Penulisan ini adalah ulasan berdasarkan salah satu tulisan seorang kenalan bloggers yang amat saya sayangi... (Jangan ada yang marah..udah bah.. ;-) ), bertajuk "Ketuanan Melayu di UiTM". Bukan saya hendak berbalah, tetapi sebagai rakan bloggers saya hanya ingin berkongsi idea dan pendapat agar dapat merumuskan suatu jawapan yang tepat dan berfakta agar kita tidak mengikut emosi.....
Saya sependapat dengan beliau tentang kewajaran pelajar-pelajar UiTM keluar berarak dan berdemo dijalanan. Kalau sebelum ini dibawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), perkara tersebut adalah amat dilarang sekali, tetapi apabila BN, menjadi pembangkang di Selangor perbuatan tersebut telah dihalalkan. Jadi terdapat kekeliruan undang-undang dan prinsip disitu.... Tidak kiralah atas dasar apapun perjuangan kita, ia mestilah berlandaskan kesaksamaan dalam perlaksanaan undang-undang.
Perkara ini memang tidak wajar dibudayakan, kerana pelajar-pelajar masih terikat dengan undang-undang sebagai seorang pelajar, jadi serumit manapun masalah yang menimpa maka saluran yang betul dan tepat haruslah digunakan. Saya hairan juga kemana perginya fungsi pihak berkuasa dalam kes ini, bagai mengesahkan syak wasangka bahawa mereka ini menjalankan tugas mengikut kes terpilih.... jadi, ayuh pihak berkuasa, kita hapuskan syak wasangka ini, dari tersemat dihati rakyat....
Tindakan pendekar dan srikandi UiTM ini jelas, memberi gambaran kepada kita bahawa mereka telah diberi lampu hijau oleh orang atasan sehingga mereka berani berarak dan berdemo.....Walauapapun perkara ini harus diperhalusi oleh Kementerian Pengajian Tinggi, agar tidak berlaku lagi di masa hadapan, atau setidak-tidaknya ia akan berlaku dalam keadaan yang lebih tertib pada masa hadapan.
Ketuanan Melayu : Persoalan tentang ketuanan melayu, sejak akhir-akhir ini amat popular sekali....tetapi saya hanya ingin sentuh isu ini dari sudut kesamaan sebutan melayu dan bumiputra dari segi perlembagaan Malaysia.
Merujuk Artikel 153 Perlembagaan Malaysia telah memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel ini mengspesifikasikan bagaimana kerajaan pusat akan melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan penduduk asal Malaysia termasuk dari Sabah dan Serawak dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial , dan biasanya dikatakan sebagai mempertahankan ketuanan Melayu yakni satu kepercayaan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal Malaysia.
Jadi jelas dalam artikel 153 Perlembagaan Malaysia, mengambarkan bahawa apa yang diperjuangkan oleh ketuanan melayu juga akan dinikmati bersama oleh kaum yang dilabelkan sebagai Bumiputera. Jadi bagi saya persoalan siapakah melayu tidak harus timbul, dalam memperjuangkan hak bumiputra. Jadi tidak payahlah kita nak komplekkan keadaan dalam tugas memperjuang dan mempertahankan hak kaum bumiputera.
Kalau kita masih lagi keliru kenapa konsep ketuanan Melayu lebih menonjol, sejak akhir-akhir ini? jawabnya.....kerana serangan keatas hak-hak keistimewaan ini lebih terarah dan mendominasi bangsa melayu beragama islam berbanding dari bumiputera yang lain. Jadi semangat perjuangan membela hak itu lebih banyak subur dan mekar dikalangan bangsa melayu hinggakan ia lebih sinonim dan cocok untuk menggunakan ketuanan melayu sebagai labelnya. (Walaupun pada dasarnya ialah memperjuangkan nasib bumiputera di bumi sendiri).
Persoalannya sekarang kenapa hak-hak keistimewaan ini berani disentuh oleh bukan bumiputera? Tidak cukupkah lagi kebebasan yang diberi oleh Perlembagaan Malaysia kepada mereka....? Selama ini mereka bebas mencari kekayaan, memiliki Sekolah Jenis Kebangsaan, bertutur bahasa ibunda, mengamalkan agama dan kepercayaan, malah masuk ke institusi pendidikan rendah dan mana-mana institusi pengajian tinggi kecuali UiTM yang memang merupakan salah satu keistimewaan yang diberikan kepada bumiputera.
Cuba kita bayangkan jika kita dilahirkan di negara Singapura, US, England, China atau India, sebagai bukan berbangsa setempat, adakah kita mampu untuk mendapatkan begitu banyak keistimewaan seperti yang di kecapi di Malaysia..? Lihat sahaja Singapura yang kononnya adil memerintah...agaknya kemana perginya hak bangsa melayu disitu.....hinggakan kaum pendatang yang memiliknya...? tepuk dada tanya akal.....
