Malaysia Tanah Airku....

June 17, 2008

Angin Perubahan Demi Survival?




EGO DAN SOMBONG

Sikap Ego dan sombong menyebabkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kian lemah dan pincang. Akibat ego dan sombong juga kerajaan pemerintah dijangka akan menerima hukuman dari rakyat pemilih, jika prinsip ini masih diamalkan oleh pemimpin-pemimpin BN, yang masih tidak sedar diri.

Dahulu selepas PRU12, mungkin akibat terkejut, kebanyakan pemimpin-pemimpin BN ini, mula tersedar bahawa sikap ego dan sombong ini menyebabkan mereka kalah dengan teruk (diulang kalah dengan teruk, bukannya menang dengan bergaya...!). Akibat kesedaran itu, maka wujud satu gelombang janji dari pemimpin-pemimpin ini supaya tidak lagi akan ego dan sombong, kepada rakyat. Ternyata politik itu memang bengkang-bengkok, tidak lurus jalannya, menyebabkan janji hanya tinggal janji sahaja. Maka ada pemimpin-pemimpin yang mudah tenggelam dalam sikap nafsu ego dan sombongnya, hingga lupa, ada hati-hati yang terluka.....bila sudah terluka, apapun boleh terjadi.....!!!

Yang terbaru, dek akibat sikap ego dan sombong, Datuk Ismail Sabri Yaakob, yang baru setahun jagung sebagai pemimpin... telah tergesa-gesa meminta Datuk Mokhzani Mahathir melepasan jawatan sebagai pengerusi Sepang International Circuit (SIC). Akibatnya, beliau telah ditempelak dan dimalukan oleh Ketua Pemuda Cawangan Jalan Badlishah, Saudara Ridzuan Omar dan Ketua Pemuda Umno Cawangan Kulim Hi-Tech, Saudara Faizal Mansor.... sehingga takmampu untuk dijawab oleh beliau.....

Cuba kita teliti apakah soalan maut yang telah diaju oleh Saudara Ridzuan Omar dan Saudara Faizal Mansor:

Jalan Badlishah Umno Youth branch chief Ridzuan Omar questioned Ismail’s authority for making such a call.

“Who are you (Ismail) to ask Datuk Mokhzani to step down? We, the 4B Youth members, had benefited tremendously from the motoring activities mooted by Datuk Mokhzani.

“What have you (Ismail) done for the youth? We have hardly heard your name until two months ago,” he said.

Umno Kulim Hi-Tech branch Youth chief Faizal Mansor questioned why national Umno leaders were quick to jump every time former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his son Jerlun MP Datuk Mukhriz made hard-hitting statements.

“Why don’t you all listen to their constructive criticism?” he said.

Ismail left the dinner without responding to the questions.


Kan dah kena batang hidung sendiri...., kerana mulut badan binasa..kerana mengejar populariti, maruah tercalar...

SURVIVAL

Politik memang gila, dalam politik apapun boleh berlaku :

Dahulu....Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebok memperjuangkan idealogi Semangat46, tapi kini masih duduk sila pangung berpayung dibawah UMNO ;

Dahulu ...Dato Sri Anwar Ibrahim (DSAI) bakal ditabal sebagai Perdana Menteri Malaysia, tetapi akhirnya Paklah yang dok celah;

Dahulu .... si Mohd Ezam Nor begitu kuat menyokong DSAI, tapi kini dok menjilat ludah, masuk UMNO.....

Dahulu....Sebelum PRU12, BN gah mendabik dada sebagai juara pilihan rakyat, tetapi hasilnya, jauh panggang dari api......

Rata-rata menunjukkan bertapa kenyataan politik itu adalah tidak stabil, bila-bila masapun boleh berubah, bak kata orang tua "Sekali Ombak Melanda, Sekali Pantai Berubah". Kalau, diteliti, rata-rata perubahan ini wujud, adalah atas dasar "survival" kepolitikan (adakah perkataan ini.. ;-) ). Selagi ada ruang "survival" untuk mempertahankan jawatan selagi itulah keberangkalian perubahan sikap dan dasar akan terpancar.

Atas dasar survival politik juga menyebabkan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn (DSH) sanggup menyarung keris dijulang, kembali ke sarung.... dan apakah atas dasar "survival", menyebabkan ada perubahan dalam polisi bersuara DSH, terhadap dasar polisi kepimpinan Paklah .....? (Apapun tahniah DSH, jika ada kebenarannya..sekurang-kurangnya bakal ada suara perubahan dalam parti...). Lihat sahaja bicara dari tutur DHS yang dipetik dari kolumnis Thestar, Joceline Tan:

But he did seem trapped between the incidents of Mukhriz asking the Umno president to resign and Ezam Mohd Nor being brought back into Umno like a hero.

“How can we be expected to act against Mukhriz when someone who had done worse things against Umno is being welcomed back by the Prime Minister?” he said.

Sesungguhnya UMNO perlukan suara-suara pemimpin muda yang lantang dan berani seperti Dato' Mukhriz serta Ketua-Ketua pemuda Cawangan seperti Saudara Ridzuan Omar dan Saudara Faizal Mansor (saya yakin ramai lagi pemimpin serta ahli yang menunggu masa dan peluang sahaja untuk meluahkan perasaan), untuk memperkasakan UMNO kembali.....

Cuma ingatan harus diberikan sekali lagi kepada pemimpin-pemimpin BN agar jangan ego dan sombong, kerana sikap itu akan memakan diri sendiri....tidak mustahil sejarah kekalahan PRU12 akan berulang.... Janganlah sombong dan ego, sehingga menanggapkan khabar "lompat parti" adalah khabar angin dan propaganda..... kerana tiada yang mustahil dalam politik. Kalau sudah ada yang lompat nanti, apakah penyesalan juga yang akan kita dengar....?

p/s: Kalau dah terhantuk baru hendak tergadah....nanti nasi dah jadi bubur....

4 comments:

Mak Su said...

pengajarannya, pemimpin jgn sesekali mendekati pintu ego

Anonymous said...

Perasaan ego dan sompong harus dijadikan sempadan untuk semua Pakatan Rakyat yang bakal membina empayar baru.

Belajar dari kelemahan kerajaan sekarang ini.

USD said...

aku stuju ngan artikel ni, dlm politik klu mau kekal lama jgn sombong & ego...tambah lagi mesti pandai temberang.
kes mokhzani 2, aku stuju ngan d. ismail...klu mokhzani dlantik sbb dia ahli umno, bila dah kuar umno, pandai2 la bawak diri. tk

Sisipan Ilham said...

nak habar bagi... kat tempat keroja saya ada la sorang mamat umno yang tak berapa buat keroje tapi banyak duit sebab dia buat byk projek2 umno. kini, dia turut menawan tempat keroja kami dengan mengaut kebanyakan bisnes2 yang men'jeleskan pekerja2 lain sebab dengan itu dia dah jadi kaya tapi masing2 diam aje sebab dia ni pandai amik ati kawan2, belanja makan, bagi hadiah dll... Dan sejak setahun dua ni kawan-kawan tak larat nak kontrol rasa jengkel sebab bos2 semakin menekan (tapi pada mamat ni bos-bos bagi keistimewaan). dan lagi... si mamat ni dah tidak lagi disukai sebab dia dah semakin sombong, belagak, tak tahu berterima kasih dan ego...

Blog Widget by LinkWithin