Malaysia Tanah Airku....

August 13, 2008

Kemana Melayu...?

Suasana politik sekarang amat jelas, telah menekan kaum melayu dan bumiputra , membuatkan saya serba salah untuk memilih samada aktif atau tidak dalam perjuangan UMNO. Walaupun saya hanya merupakan kepimpinan kecil, tapi semangat mempertahanan bangsa dan agama, masih ada untuk diandalkan....Jadi mahu atau tidak keterlibatan dalam memperjuangkan nasib bangsa dan agama, akan tetap menjadi keutamaan dalam agenda kehidupan saya.

Tindakan mencabar kedaulatan undang-undang islam oleh majlis peguam amat menjengkelkan sekali. Malah amaran yang diberikan oleh para pemimpin dan pihak berkuasa dipandang dingin oleh Majlis Peguam. Nampaknya suara orang melayu sudah semakin jelas tidak bermakna dan berkuasa lagi.

Kehilangan suara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang dulunya diangkat sebagai jagoaan perundangan jelas amat dikesali. Datuk Zaid yang dahulunya beria-ia bertempik sakan, membidas apa jua perkara yang bertentangan dengan kehendak Kerajaan yakni Paklah, kini hanya mendiamkan diri seribu bahasa.... keadaan ini kelihatan amat pelik sekali. Tindakan Datuk Zaid yang tidak sedikitpun bersuara menegur dan menasihatkan Majlis Peguam agar menghentikan program yang bakal mengeruhkan keadaan keselamatan dalam negara seolah-olah memberi isyarat bahawa beliau memang akur dan bersekongol dengan agenda Majlis Peguam.

Apakah Datuk Zaid hanya merupakan juak-juak yang menjadi tukang sorak kerajaan, apabila ada isu-isu yang berkaitan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad sahaja...? Kalau benarlah begitu keadaanya, jelas sekali politik UMNO memang berada dalam keadaan amat mendukacitakan sekali.....

Terfikir juga kemanakah pergi nya Datuk Seri Mohammad Nazri Aziz....? Sudah hilangkah keceluparan dan daya juang beliau tentang hal ini....? atau beliau masih enak dibuai mimpi hasil kemenangan tanpa bertanding di kerusi Bahagian Padang Rengas, sedangkan nasib bangsanya sedang diinjak-injak...... Bangunlah Datuk Seri..... lihatlah nasib bangsa mu ini....

Pendek kata mana pergi nya jagoan-jagoan UMNO dibawah pimpinan PakLah, dalam menyuarakan pendapat dan pendirian mereka mengenai hal ini......?

Menambahkan episod kemelut luka dihati melayu, apabila Menteri Besar Selangor, yang juga seorang melayu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sanggup melacurkan kepentingan bangsanya sendiri apabila mengesyoran supaya kuota kemasukan ke Unversiti Teknologi Mara (UITM) diserahkan kepada bangsa lain...Adakah demi memastikan kesinambungan karier politik nya cerah dimata kaum lain, beliau sangup melihat bangsanya terjajah.....? Atau memang sahlah Tan Sri Khalid sudah hilang jati diri sebagai seorang melayu.....

Nampaknya Pakatan Rakyat tidak takut kehilangan kepopularannya dikalangan pengundi-pegundi berbangsa melayu.... Imej bersih yang selama ini ditonjolkan dan dipertahankan oleh kepimpinan pakatan Rakyat, bakal tercalar di hati orang-orang melayu.....dengan sikap yang seolah-olah mencari isu berkaitan bumiputra a.k.a. melayu sejak akhir-akhir ini, amat jelas memperlihatkan agenda sebenar penubuhan Pakatan Rakyat...Sudah jelas sekali Pakatan Rakyat mendokong dasar perjuangan DAP, yang sudah diketahui sejak dahulu lagi, amat membenci dengan kesenangan yang dikecapi oleh bumiputra dan melayu sejak dahulu lagi.

Sikap kepimpinan PAS yang tidak konsisten juga amat menyedihkan bangsa melayu. Ada ketika mereka mempertahankan hak dan kedaulatan bangsa melayu islam dan esok-esok...mereka menyokong pula.....

Pendirian yang tidak tetap ini menyebabkan daya kebergantungan dan kepercayaan bangsa melayu terhadap parti islam ini menjadi samar...... kemanakah lagi orang melayu hendak bergantung....?

