel yang sedang hangat dipromosi oleh Paklah? Bukan kah ikut kata Paklah biofuel tu boleh jimat sehingga 50% penjimatan minyak atau dalam bahasa congak (bengong) Paklah, harga minyak semasa dibahagi dua bersamaan RM1.35 seliter (hasil congakan pakar ekonomi versi Paklah..., apapun orang BN kena ikut jer kata Paklah kalau tak derhaka namanya... ;-))...banyak tu...
Walauapapun, tindakan kerajaan Terenganu untuk membeli kenderaan mewah, ketika rakyat Malaysia dibelenggu dengan isu kenaikan minyak, adalah satu langkah yang tidak patut..... Jabatan-jabatan kerajaan lain sibuk berjimat-jimat hingga memotong peruntukkan berjuta-juta, tiba-tiba bocor pula di Terengganu....takkah ketirisan dah berlaku lagi...? Dan Paklah seharusnya menuntut Kerajaan Terenganu, untuk memberi tunjuk sebab kerana melanggar arahan kerajaan pusat a.k.a mencabar Paklah....
p/s: Lagi satu siri penipuan dan melanggar prinsip dari kerajaan BN....apa nak jadi..?

2 comments:
de-kerinchi kata "Dan Paklah seharusnya menuntut Kerajaan Terenganu, untuk memberi tunjuk sebab kerana melanggar arahan kerajaan pusat a.k.a mencabar Paklah...."
aku kata "mb yg dilantik ni pun Paklah tak dapat blok, jadi takkan dapat ambil tindakan kot??"
takyah la pakai keta mewah2 tu... kerajaan or pembangkang sama je. jgn mengada2 nak pakai keta mewah pakai duit rakyat. kalau nak gak, pakai duit sendiri.
Post a Comment