Saya bukan hendak menidakkan, hak-hak kesemarataan kaum di Malaysia, satu hari kelak kita pasti menuju kearah itu juga.... tapi ia bukan pada masa ini..... Kenapa...? Kerana rata-rata bangsa yang bukan bumiputera masih lagi gagal menerapkan ciri-ciri interegrasi dan kesamaan ras sebagai bangsa Malaysia.
Oleh itu bangsa non-bumi :
haruslah boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Malaysia, bukannya mengsyorkan multi papan tanda...dengan alasan rakyat Malaysia tidak tahu berbahasa Malaysia....
haruslah setia kepada raja, bangsa dan negara, bukannya berarak dengan membawa gambar pejuang negara lain.....
haruslah mengikuti pendidikan dibawah satu sistem pembelajaran yang sama menggunakan Bahasa Malaysia.....
Yang penting, haruslah menghormati agama islam sebagai agama rasmi negara.....jadi tuntutan pengguguran islam sebagai agama rasmi haruslah dilupakan sahaja, bak kata pendekar "langkah mayat ku dahulu".
Kalau tidak mampu memenuhi persyaratan tersebut, jangan sesekali berani menyentuh hak-hak keistimewaan bumiputera.....
Bila membaca lagi tulisan beliau, akhirnya saya sedikit faham kenapa, beliau agak marah dengan konsep ketuanan melayu, walau perjuangan itu tetap untuk bumiputra..... rupanya, beliau amat tidakpuas hati dengan hak-hak rakyat Sabah yang dinafikan dan didakwa dirompak, hingga negeri Sabah miskin dalam kekayaan sumber..hinggakan jawatan-jawatan tinggi di Sabah juga dipindah milik....
Maaf bicara, dalam hal ini saya menyalahkan orang-orang Sabah sendiri.... Kemanakah perginya wakil-wakil rakyat Sabah yang dilantik untuk memperjuangkan hak rakyat Sabah...? Kenapa mereka tidak disalahkan dahulu...? Sebagai pemimpin yang dilantik mereka harus berani memperjuangkan hak mereka apatah lagi menyedari kelompok mereka begitu gagah dalam perikatan Barisan Nasional (BN).... Apa hendak takut minta sahajalah hak kamu, inikan Malaysia negara demokrasi..suka pilih tidak suka "reject" sahaja...senang bukan.... (Jangan lompat parti dah ler...tapi boleh juga..kalau mahu.... ;-) )
Kalau rakyat Sabah berkata , ohhh...pemimpin-pemimpin itu tidak guna semuanya....memperjuangkan tembolok sendiri.....
Persoalannya, siapa yang pilih....? tidakkah semuanya itu berbalik kepada diri rakyat Sabah sendiri jua....? Jadi ayuhlah rakyat Sabah bangkit dan perjuangkan hak-hak kamu dari diinjak-injak.... turunkan wakil-wakil mu, yang tidak berguna itu......
Jadilah orang yang bijak dan pintar dalam memperjuangkan nasib bangsa mu, kerana saya yakin sudah ramai graduan dari Sabah yang sudah berjaya termasuklah dari lulusan ihsan UiTM....arimaiti.....!!!!!
p/s: Berjuanglah untuk melepasi ikatan pada diri sendiri, baru mempersoalkan ikatan yang membelenggu orang lain....
6 comments:
terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat. sebenarnya penggunaan perkataan 'melayu' di sabah sebenarnya mcm kurang sesuai. kalau memang bumiputra borneo (sabah & sarawak) ini diistilahkan sebagai melayu, aku rasa aku sendiri terasa janggal. walaupun kebanyakan yang berbangsa bajau dan suluk ramai yang mengaku sebagai melayu, tetapi hakikatnya tidak... tiada bangsa melayu di sabah. cuma ada bumiputra sahaja. berkenaan tajuk 'ketuanan melayu di UiTM' itu, saya mohon maaf secara terbuka sekiranya menimbulkan rasa tidak senang :-)
dalam hal ini saya menyalahkan orang-orang Sabah sendiri.... Kemanakah perginya wakil-wakil rakyat Sabah yang dilantik untuk memperjuangkan hak rakyat Sabah...? Kenapa mereka tidak disalahkan dahulu...?
pasal yang ini, saya akan berusaha untuk ke arah itu... terima kasih kerana mengingatkan...
salam bro..apa kabar...umm tatau nak coment dh
Salam de kerinchi,
Sayangnya, ramai juga kengkawan kita yg bhidung pesek, tmsuk di Sabah yg tmakan dgn pjuangan durang si LKS, LGE, KS dan ramai lagi. Ntah durang faham ke apa matlamat pjuangan Ketuanan Rakyat yg dheboh2kn skg ni...Yang aku faham Ketuanan Rakyat tu scara tsiratnya akan jd mcm Spore, so Raja2 kita nanti jd mcm Raja Nepal la.
Salam Ramadhan bro,
Meh kita sesama do'akan yang terbaik untuk umat Islam di negara kita yang tercinta ini :)
asslamualaikum. dan selamat mengimarahkan ramadhan al mubarak
Salam ramadhan dekerinchi :)
Post a Comment