UMNO...? Akibat sudah banyak ketidak jujuran politik mula terserlah dalam perjuangannya menyebabkan bangsa melayu amat takut dan mula menjauhkan diri dari parti tradisi milik melayu ini....

PAS....? Parti yang dilihat sebagai "backup" parti untuk bangsa melayu...seolah-olah sudah hilang arah dan tidak berpendirian....menyebabkan bangsa melayu sekali lagi dihambat rasa serba salah....

Dengan kuasa pilihan yang semakin kurang, menyebabkan Istitusi Diraja, menjadi sandaran kukuh dan pilihan yang tinggal untuk bangsa melayu memperjuangkan nasib mereka di bumi sendiri........ Dibawah kepimpinan DYMM raja-raja melayu sahajalah, orang melayu dapat berteduh dan menumpang nasib.....

Orang seringkali memburuk-burukkan kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohammad, tapi sedarkah kita, dengan kepimpinan yang dikatakan buruk itulah bangsa melayu dan bumiputra tetap terjamin kedudukannya sejak dahulu lagi. Tiada siapa yang berani mempersoalkan jati diri dan hak orang melayu dan islam.... Tapi dibawah kepimpinan Paklah semuanya seolah-olah menjadi longgar, hingga orang melayu mudah sangat diserang dari berbagai sudut...

Manakah perginya kejantanan Paklah....? Inikah dasar keterbukaan yang mahu diperjuangkan oleh Paklah....? Apakah dengan mempertahankan dasar keterbukaan hasil amalan konsep islam Hadhari, membenarkan hak bangsa melayu dan bumiputra dilacurkan sewenang-wenangnya....? Jika jawapannya "Ya", maka konsep islam Hadhari itu wajib dihapuskan sahaja........

Sayap-sayap parti UMNO juga seolah-olah membisu dan menampakkan kelemahan mereka.....

Mana perginya kejantanan dan kepewiraan Pemuda UMNO dan keberanian ahli puteranya....? Kemanakah perginya suara yang kononnya mengoncang dunia milik Wanita UMNO dan dan nafas segar milik puterinnya....? Pendek kata kemanakah perginya suara pejuang pembela melayu yang terkenal di dalam UMNO....? Adakah semuanya sudah mati....?

Jika jawapannya masih "Ya"....Sudah jelas kehambaran dan kehilangan daya juang kepimpinan UMNO ini adalah hasil dari kongkongan dan sekatan kepada ahli akar umbi dalam memperjuangkan agenda parti, semuanya harus mengikut kehendak dan telunjuk orang atasan.... hingga menghilangkan selera perjuangan dan jati diri mereka demi untuk memuaskan hati pucuk pimpinan diatas...

Apa yang perlu dibuat....?

Jawabnya : Paklah harus bangun dari tidur.....

....jangan dok ikut perasaan ego...asyik hendak hentam Tun Dr. Mahathir Mohammad sahaja, orang lain salah....Paklah sahaja yang betul..

....jangan dok leka dengan sokongan palsu....hingga kelemahan diri sendiri pun tak nampak....

...jangan asyik dok rasmi acara batik dan bunga sahaja.... selalulah tampil membincangkan isu-isu berat negara... macam yang Tun buat dulu....

Kalau Paklah takmampu.... mintalah nasihat dari Tun, kalau malu hendak akui kesilapan....silalah berundur segera....berikan tampuk pimpinan itu kepada mereka yang lebih berwibawa....demi nasib bangsa melayu itu sendiri.....

p/s: Wahai kepimpinan ku sedarlah bangsamu sedang diijak-injak.....

4 comments:

USD said...

Sdr. dekerinchi
Saya stuju dgn anda thdp beberapa isu yg diutarakan dlm post ini. Soalan saya, klu Paklah x boleh, rasanya siapa yg bwibawa mganti?

de_kerinchi said...

salam ustaz said...

soalan jenis ini sekarang ini, agak popular diutarakan bila kita menyentuh ketidak kemampuan Paklah....

Seolah-olah UMNO itu sendiri sudah tiada calon yang layak....

Apapun UMNO masih mempunyai ramai ayam-ayam sabungan yang masih mempunyai taji yang tajam untuk dikedepankan....siapa..? rasanya ahli-ahli umno sudah tahu jawapannya...

ayamsabung said...

salam,

kalau pemimpin lemah...maka terimalah akibatnya..

mat din said...

saya amat2 setuju dgn luahn u....
kenapa imam hadhari senyap je? kemana die? die kata die xkisah tntg kpopularannye?

Blog Widget by LinkWithin